Monday, October 28, 2013

DUNIA INI HANYA PERSINGGAHAN









Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Syukur Alhamdulillah Allah masih sayang kita dengan memberi peluang tuk kita melihat dan menikmati nikmatNYA…Subhanallah begitu Maha Pemurah Allah S.W.T.

 TAPI………adakah kita balas Maha Pemurah Allah itu???

Betapa Allah jaga hamba-hambaNYA..

TAPI………adakah kita hargainya???

Betapa Allah sentiasa rindu akan suara HambaNYA..

TAPI………adakah kita sentiasa menyebut namaNYA??? Atau kita hanya menyebut namaNYA dengan persalahkan keadaan sekiranya kita JATUH dan hanya melupakanNYA di saat kita BERJAYA??

Memang tdk di nafikan dunia semakin pecut dengan pelbagai technology…manusia semakin berebut2 untuk mengejar technology tu…pernah tak kita cuba kejar AKHIRAT seperti mana kita kejar DUNIA???

As example student…Bila class pukul 6p.m sampai pukul 9p.m..berlari ke surau untuk solat..itu ALHAMDULILLAH sbb berkejar2 tuk berebut solat tapi adakah kita akan bertenang dan bersungguh2 sungguh untuk khusyuk seperti mana kita berlumba2 utk sampai ke surau….????

Kita solat cepat2 nak doa pun xsempat sebab apa??? Sebab kot tertinggal lecture nanti rugi…tak faham..nak jawab exam xdapat..macam2..

TAPI…adakah kita akan mencari pelbagai alasan juga untuk terus rebut akhirat seperti mana kita kejar dunia?? Na’uzubillah..

“Ya Allah jauhi aku dari perkara-perkara yang boleh menjauhkan dari MU dan jauhi aku dari perkara2 yang boleh melalaikan ku dr akhiratMU..Aminn..”





Wassalam…MOGA MANFAAT..hanya kongsian dan peringatan utk diri sendiri..Tq yg sudi singgah+baca+komen..

Wednesday, October 23, 2013

PROGRAM VAKSINASI HPV



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA, SALAM SATU MALAYSIA





SEMUA…Alhamdulillah kita masih lagi mampu untuk bernafas.

Pernah tak anda dengar HPV ATAU Program Vaksinasi HPV??? Jom kita terjah!!!!!!

Vaksinasi HPV merupakan salah satu cara pencegahan primer untuk menghindari daripada KANSER SERVIKS.

Yang palinggg penting!!! Program Vaksini HPV ini merupakan satu program yang di usahakan oleh Lembaga Penduduk Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan di bawah naungan Kemeterian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Objektif utama program vaksin ini adalah untuk mengurangkan beban penyakit sebagai penyebab Kanser pangkal rahim selama 20 tahun yang akan datang.

Matlamat utama vaksin ini adalah : 

·   memberi vaksin HPV kepada semua perempuan dari umur 18 dan 20 tahun  yang tergolong dalam "kumpulan sasaran"
• Untuk melindungi wanita Malaysia dari risiko jangkitan HPV
• Untuk mengurangkan risiko kanser pangkal rahim di kalangan wanita di Malaysia.




Seperti yang sedia maklum, Kanser Pangkal Rahim adalah penyakit dimana sel-sel serviks berkembang secara luar biasa dan lebih kurang 99.7%  kes kanser pangkal rahim disebabkan oleh "human papillomavirus"(HPV). Memberikan vaksin kepada golongan wanita merupakan salah satu cara yang terbaik untuk  mengurangkan kematian sebanyak dua pertiga. Ia adalah kanser ketiga yang paling biasa dalam kalangan wanita di Malaysia dan seharusnya dicegah hingga ke dasar!!!

Oleh itu, semua wanita yang lahir pada tahun 1993 to 1995 ATAU berumur 18 tahun hingga 20 tahun layak untuk menerima vaksin HPV secara PERCUMA.

Penjelahan penting kali ini akan di adakan di Bukit Expo, UPM. Jam dari 9am hingga 4pm.





Bukit Expo,UPM






Lokasi



UPM, Serdang




Bagi mahasiswa UPM, Serdang Ini merupakan peluang yang sangat luar biasa DAN bagi mahasis yang dapat menyelesaikan semua dos vaksin iaitu 3 doa akan mendapat pas percuma ke konsert artis-artis tempatan yang terkenal pada 2 Mac 2014.

Dalam masa terdekat, bagi yang lebih berminat untuk daftar vaksin berkumpulan yang terdiri daripada 5 orang di mana pesertanya terdiri dari setiap universiti atau kolej layak untuk cabutan bertuah !!!!


  

 

Hadiah menarik menanti iaitu DESTINASI YANG MENARIK anda dan ditaja sepenuhnya pada program “GIRLS DAY OUT”.

Masih sempat untuk membuat keputusan
Jom sertai!!!!

Untuk maklumat lanjut mengenai LPPKN Program Vaksinasi HPV untuk Wanita serta maklumat mengenai lokasi roadshow , Sila layari

http://www.facebook.com/PVHPV> http://www.facebook.com/PVHPV. 

Tuesday, October 22, 2013

JODOH ITU RAHSIA ALLAH







Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pemurah.. Alhamdulillah kita masih lagi di beri nikmat olehNYA dengan dpt melihat dan menghirup udara Allah..Syukur Alhamdulillah

Fuhh!! Fuhh!!....Uisyhhh, banyaknye habuk nak kene bersih..emmmm..patutlah last update 4/10/13. Lama da tak update blog atas sebab2 tertentu. Alhamdulillah tetiba je idea dtg so tangn laju menaip tuk share.

Memandang sekarang ni p memana pun sibuk orang duk cakap sal JOOOOODOH..Itu lah, inilah..macam2 pandangan saya dengar. So, kita join sekali..heheee…Saya just nak share article2 yg saya baca. Nak BERHUJAH sendiri tak cukup ilmu lagi.heheee. So, baca jerlah article n share. Boleh kan kawan2???

Bila kita dengar perkataan JODOH, pasti akan terlintas kat mind “Sape jodoh aku??adakah dia jodoh aku?Bila jodoh aku?Lambat ke cepat ke?” Tol tak? Tapi hakikatnya jodoh itu adalah RAHSIA ALLAH yg kita sendiri tak akan tahu. Kalau Allah tak rahsiakan so, hilanglah surprisenya !!!! So, tak seronoklah buat majlis kawen besar-besaran yang seperti sahabat idaman-idamankan >adalah lebih baik buat sekadar yang mampu sahaja<

Jodoh itu tak semestinya hingga ke akhir hayat. Setiap org punyai perjalanan hidup yang berbeza yang telah Allah tetapkan. Kalau jodoh itu hingga ke syurga, Syukur Alhamdulillah.




Jodoh itu da pun ditetapkan oleh Allah namun kita harus berusaha dan berdoa..Jangan serah bulat-bulat pada Allah kerana Allah sukakan orang yang tak pernah kenal erti putus asa dalam berusaha + berdoa dalam apa jua keadaan sekalipun..>Ingat tuuu<

Bukan senang utk peroleh apa yg kita usaha, setiap perjalanan pastiiiiiiiii ada liku2 kesusahan, ujian tapi kita mesti sentiasa bersiap sedia dengan pelbagai kemungkinan yang tak dijangka. Bukan setiap orang yang kita suka kita akan milikinya. Bukan setiap perkenalan dalam jangka masa yang panjang itu jodoh kita. Boleh jadi jodoh itu berada jauh dengan kita. Boleh jadi jodoh itu hanya melalui perkenalan yng singkat. Siapa tahu? Hanya Allah sahaja yang tahu… Cinta, sayanggggg macammana pun kita, kalau bukan jodoh  tetap tak kan bersama. Benciiii, jauhhhh mana pun kita kalau da jodoh tetap akan bersama.

Sweetkan Allah bagi kita rahsia yang cukuuuuuuupppp indah untuk kita..Bukan setakat rahsia tapi siap bagi kita surprise lagiiii…:-)

Ni article + blog lain yang dapat saya share..MOGA MANFAAT..in shaa Allah
Klik JERR link bawah





Wassalam..Thanks a lot yang sudi baca then komen entry + blog yang biasa2 sahaja..




Friday, October 4, 2013

MAKE LIFE SIMPLE AND BEUTIFUL






Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…Alhamdulillah Allah Maha Pemurah. Masih lagi memberi kita nikmat untuk melihat MMS yg di berikan olehNYA..untuk kita trus membaca surat cinta dariNYA..Alhamdulillah..smg kita sama2 menikmati wpun hanya sekejap..

MAKE LIFE SIMPE AND BEUTIFULL…mesti korg terfikir kan entry dan penulisan yg boring apa pula sy nak share kali ni????hehhee..sorry ye, masih tak hebat lagi dlm penulisan ni..sila beri tunjuk ajar..yg penting kita dpt ambil isi2 tersirat dlm setiap penulisan…in shaa Allah…

Saya cukup tertarik dgn ayat kat atas (MAKE LIFE SIMPLE AND BEUTIFULL)..actually ayat ni msg yg di hantar oleh kwn sy sendiri tempoh hari. …Wpun pendek ttp m’beri maksud yg mendalam..thanks ye awk..Setelah semalaman merenung dan fikir ayat ni baru saya faham..

MAKE……

Life Simple…apa yg saya faham dari LIFE SIMPLE….Jadikan hidup ini sesuatu yg simple ttp tdk lalai terhdp Allah. Simple dgn manusia, simple dgn Allah simple dengan hari2 akan dtg…ttp dgn cara yg betul dan pada jalan yg di redhai Allah.

Life Beutifull…Jadikan hidup ini satu kehidupan yg saaaaangat cantik d sisi Allah. Cantik di dunia dan juga di akhirat kelak dgn bekalan2 yg semuanya beutiful…Biarlah cantik di sisi Allah dgn akhlak yg juuuuga beutifull......in shaa Allah..Wpun kita mencari kecantikan itu sedikit demi sedikit yang penting sentiasa diredhai dan di berkati Allah dan istiqamah..in shaa Allah.

Dunia kita kejar, Akhirat kita melepas…Akhirat kita kejar in shaa Allah kedua2 (dunia&akhirat) kita dapat…

Sama2 kita renung, sama2 kita fikir, sama2 kita muhasabah..yg paling penting sama2 kita BERUSAHA + DOA pada Allah..in shaa Allah..Thanks a lot ye awk, coz give me a new things. Wpun hanya satu ayat..Sangat berguna utk remind sy .

Wassalam..tima kasih sudi baca + share pendapat..moga manfaat…L

Wednesday, October 2, 2013

I MISS HIM SO MUCH






Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang… Alhamdulillah Allah masih bagi kita kesihatan yg baik untuk kita trus beribadat padaNYA…Setiap kesakitan yg kita alami adalah satu ujian yg ringan bagi kita. Apapun, ALHAMDULILLAH dlm apajua pun kita Allah masih lagi ingat kita. Alhamdulillah..

Ya Allah
Perasaan ini begitu indah bagiku
Perasaan ini membuatkan aku menitiskan airmata
Perasaan ini membuatkan aku untuk terus mendekatiMU
Perasaan ini membuatkan aku untuk terus membaca SMS cinta dariMU
Perasaan ini membuatkan aku tersenyum sendirian di saat memandang MMS dariMU

Ya Allah
Hati ini resah dan gelisah di saat ianya pergi
Hati ini terasa begitu indah di saat ianya hadir
Hati ini meronta sendirian untuk melepaskan ia padaMU
Hati ini berbisik dengan penuh syahdu untuk meluahkan ianya padaMU
Hati ini bertambah tabah dan sabar di saat ia datang berpaut di hatiku

Perasaan ini adalah RINDU pada Yang Esa. Hati ini begitu tersentuh di saat ianya (RINDU) hadir. Semoga RINDU kita pada Yang Maha Penyayang sentiasa bertambah di saat senang mahupun susah..in shaa Allah

>puitis yg sangat tak best..heheee<



Wassalam..terima kasih pada yang singgah J

SEMALAM ADALAH KENANGAN





Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…2nd entry after raya. Alhamdulillah Allah masih bagi kita kesihatan yg baik untuk kita trus beribadat padaNYA…Setiap kesakitan yg kita alami adalah satu ujian yg ringan bagi kita. Apapun, ALHAMDULILLAH dlm apajua pun kita Allah masih lagi ingat kita. Alhamdulillah..

SEMALAM ADALAH KENANGAN…sesaat yg lepas pun dah jd satu kenangan dalam kehidupan..kan, tol x???

Setiap masa yg berlalu tak mungkin dpt di patah balik, dapat diputarkan kembali melainkan dengan kuasa Allah. Tapi bila kita fikir kembali, renung kembali hari2 yg lepas, mesti ada penyesalan wpun sedikit yg akn terdetik dlm hati kita kan????tol tak sahabat???..:-)….penyesalan itu hanyalah sia2 kalau kita hanya jadikan ia satu renungan tetapi penyesalan itu akan lebih bermakna kalau kita jadikan ia satu semangat untuk terus perbaiki diri kita. In shaa Alllah.

Bila di renung. Ya Allah begitu banyak dosa2 yang telah dilakukan, tak terkira. Terdetik dalam hati “sempatkah aku untuk bertaubat padaMU Ya Allah??? Sempatkah aku untuk tebus segala dosa2 ku Ya Allah.????”

Bukan senang untuk berubah tapi laaaaagi susah sekiranya kita takut untuk berubah..
Wpun perubahan yg kita usahakan itu tdk memberi impak yg besar, xmengapa ttp biarlah berterusan wpun sedikit demi sedikit. Jangan takut kalau kita lambat malah takutlah kalau kita pantas ttp berada di tmpat yg sama.

Pepatah melayu pun ada mengatakan ‘sedikit2 lama2 jadi bukit’..So, tak mustahil tuk kita berubah dari tak baik jadi baik, dari baik jadi lebih baik, dari lebih baik jadi lebih2 baik akn mengambil masa yg agak lama. Allah itu Maha Adil, Maha Mengetahui..Sesungguhnya DIA akn membantu kita sekiranya kita ikhlas dalam melakukan apa2 kearah yg lebih baik. In shaa Allah.

Setiap org tdk akan terlepas dr melakukan kesilapan kecil mahupun besar ttp Allah itu Maha Pengampun. Tanpa kesilapan yg kita lakukan maybe kita tdk akan sedar mana klemahan kita. Maybe kita juga sukar untuk bersyukur pada Allah. Kita akan alpha, lalai, lagha..na’uzubillah..

Opssss, terpanjang lak sy membebel...sorry ye..Thanks sahabat yg sudi baca dan share pendapat,komen kat entry/blog yg xseberapa ni..maybe penulisan membosankan…sila beri tunjuk ajar…-J

Entry ni sy tuju tuk diri sy sndiri dan mrupakan tabiat yg tak pernah brubah tuk sy remind dan advise diri sndiri dgn cara camni agr sy tdk bertrusan dgn sikap sy yg serba kekurangan/teruk di mata manusia apatah lagi di sisi Allah…

Sekiranya entry ni dpt memberi kesan pd sahabat y lain, Alhamdulillah..Allah masih syg kita sbb membuka pintu hati kita utk mlakukan kebaikan, prubahan wpun dgn hanya sepatah perkataan..

Wassalam…J


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ILMU MILIK ALLAH

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang belajar ilmu agama yang seharusnya untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t. tiba-tiba dipelajarinya hanya untuk mencapai tujuan dunia, maka dia tidak akan dapat bau syurga pada hari kiamat" (Riwayat Al-Nasai dari Abu Hurairah r.a.)

SAIDINA ALI BIN ABI TALIB

Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.

 
Full design and Custom Blog Design by jiakreatifelt.com