Sunday, April 15, 2012

SUBHANALLAH…INDAHNYA DI PAGI HARI



Indahnya di pagi hari seandainya dihiasai dengan sujud padaNYA  dengan niat “sahaja aku solat sunat dhuha dua rakaat fardu ke atas ku kerana Allah ta’ala.”...sama2 kita ikuti..
Bismillahirahman nir rahim…
Rasulullah Bersabda:
“Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menjauhkan kemiskinan dan tidak ada orang yang memelihara solat kecuali orang yang bertaubat”.
(Hadis Riwayat At-Tirmizi)

Solat sunat dhuha ialah solat di waktu pagi. Ia merupakan salah satu dari tiga solat sunat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW
Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : 

Allah telah berfirman: 
“Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Agung menyatakan, “Wahai Anak Adam. Cukuplah Aku dengan melakukan empat rakaat solat Dhuha pada pagi hari, maka Aku pasti mencukupi keperluan mu pada akhir hayatmu”.

(Hadis Riwayat Ahmad & Abu Ya’la)

Setiap apa yang kita lakukan pasti memperoleh ganjaran yang setimpal dengan ape yang kita lakukan daripada Allah SWT..tapi AWAS,make sure niat kita ikhlas bukan semata2 untuk mendapat ganjaran sahaja. Di mana di takuti menjadi satu tabiat kita beramal semata-mata ganjaran bukan lahir daripada rasa keinsafan, keikhlasan diri kita sendiri.

Namun demikian terdapat nas-nas hadis nabawi yang menggesa umatnya melakukan amalan solat sunat Dhuha dengan disebut bagi menambahkan semangat dan keinginan untuk melakukan amalan mulia ini. Antaranya

Diantara hadis riwayat Abu Dzar bahawa Nabi saw bersabda yang bermaksud
“Setiap orang menjelang pagi berdasarkan tulang temulang sendi memerlukan sedekah. Tiap-tiap tasbih itu, sedekah tiap-tiap tahmid sedekah tiap-tiap tahlil adalah sedekah tiap-tiap takbir adalah sedekah menyeru makruf adalah sedekah mencegah adalah sedekah. Semuanya itu sama nilainya dengan dua rakaat solat Dhuha. Selain itu, solat ini juga adalah tanda kesyukuran seorang hamba yang dikurniakan lengkap sendi tulangnya sebanyak 360 batang pada setiap pagi yang dilaluinya. Justeru dhuha atau pagi yang penuh nikmat Ilahi itu disyukuri dengan menyembah Allah simbolik kepada terima kasih seorang hamba kepada Penciptanya.

Doa yang disarankan:
“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”

Banyak hadis-hadis yang menggalakkan solat Dhuha dan menyatakan keutamaannya antaranya yang terdapat dalam riwayat:-

1. “Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak   meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan
(Abu Hurairah Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

2. Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.” 

3. Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : 
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

4. Daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”
(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Jom kawan2,sama2 kita baca cara ringkas solat dhuha..
Waktu : 10 pagi, atau antara 7am - 1pm petang sebelum waktu zohor, “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Rakaat Pertama "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
  Baca Alfatihah hingga akhir
  Baca Surah, pendek pun takpa. (paling elok surah As-Syams )
Rakaat Kedua 
Baca Alfatihah
Baca Surah, pendek pun takpa. (paling afdhal surah Addhuha)
Tahiyyat akhir & Beri Salam..
Doa 
Mohon Allah murahkan rezeki kita..berkati kerja kita.
 Doa apa sahaja..mengadulah pada Allah.
Bahasa melayu, jawa, nogori, iban apa saja semua boleh, Doalah.
Paling mantap guna Doa di atas khas untuk waktu Dhuha  

InsyaAllah sama2 kita amalkan..Semoga Allah memberikan kita kekuatan dan peluang untuk menambahkan solat sunat pada harian kita..Amin..
Wassalam… 

ZIKIR HARIAN


3SERANGKAI (ii)


RIAK



Hati???Ikhlas?Sama2 kita muhasabah diri kita,ikhlaskah kita dalam setiap perkara yang kita buat??Ada juga yang melakukan sesuatu demi mendapat pujian dari masyarakat sekeliling dengan kata lain riak or menunjuk2...minta jauh dari kita semua

Rasulullah SAW dalam sabda bermaksud:
"Sesungguhnya yang paling aku takut menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak."
                                                                                                            (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Baginda SAW bersabda yang bermaksud:
 "Mahukah kalian aku beritahu sesuatu yang lebih aku takutkan daripada Dajal? Kami katakan: Tentu. Baginda bersabda: Riak, syirik yang tersembunyi iaitu apabila seseorang mengerjakan solat lalu dia menyempurnakan solatnya apabila mengetahui seseorang memandangnya."
 (Hadis Riwayat Ibnu Majah)


Rasa2nya semua orang tahu apa itu riak…sebut je riak pasti akan terlintas melakukan sesuatu untuk mendapat pujian dan yang paling jelas menunjuk2..
Orang lain tidak akan tahu jika kita riak sekalipun dan kita juga sama sekali tidak boleh mengatakan orang lain itu riak kerana riak datangnya di dalam hati yang menjadi rahsia Allah yang tidak diketahui oleh sesiapan pun.

Mesti ada yang tertanya2 camne kita nak tahu kita sedang riak atau tidak..Senang jawapannya,selidik apa respond hati kita bila kita menerima pelbagai pujian atas kejayaan kita,ketika kita menerima anugerah atas kemenangan kita..Masa itu apa kita rasa..suka ka??Bangga ka??Jadi,hati2 lah kerana bangga itu adalah permulaan yang cukup bahaya untuk kita terus jatuh ke alam riak..na’uzubillah..

Bukan senang untuk kita mengikhlaskan setiap apa yg kita buat apatah lagi perasaan riak lebih2 lagi bila kita diperkenalkan kepada semua orang atas apa yang kita perolehi..Tapi pernah tak kita terfikir “apa yang aku dapat kalau aku bangga/riak sekalipun dengan apa yang aku dapat sedangkan ini adalah dunia semata2.”..tapi “macam mana pula aku nak jauhi riak dari hati aku?”..jawapannya:

Cara yang terbaik untuk menjauhi/mengelak diri kita dari riak…ucaplah,subhanallah..sesunggunnya apa yang kita perolehi adalah milik Allah yang hakiki dan kita hanya di beri pinjam oleh Allah SWT..
Ibadah orang yang riak akan di tolak serta tiada nilai di sisi Allah..

Nabi saw. bersabda yang maksudnya:
“Sesiapa sum'ah (menceritakan amalnya), maka Allah akan menceritakan aibnya dan sesiapa beramal kerana riak maka Allah akan membuka niatnya di hadapan manusia pada hari kiamat kelak.”
(Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim)
Firman Allah
"Maka celakalah bagi orang-orang yang solat,(iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya. Mereka yang mengerjakan kebaikan dengan riak."
(Al Ma’un : 4 – 6)

Kata Imam Al-Ghazali:”riak adalah mencari kedudukan pada hati manusia dengan memperlihatkan kepada mereka hal kebajikan. Manakala,Imam Habib Abdullah Haddad pula berpendapat, riak ialah menuntut kedudukan atau minta dihormati orang ramai dengan amalan yang ditujukan untuk akhirat.

Rasulullah SAW. bersabda,
"Sesungguhnya Allah tidak akan menerima amal kecuali amal yang dilaksanakan dengan ikhlas dan dilakukan semata-mata untuk mengharap redha Allah. “
(HR Abu Daud dan An-Nasa’i)
Jika virus riak di biarkan terus bermaharajalela dalam hati kita, lama kelamaan akan menghancurkan kemurnian akidah, keluruhan akhlak dan kesempurnaan amal Islam.
Tidak terlepas juga,ada yang melakukan amalan kebajikan atau ibadat untuk menunjuk2..Mereka itu melakukan perkara itu kerana atas dorongan hawa nafsu yang sentiasa berusaha memesongkan mereka yang lemah imannya.

Namun, terdapat beberapa perbuatan yang kita tak sedar, ia adalah riak sebenarnya. Contohnya…
1. Kita tidak mahu menderma di depan orang kerana TAKUT ORANG KATA kita nak menunjuk2.
2. Kita sering solat sunat (dhuha misalnya) tapi satu hari kawan kita datang dan kita tinggalkan solat sebab TAKUT KAWAN KATA kita alim sangat.
3. Kita nak cerita kebaikan kita tapi ayatnya “AKU BUKAN NAK RIAK” supaya ORANG yang dengar INGAT yang kita ni memang baik.

Jom kita sama2 jauhi sifat riak dan jangan sama sekali kita installing riak dalam diri kita..apatah lagi hati kita..isyaAllah..

Harap dengan serba sedikit coretan di atas dapat kita sama2 ingatkan untuk diri kita sendiri..dan sama2 perbetulkan apa yang sepatutnya..:-)


KATAKAN TIDAK PADA

3SERANGKAI (i)



HIPOKRIT



Perkara yang menyedihkan apabila ada yang cuba untuk mengiakan apa yang sama sekali salah..dengan kata lain menganiayai orang lain dengan mengatakan hipokrit kepada yang bukan hipokrit..hmm..kita sama2 renungkan apa yang ada disebalik hipokrit
Firman Allah SWT: “Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
(surah al-Nisa:148).
 Ertinya, hanya orang yang teraniaya yang boleh mengemukakan kepada hakim atau penguasa keburukan-keburukan orang yang menganiayainya.
Seperti mana yang kita tahu..hipokrit ialah mengikut Islam: Orang yang tidak mahu dekat dengan agama Allah sering mengatakan mereka tidak mahu hipokrit. Pernah tak anda mendengar komen sebegini. "Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya". Maka eloklah kita jawab, "Kalau begitu anda sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam."

Selain itu,orang yang berpura2 ‘baik’ depan orang…tetapi sebenarnya ada niat jahat. Atau buruk sangka…atau buat2 baik tapi dalam hati sebenarnya tak suka. Cakap pasal hipokrit,pernah tak korang jumpa orang yang macam ni???tapi sebelum itu,pernah tak kita terfikir pasal diri kita sendiri,pernah tak ada unsur2 hipokrit dalam diri kita sebelum kita melihat keburukan orang sekeliling kita??hmmm…renunglah diri sendiri,kalau orang buat hipokrit kat diri kita,mesti bising xcukup mulut di buatnya tapi ada pernah kita fikir kalau kita buat hipokrit kat orang lain?xada kot..kononnya diri kita ni semua oklah compare dengan orang lain..jom kita lihat sama2…

Xperlu kita fikir jauh2,tengok kejadian harian kita je pom da terlebih cukup..kita cerita pasal orang lain kat kawan2 kita dengan mengatakan “kalau aku ditempat dia,xadanya aku buat camni camtu”..kalau aku,xadalah nak mengamuk sakan..”..kononya bukan mengumpat tapi kenyataan..ayat ni mesti pernah kita dengar kalau cakap pasal orang lain..kan2??fikir2lah..Tengok,kita yang budget semua bagus pom,terngumpat kat orang..xhipokrit ke cam tu??sedar xsedar dah jadi sama level dengan hipokrit,So,macam mana kita xnak orang panggil kita hipokrit kalau diri kita sendiri yang berada pada keadaan yang sama..so,macam mana kita xnk dengar orang panggil cam 2 kalau kita xubah diri kita dulu..sebelum kita marah orang lebih baik kita perbetulkan panggilan hipokrit kita kat orang sekeliling..iya betul,,bukan senang sebab kadang2 kita xsedar apa yang kita cakap,jadi yang terbaik hati2 ketika menilai/memnggil orang lain..

Tapi kalau nak lebih jelas lagi,maybe kOrang boleh teruskan pembacaan di bawah..
Selalu je,bile je sesorang nak berhijrah ke lebih baik mesti ada je orang yang cakap perkara2 yang menyebabkan kita xyakin untuk berubah tapi siapa dia untuk tentukan siapa kita..sure,korang mesti pernah dengar (as a example supaya korang lebih nampak)

“Woww..kawan kita da berubah,pakai baju kurung,bertudung kot..ek elehh,kau berpakaian camni pun bukannye ikhlas,HIPOKRIT!!”

“bajet baik konon,nak nasihat aku,munafik la weyy!”

“Eh2,sejak bila jadi pak lebai ni??dah pandai cakap halal haram ni??!”
Mesti sakit hati bila kita dengar camni kan..disebabkan lidah yang satu,kata2 yang kita sendiri xnampak ramai yang tersungkur..Hasrat mahu berubah terkubur camtu jer dengan hanya kata2.

So,persoalan adakah orang yang mahu berubah,berhijrah jadi baik itu orang yang hipokrit??
Sama sekali TIDAK hipokrit orang yang mahu berubah tapi izinkan saya mengatakan orang yang ingin or sedang untuk berubah:”Anda adalah seorang yang pejuang yang baik”..”Anda adalah seorang yang cantik di mata Allah..”

Dalam banyak tempat dalam Al-Quran,Allah menyatakan bahawa manusia akan sentiasa diuji, diuji dan terus diuji sehingga diyakini yang dalam kalangan kita yang mana benar2 hatinya untuk mencari wajahNYA. Sama juga,macam kita panjat tangga,selepas kita memanjat satu tangga, kita akan memanjat satu lagi kemudian satu lagi sehingga kita mencapai puncak yang begitu besar iaitu wajahNYA..

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:
"Bacalah al-Quran dan menangislah, dan jika tidak boleh menangis buat-buatlah menangis" 
(Hadis riwayat At-Tabrani)
Allah itu Maha Tahu dan Paling Faham akan hambaNYA. DIA tahu bahawa bukan senang untuk jadi seorang hamba yang baik, tidak dapat terus jadi baik dan harus melalui proses yang panjang yang mana da ditentukan Allag setiap langkah yang hambaNYA akan lalui.So,perubahan akan berlaku sedikit demi sedikit. Dan DIA juga Mengetahui bahawa manusia ni ada batasan atau limit. Bahkan kita takkan mampu berubah secara mendadak. Kerana itu, Allah sama sekali tidak membebankan kita dengan ‘mesti menangis’ sebaliknya Allah telah sediakan kita penuh dengan rukhsah seandainya kita tidak mampu menangis maka buat2lah menangis.
Maksudnya: jika kita tidak mampu jadi yang terbaik, maka kita latihlah diri kita untuk jadi manusia yang baik. Cuba kita renung kembali,bukankah mentol yang ada pada hari ini adalah hasil daripada ratusan kegagalan Thomas Edison? Saya pasti, kalau Thomas Edison berjiwa kecil, pasti dia akan putus asa apabila dicaci.
Jadi,jangan peduli cakap orang.Bukankah setiap apa yang kita lakukan kerana Allah dan bukankah Allah itu Maha Mengetahui setiap apa yang terdetik dalam hati kita apatah lagi kebenaran kejadian yang sengaja di reka2. Jadi anda boleh fikir sendiri siapa penghipokrit dan siapa yang dihipokrit..
Wallahu’alam..

PERMULAAN DOA DALAM SOLAT



Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…
"Dari Ibnu Umar R.A katanya: Ketika kami sedang solat bersama2 Rasulullah S.A.W, tiba-tiba ada seorang lelaki dalam jamaah yang membaca: "Allahuakbarkabira walhamdulillahikathira wa subhanaAllahibukratauwwa ashila.". Maka bertanya Rasulullah S.A.W, "Siapa yang mambaca kalimat tadi?" Jawab lelaki itu, "Aku ya, Rasulullah!" Sabda Nabi:" Aku kagum terhadap kalimat itu; kerananya dibukakan segala pintu langit." Kata Ibnu Umar,"Aku tidak pernah lupa membacanya sejak kudengar Rasulullah S.A.W membacanya."-(Riwayat Muslim)
Antaranya hadith ‘Ali bin Thalib r.a:katanya

"Bahawa apabila Rasulullah SAW bangun bersolat, baginda berkata:
"Aku hadapkan wajahku kepada Allah, Maha pencipta langit dan bumi dengan keadaan ikhlas dan tidak mempersekutukan-Nya. Sesungguhnya solatku, segala ibadatku, hidupku dan matiku hanya semata-mata untuk Allah Tuhan Semesta alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya dan kerana itu aku patuh kepada perintah-Nya dan berserah diri kepada-Nya.

Ya Allah! Engkaulah Maha Penguasa. Tidak ada Tuhan selain Engkau. Engkaulah Tuhanku dan aku adalah hamba-Mu. Aku zalim terhadap diriku dan aku sedar dengan dosa-dosaku. kerana itu ampunilah dosa-dosaku semuanya. Sesungguhnya tidak ada yang mengampuni segala dosa melainkan hanya Engkau. Dan tunjukkanlah aku akhlak yang paling baik. Sesungguhnya tidak ada yang dapat menunjukkannya melainkan hanya Engkau. Dan buanglah daripadaku Akhlak yang buruk. Kerana sesungguhnya tidak ada yang sanggup membuangnya melainkan hanya Engkau. Ku patuhi segala perintah-Mu, dan ku hentikan segala larangan Mu. Segala kebajikan berada di tangan-Mu, Sedangkan kejahatan tidak datang daripada-Mu. Aku berpegang teguh dengan-Mu dan kepada-Mu. maha Suci Engkau dan Maha Tinggi. Ku mohon ampun daripada-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu"  - (H.R Muslim)
Hadith Abu Hurairah r.a:katanya
"Biasanya Rasulullah SAW diam seketika sesudah takbir, sebelum membaca Fatihah. Lalu kutanyakan kepada baginda, "Ya Rasulullah! Apakah yang kamu baca ketika kamu diam seketika antara takbir dan membaca Fatihah?" Jawab baginda, "Aku membaca:

"Ya Allah! Jauhkanlah aku dari segala dosa sebagaimana engkau menjauhkan timur dan barat. Ya Allah! Sucikanlah aku dari segala dosa-dosaku, sebagaimana dicuci kain putih dari kotoran. Ya Allah! Basuhlah dosa-dosaku dengan air, dengan salji dan dengan ais."
(H.R Bukhari dan Muslim)



Bila sebut sahaja DOA IFTITAH pasti kita akan terbayangkan pnghulunya doa dalam solat..Di mana bibir kita tidak pernah lekang membacanya  5 kali sehari semalam..subhanallah..Tetapi apabila ditanya seberapa kerap kita membaca DOA IFTITAH dalam sehari…pastinya majoriti akan menjawab 5 kali…semuanya bergantung pada individu..sekiranya seseorang individu kerap melakukan extra solat pasti wajabnya tidak termasuk dalam golongan yang majority..Jadi kita tidak boleh sesuka hati menilai orang melalui luaran sahaja..bak pepatah omputih ‘Don’t Judge a book by a cover’..
Pasti ada yang tertanya-tanya ape  hukum DOA IFTITAH dalam solat????
Sebelum itu mari sama-sama kita renungkan apa itu maksud DOA IFTITAH..
Doa Iftitah ialah doa yang dibaca sebagai pembuka solat iaitu sebaik saja selesai takbiratul-Ihram dan sebelum membaca al-Fatihah. Abu Hurairah r.a. menceritakan; “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila telah bertakbir memasuki solat (yakni takbiratul-ihram), baginda senyap seketika sebelum mula membaca (al-Fatihah). Lalu aku bertanya baginda; ‘Ya Rasulullah! Sesungguhnya aku melihat engkau senyap di antara takbir dan bacaan (al-Fatihah). Apa yang engkau ucapkan?’. Baginda menjawab; ‘Aku membaca;

اللَّهُمَّ بَاعِدْ بَيْنِي وَبَيْنَ خَطَايَايَ كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ، اللَّهُمَّ نَقِّنِي مِنْ خَطَايَايَ كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ، اللَّهُمَّ اغْسِلْنِي مِنْ خَطَايَايَ بِالثَّلْجِ وَالْمَاءِ وَالْبَرَدِ

“Ya Allah! Jauhkanlah aku dari dosa-dosaku sebagaimana Engkau menjauhkan Timur dan Barat. Ya Allah! Bersihkanlah daku dari dosa-dosaku sebagaimana dibersihkan pakaian putih dari kotoran. Ya Allah! Sucikanlah daku dari dosa-dosaku dengan salji, air dan embun”. (Riwayat Imam Muslim)

(*Dalam solat sama ada anda baca doa iftitah di bawah atau di atas..baca hanya salah satu)

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. .Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang..Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik..Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Tetapi harus berhati-hati semasa menyebut musyrikin dan muslimin dalam doa iftitah. Jangan sampai kita tertukar tempat. Jika kita tersilap menyebut 'muslimin' di tempat yang sepatutnya 'musyrikin', maka ayatnya akan berbunyi ".... dan aku bukanlah dari golongan kaum muslimin." Dan jika kita tersilap sebut perkataan 'musyrikin' di tempat yang sepatutnya 'muslimin', maka ayat yang kita baca akan bermaksud, "Dan aku dari golongan orang musyrikin." 
Hmmm..na’uzubillah..minta jauh2 sebab kerana lupa sedikit je kita dalam bahaya..so,kenelah berhati-hati dalam menyebut dan yang paling penting mesti ingat dengan jelas trutamanya perkara2 yang melibatkan bacaan Al-Quran..
Sebahagian DOA IFTITAH ini sebenarnya di ambil dari Surah 6/79, 6/162 dan 6/163

Al-An’am:79  Yang bermaksud “Aku hadapkan wajahku kepada (Allah) yang menciptakan langit dan bumi dengan penuh kepasrahan (mengikut) agama yang benar, dan aku bukanlah termasuk orang-orang musyrik.”

Al-An’am:162 Yang bermaksud katakanlah(Muhammad),”Sesungguhnya solatku, ibadatku,hidupku, matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan seluruh alam..”

Al-An’am:163 Yang bermaksud “..tidak ada sekutu bagiNya dan demikianlah yang diperintahkan kepadaku, dan aku adalah orang yang pertama-tama berserah diri (muslim).

TETAPI…
Sesungguhnya DOA IFTITAH bukan terbatas kepada dua seperti di atas atau yang kita tahu sahaja namun ada banyak versinya..utamanya semua versi yang kita tahu mahupun tidak bersumber dari petunjuk Nabi Muhammad SAW..

 Sedangkan Rasulullah SAW telah menetapkan bahawa dalam perkara mengenai solat, setiap muslim harus merujuk kepada contoh dari beliau, sebagaimana sabda beliau:
‘Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku shalat.’
Beberapa di antara bentuk contoh doa ifititah yang paling popular adalah yang kami tuliskan berikut ini:
Maha suci Engaku dan segala puji untuk-Mu. Diberkahilah asma-Mu, tinggilah keagungan-Mu. Dan tiada Tuhan kecuali Engkau.

Lafaz ini diriwayatkan oleh Asiyah ra. dengan perawi Abu Daud dan Ad-Daruquthuny. Selain itu juga ada doa yang mungkin Anda sudah menghafalnya, seperti yang berikut ini:

Aku hadapkan wajahku kepada Tuhan Yang menciptakan langit dan bumi, dengan lurus dan berserah diri sedangkan aku bukan bagian dari orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan semesta alam.Tiada sekutu baginya dan dengan itulah aku diperintahkan. Dan aku termasuk bagian dari orang-orang muslim.

Lafaz ini sampai kepada kita lewat perawi yang kuat seperti Imam Muslim, Ahmad dan Tirmizy dan disahihkan oleh Ali bin Abi Thalib. Lafaz ini sebenarnya juga lafaz yang juga ada di dalam ayat Al-Quran, kecuali bahagian terakhir tanpa kata awwalu.


Selain itu juga ada lafz lainnya seperti di bawah ini:

Ya Allah, jauhkanlah antara aku dan kesalahan-kesalahanku sebagaimana Engkau menjauhkan antara timur dan barat. Ya Allah, sucikanlah aku dari kesalahan-kesalahan sebagaimana Engkau mensucikan pakaian dari kotoran. Ya Allah, mandikan aku dengan air, salju dan embun.

Manakala hukum membaca doa Iftitah adalah sunat. Kita boleh memilih mana-mana satu doa Iftitah yang pernah dibaca atau diajar oleh Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- di dalam hadisnya-. Doa Iftitah ini hendaklah dibaca perlahan (tidak dikuatkan suara).

Dan DOA IFTITAH merupakan sunat Hai’ah- Perkara sunat yang dituntut melakukannya( diberi pahala). Jika tertinggal solatnya tidak batal, dan tidak perlu diganti dengan sujud sahwi. (apa itu ‘perkara sunat’ anda bolehlah rujuk ustaz2/ustazah2/internet/sumber2 lain)

…semoga kita sama2 renungkan dan mengambil apa yang bermanfaat untuk diri kita semua demi akhirat kelak..wallahu’alam..

Seandainya terdapat kesalahan atas setiap yang disampaikan moga mendapat teguran daripada kalian..yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang kekurangan itu datangnya dari diri saya sendiri..
Sekian..






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ILMU MILIK ALLAH

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang belajar ilmu agama yang seharusnya untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t. tiba-tiba dipelajarinya hanya untuk mencapai tujuan dunia, maka dia tidak akan dapat bau syurga pada hari kiamat" (Riwayat Al-Nasai dari Abu Hurairah r.a.)

SAIDINA ALI BIN ABI TALIB

Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.
 
Full design and Custom Blog Design by jiakreatifelt.com