Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang..Semoga sahabat2 sihat walafiat..:)..entry kali ni saya nak share satu kisah...huhu..korang baca lah kisah ni..apa??best x??..no komen..korang baca dulu then komen..the best story..
Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti
pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum
dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi,
"Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak
sambung belajar - laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang
seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak
yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah,
Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia
banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut
"Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." -
pergi dengan suatu perasaan yang lain.
Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu
sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula
ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada
lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu,
tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya. Dia
bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermmm, ok ke
nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang
kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal.
"Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan
menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?"
- "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku
dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik,
nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih
dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku
mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah
bapanya.
"Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang
aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang
bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis
semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan
aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira -
wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" -
"Cukup, Terima Kasih ya...". Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku
hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya
sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli
sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.
Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu
ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah
sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekepi ng
duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu
'mengais' untuk hari esoknya.
Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua
ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu
kecil. Amin...
##################################################
Kisah ni saya petik dari https://www.facebook.com/UsrahTautanHatiGombak
Camne???apa komen sahabt2 saya..:)..ok,setakat ni dulu entry kali ni..terima kasih sudi singgah..jap2..saya ade bagi link nasyid..lau sahabat2 ase nak dengar boleh CLICK ;-) link kat bawah..lau xnak pom xper..heheee..terima kasih lagi skali..wassalam..
NICE - Delusi Ummi : http://www.youtube.com/watch?v=5L32VOhGOjQ
11 comments:
Ya Allah. mmg sedih giler.. kesian kat ayah die..
Anak yang xpnah mngerti perit lelah seorang ayah. Rindu Arwah Abah..moga ditempatkan bersama org2 beriman..aminn..Hargai ayah anda..
ana : tol tu..
hana : aminnn..
budak2 zaman sekarang malu aklau xde lappy xde gadjet..padahal xsedar mak bapak diorg perah keringat nak bagi diorg hidup senang..apa2 pun..kita kena memahami situasi parents kita...jgnlah meminta benda yg xpenting demi untuk diri sendiri..
sedih...ayah sanggup berkorban untuk anaknya
walid : tol tu tapi kita ank nk kenang jasa diorg jap pom berkira..
Menitis air mata aka bila baca ni....:-(
ibu : ye..bila kenangkan jasa parents kita..:(
memang sedih, macam inikah seorang anak menghargai kasih sayang dan pengorbanan seorang ayah ...tetapi rasanyer dapat kah anak setelah berjaya nanti membalas semua jasa2 ayahnya...jawapannya BELUM TENTU..pape yang penting kita sebagai anak menghargai dan tahu kesusahan orang tua...dalam membesar dan mendidik kita...
Ya Allah kau kasihanilah kedua ibu bapaku sebagai mana mereka mengasihani daku semasa kecil...
pls: Sebenarnya untuk ingatan saya juga...x terbalas jasa orang tua kita...
nabila harap nabila boleh bahagiakan parents nabila sebelum nabila tutup mata.
selim : ye tol tu..komen yg sgt baikkk..tq..:)..ingatan tuk semua..
nabila : in shaa ALLAH amin
Post a Comment