Friday, October 12, 2012

HARI PENGHULU HARI


Assalamualaikum sahabat2 saya yang dikasihi ALLAH SWT..
Semoga jumaat hari ini lebih baik dari jumaat sebelum ini..jom sama2 kita tgk apa kelebihan hari jumaat..tak banyak 6 je..jap je bace..:-)

Berlakunya hari kiamat.( RasuluLlah SAW bersabda yang bermaksud :
“Hari Yang Dijanjikan ialah Hari Qiamat. Hari Yang Disaksikan ialah Hari Arafah, dan Hari Yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” )
Nabi Adam dicipta dan Baginda juga disingkkirkan dari syurga (Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.” )


Penghulu Segala Hari ( Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Terdapat banyak kebaikan dan kelebihan pada hari ini termasuklah Solat Jum’aat. )



Kebaikan Dengan Memotong Kuku ( Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.” )



Selamat Dari Fitnah Kubur Bagi Sesiapa Yang Meninggal Hari Jumaat ( Menurut Rasulullah:“Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.” )



Makbulnya Doa diantara Dua Khutbah ( Abi Burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa RasuluLlah SAW pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan. Hadith Rasulullah SAW daripada Jabar r.a pula mengatakan ianya adalah pada hari Juma’at, akhir waktu Asar. (Riwayat Abu Daud, An Nasa’iy dan Al Haakim) )



                                                                         >http://myibrah.com/antara-6-kelebihan-hari-jumaat<



hehehehe..terima kasih sahabat sudi baca..:-)..sama2 kita sebarkan dan kongsi..wassalam..


TERIMA KASIH SAHABAT


Terima kasih sahabat2 saya yang sudi singgah di blog saya yang xseberapa..semoga entry2 boleh memberi manfaat kepada sahabat2..apa yang kurang/salah mohon di tegur/nasihat dengan keimanan dan yang baik datangnya dari ALLAH SWT..sama2 kita kongsi dan sebarkan ilmu Allah....:-)

Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati..Amin..

KEREDHAANMU..




Ya Allah Ya Tuhanku
HambaMU merindukan Rahmat kasih sayangMU
Dan jua keredhaanMU dalam hidupku..
Meskipun ku ulangi dosa noda yang menjanjikan azab sengsara
Namun ku sedari keampunanMU tidak bertepi



Ku akui diri ini hamba yang mungkir pada janji2
Jadikanlah taubat yang sejati..
PadaMU Ilahi..Ya Allah
Ampunkanlah dosa-dosaku
Ya Allah,redhakanlah kehidupanku..

Moga terhapus penghijab kalbu antara Kau dan aku
Tuhan ku zalimi diri ini
Andai ku tak kan ampuni dan rahmati alangkah ruginya diri ini
Tuhan jangan kau palingkan diri ini setelah kau beri hidayah
Sesungguhnya Kau Maha Pengasih..
 >inteam<

:-)..syukran sahabat sudi luangkan masa untuk baca entry sy..sama2 kita hyati..

Thursday, October 11, 2012

BERSYUKUR



Assalamualaikum sahabat..:-)

Semoga hari ni lebih baik dari hari sebelumnya..hmm..tak ade manusia yang sempurna..Kita selalu mengeluhkan..kalau panas terik..”panasnye,penatlah sebab panas sangat”..kalau hujan pulak..’hujan pulak,nak kuar p jalan2 pun tak dapat..huhhh”..perasan tak,mesti akan terkeluar ayat2 camni dari antara kita2..kalau yag tak pernah Alhamdulillah..ni baru berkenann hujan dan panas..kita tak pernah rasa bersyukur dengan apa yang Allah bagi..Allah bagi A kita nak B ..dan sebaliknya..pendek kata tak pernah rase cukuplah..tak pernah berpuas hati.tapi pernah tak kita fikir,apa yang Allah bagi kat kita tu adalah yang

terbaik untuk kita..ada sebab Allah tak bagi apa yang kita minta/mahu..kalau Allah bagi semua apa sahaja kehendak kita, kemungkinan kita akan jadi ego dengan Allah..lupa yang kita ni hanya hambaNYA malah lalai dengan duniawi..na’uzubillah..sama-sama kita renung dan jangan kedekut untuk ucap ‘SYUKUR ALHAMDULILLAH’..Allah mungkin tdk memberi apa yang kita minta tapi Allah memberi apa yang kita perlu kerana Allah Maha Mengetahui..ucap ‘ALHAMDULILLAH’ pom jadilah..tu tandanya kita sentiasa igt DIA..


Wassalam..terima kasih sudi luangkan masa untuk habiskan baca sampai ayat terakhir..yang salah harap ditegur dan yang baik dtgnya dari ALLAH..
...:-)..sama2 kita kongsi ilmu dan pendapat..

Tuesday, October 9, 2012

"Segmen : Follow and win RM50 by Eikyn Grinxs"



Salam sahabat yang dikasihi Allah…ni segmen baru je..sape2 yang berminat boleh lah click di sini http://kemonlamakcikeikynok.blogspot.com/2012/10/segmen-follow-and-win-rm50.html..maybe 



melalui ni sahabat boleh berkenalan dgn ramai sahabat yang lain untuk terus berkongsi ilmu..walau di alam maya tidak mustahil untuk kita sebarkan ilmu yang kita perolehi..
...:-)..tidak salah untuk kita membantu sahabat kita sendiri..support diorang..sekian..


BERDOSAKAH AKU???



Assalamualaikum sahabat yang dikasihi ALLAH..perasaan itu lumrah..sedih,gembira,marah,geram,sakit hati..apa lagi???susah hati..macam lah..macam astro,macam2 ada..heheee..melawak je..

Tapi bila perasaan ni  hadir dalam diri kita ada terlintas dalam fikiran kita..sape yang anugerahkan semua ni???tepuk dada tanye lah diri..bila kita rasa senang di mana kita letak Allah dalam hati kita??..bila pula kita rasa sedih Allah yang kita persalah kan..adil ke a pa yang kita buat..Perkara kecik pun kita terlalu berkira dengan Allah sedangkan Allah Maha Menyayangi hamba2NYA..memberi yang terbaik untuk kita..ada kita bersyukur??

..bila susah kita tidak pernah minta, merayu padaNYA walaupun hanya terdetik di hati tapi apa yang kuar dari mulut kita, hati kita, fikiran kita..”Allah bencikan kita, tak sayang kita sebab Allah bg kita susah”..pernah kita fikir ini ujian dari Allah?..sebab apa??sebab Allah tak nak kita leka..lalai bila diuji dengan kesenangan...sentiasa ingat DIA waktu susah mahupun senang..sentiasa letak DIA no 1 di hati kita..cinta DIA no 1 di hati kita..Ya Allah....sama-sama kita renungkan sapa diri kita..di mana letaknya Allah di hati kita..mulai sekarang cuba kita perbaiki sedikit demi sedikit diri kita untuk kita terus mendekati Allah..biar apa orang kata..berpeganglah pada prinsip kita.."peduli org cakap tapi ambik serius apa yang Allah cakap"..


“Ya Allah Engkau ampunilah dosa hambaMu ini yang sentiasa leka dengan duniawi..Ya Allah masukkan lah kami dalam golongan yang sentiasa sujud padaMU. Ya Rabb,janganlah Engkau menarik balik hidayah yang telah Engkau berikan pada kami dan istiqamah dalam melakukan kebaikan..serta jadikan kami hamba yang sentiasa bertaqwa padaMU..amin..”


Ya Allah Jauhi kami dari perkara-perkara yang melalaikan/menjauhkan kami dariMU..
Setakat ni sajalah..peringatan untuk diri sendiri..nak komen??sgt dialu2kan..yang salah tegurlah dgn nasihat ketaqwaan yang baik dtgnya dari ALLAH SWT..

Terima kasih sudi luangkan masa untuk baca entry saya..wassalam;-)





Monday, October 8, 2012

TAQWA..


TAQWA???apa itu TAQWA.. Menurut Syara', 'Taqwa' bererti : "Menjaga dan memelihara diri dari siksa dan murka Allah Ta'ala dengan jalan melaksanakan perintah-perintahNya, taat kepadaNya dan menjauhi larangan-laranganNya serta menjauhi perbuatan maksiat".
Rasulullah s.a.w. pernah menjelaskan hakikat taqwa dengan sabda baginda yang bermaksud
"Mentaati Allah dan tidak mengingkari perintah-Nya, sentiasa mengingati Allah dan tidak melupainya, bersyukur kepada-Nya dan tidak mengkufuri nikmat-Nya". ( Riwayat Imam Bukhari dari Abdullah bin Abbas rha. ) >http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/1476-taqwa-itu-apa.html>
Iya,tol tu..nak dapatkan TAQWA itu susah..apa yang senang atas dunia ni kalau kita sendiri yang malas usaha untuk dapatkannye apatah lagi untuk kekalkan..kalau kita tidak teguh maka robohlah kita..berpeganglah pada satu prinsip yang boleh teguhkan diri kita..sama-sama kita usaha..:-)..kita tak dapat jadi sempurna tapi jadilah yang terbaik..sentiasa berusaha untuk jadi yang terbaik walaupun lambat..lambat taka pa yang penting kita sentiasa istiqamah/berterusan dalam melakukan kebaikan/perbaiki kea rah kebaikan..

opss..da panjang upenye..cukuplah untuk entry kali ni..terima kasih singgah blog saya dan luangkan sedikit masa untuk baca entry..nak komen???sgtttttt di alukan..:-)..wassalam..




SEGMEN:FOLLOW AND FOLLOW

Salam..sahabat..jom kita ikuti segmen follow and follow..bolehlah berkenalan,berkingsi ilmu dgn rakan2 di

 alam maya..:-)..sape ada masa terluang boleh click link ni

http://www.qaleshyaumairah.com/2012/09/segmen-follow-and-follow.html


terima kasih sudi singgah bolg saya..:-)..wassalam..

Sunday, October 7, 2012

TERPISAH DARI ALLAH TERPINGGIR DARI MANUSIA



Terkadang kita termangu sendirian sambil hati bercakap-cakap dan tertanya-tanya mencari jawapan yang tidak pasti. “Isyy.., kenapalah rasa sunyi sangat hati aku ni?”, “Hmmph, kenapalah rasa macam diri ini jauh sangat dari Allah. Ini tak kena, itu tak kena. Semuanya rasa serba tak kena. Apakah Allah sudah berlepas tangan dariku? Astaghfirullahal ‘Azhim.

Rasa-rasa sebegitu acapkali menjengah dan menghantui diri kita, tidak kira siapa, dan ia tidak lain berpunca dari diri kita sendiri. Cuba kita cari dan suluh puncanya.
Dosa dan maksiat yang kita lakukan selama ini, itulah punca dan sebab musababnya. Maka, sama ada sedar atau tidak, dosa dan maksiat telah menjadikan hubungan kita dengan Allah semakin merenggang dan langsung menjauhkan kita dari limpahan rahmat-Nya.

Sungguh jiwa kita tidak boleh menerima petaka ini dan hati nurani kita berasa cukup tidak selesa dengan situasi ini. Walhal terpisah dari ibu kandung sendiri pun sudah terasa haru dan tidak keruan. Inikan pula terpisah dan jauh dari rahmat Allah s.w.t., Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Seandainya dikumpulkan semua kelazatan dan kenikmatan duniawi ini dengan satu tujuan untuk menggembirakan hati kita dan mengeluarkannya dari beban penderitaan kerana terpisah dari rahmat Allah itu, nescaya ia tidak berupaya menghilangkan segala kedukaan dan penderitaan tersebut, sebaliknya ia hanya akan menambah bebanan dan tekanan pada jiwa yang sudah sedia terseksa.

Ahh.., penderitaan dan kepahitan kerana berjauhan dan terpisah dari Allah ini hanya dapat dirasai dan ditangisi oleh insan yang hidup hati nuraninya. Namun tidak bagi mereka yang telah mati hatinya. Orang yang mati hatinya tidak lebih bagai bangkai yang berjalan. Ia tidak sensitif dengan apa-apa lagi. Benar sekali ungkapan si bijaksana yang menyebutkan: “Kelukaan tidak memberikan sebarang kesakitan lagi kepada hati yang telah mati.”

Bagaimana diri kita semua kala ini? Pernahkah kita merasai yang diri ini amat jauh dari Allah s.w.t. iaitu tatkala tercebur ke dalam kancah dosa dan maksiat? Memang pernahlah jawabnya. Kerana dosa, kita yang telah Islam ini pun boleh terlempar jauh dan terpinggir dari rahmat Allah s.w.t., bayangkan betapa jauh dan sayupnya rahmat dan pandangan Allah pada seseorang yang kafir dan syirik pada-Nya?
Hakikatnya kita sangat memerlukan Allah di dalam hidup kita. Kita tidak rela terpisah dari pandangan dan rahmat Allah walaupun sesaat cuma. Kalau Allah mula berlepas tangan dari kita, bermakna bermulalah detik kemusnahan kita. Ingat! Bahawa syaitan dan nafsu sentiasa berusaha mewujudkan jaluran dosa yang menjadi kabut hijab antara hamba dan Allah yang Esa.

Terpinggir dari manusia

Sudahlah menderita terpisah berjauhan dari Allah, dosa juga melakar kepiluan yang amat kerana terpinggir dari manusia. Manusia yang bagaimana? Manusia yang beriman, bertakwa dan beramal soleh. Sekali lagi, dia bukan dipinggir mahupun dipisahkan oleh mereka. Sebaliknya dia sendiri menjadi terpisah dan terpinggir dari kelompok ‘orang-orang Allah’ itu kerana bahana dosa yang digulitinya.

Kerana keterpinggiran itu, dia akan semakin jauh dari majlis-majlis mereka. Kerana kejauhan itu, dia tidak dapat mengambil faedah-faedah kebenaran dari mereka lagi. Yang berlaku, dia semakin mendekatkan diri dengan kumpulan syaitan menurut kadar kejauhan yang dirasai dan dialami olehnya. Kini, hari demi hari terasa semakin menekan dan menyesak di dalam hati.

Tidak semena-mena, akibat dosa itu, perasaan benci dan amarah menyelinap masuk ke dalam hatinya. Lalu ia membuak-buak bagai dirasuk hantu syaitan. Tidak fasal-fasal anak dan isterinya dibenci. Malah, kerana bahana dosa itu, ia sampai ke tahap benci terhadap dirinya yang sebenar. Seorang ulama menyingkapkan: “Jika aku melakukan maksiat kepada Allah, akan terlihatlah kesannya pada kenderaan dan isteriku.”

Kisah tiga sahabat yang dihukum Allah kerana tidak menghadirkan diri dalam peperangan Tabuk tanpa keuzuran syarie, wajar menjadi teladan buat kita semua. Dalam tempoh tiga bulan, mereka merasai kehidupan yang cukup pahit dan menyeksakan. Sudahlah dimurkai Allah s.w.t., mereka juga turut dipinggirkan oleh Rasulullah s.a.w. dan seluruh umat Islam.
Selama tempoh itu, mereka menangis siang dan malam, tidak henti-henti memohon keampunan Allah, sehingga datanglah keampunan Allah. Kenapa mereka menangis dan merintih kepada Allah? Kerana mereka tidak mahu terpisah dari rahmat-Nya. Sekali lagi, itulah kesan dosa dan ia hanya dirasai dan dideritai oleh mereka yang punyai mata hati.

Sama-sama kita kongsi ilmu..;-)..terima singgah sebentar..komen di alu2kan..:-)

-Oleh: Amal Islami-

HAPUSKAN EGOMU..



Hidup ni kita tak boleh lari dari masalah apatah lagi ujian Allah..setiap manusia akan merasai ujian Allah..bezanya ujian yang besar mahupun kecil tetapi Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Pemurah..DIA tidak akan memberi ujian yang tidak mampu ditanggung oleh hambaNYA..

Tetapi apa yang berlaku sekarang..bila kita hadapi masalah…siapa yang kita cari???kalau yang mencari ibu bapa, sahabat ok lagi tapi yang sedihnya kita akan mencari BF or GF..siapa dia bagi kita..adakah dia lebih penting dari keluarga kita apatah lagi Allah SWT..opss..ini xde kene mengena dgn sape2..untuk mengingati diri saya sendiri..heheee..hmm..

Iya manusia ni ego sebenarnya(ada yang tidak hanya sesetengah)..ego untuk mengadu pada Allah..ego untuk sujud padaNYA..ego untuk mengangkat tangan padaNYA..di mana rendah diri manusia terhadap Allah..di mana..na’uzubillah..

“…Sebaik-baik tempat permohonan dan luahan adalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui…”

Mulai hari ni………………………………….
Jangan sesekali tahan air mata kita depan Allah..Allah lagi suka hambaNYA memohon..meluahkan padaNYA kerana itulah lambang kita ingat padaNYA..wahai sahabat2..menangislah saat kita menadah tangan padaNYA..luah lah apa yang terbuku di hati kita wahai sahabat kerana Allah Maha Mengetahui apa yang tersirat di hati..setitik air mata mungkin dapat melegakan seribu masalah kita..mungkin terurai setitis airmata kita dihadapan Allah dapat melepaskan segala yang terbuku keresahan dalam hati kita..berdatinglah dengan Allah untuk melepaskan segalanya..tetapi janganlah wahai sahabat menitiskan airmata kerana  seorang lelaki/pompuan ataupun perkara yang boleh melalaikan kita terhadap Allah..

Sama-sama kita renung..muhasabah..berapa banyak kita menitiskan airmata keranaNYA..nikmatnye ketenangan hanya diri kita sendiri sahaja yang tahu..hanya Allah sahaja yang tahu..nikmat ketenangan mampu menitiskan airmata kita secara tidak sengaja yang akan melambangkan betapa hebatnya ketenangan dari ALLAH SWT..

Ok lah..setakat ini saja..da panjang saya membebel..bebelan untuk mengingati diri sendiri..wassalam..terima kasih pada yang sudi luangkan masa untuk baca entry saya dan di alu2 untuk tinggalkan komen..;-)

2012/08/segmen-syoknya-blogwalking-bersama.html

Salam sahabat..pernah sahabat sertai segmen ni??jom sama2 kita join..:-)


walaupom saya tidak berkesempatan update entry hari2 tapi update gak walau sebulan sekali..sempat gak saya join segmen BW with Aisyah Humaira'..jom kawan2 sama2 kita join..xsalah untuk berkenalan lebih ramai dan pada masa yang sama boleh tambah/update/share ilmu dengan rakan2 alam maya mahupun reality..berminat click je http://www.aisyahhumaira.com/2012/08/segmen-syoknya-blogwalking-bersama.html...selamat berjuang sahabat2..:-)


terima kasih sahabat2 yang di kasihi Allah kerana sudi luangkan sedikit masa di blog saya..boleh lah tnggalkan sedikit komen pon xpe..:-)..jika berminat..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ILMU MILIK ALLAH

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang belajar ilmu agama yang seharusnya untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t. tiba-tiba dipelajarinya hanya untuk mencapai tujuan dunia, maka dia tidak akan dapat bau syurga pada hari kiamat" (Riwayat Al-Nasai dari Abu Hurairah r.a.)

SAIDINA ALI BIN ABI TALIB

Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.
 
Full design and Custom Blog Design by jiakreatifelt.com