Sunday, June 10, 2012

CEMERLANG DENGAN ZIKIR





Dalam surah Al-Ahzab ayat 35 Allah berfirman, “Dan golongan lelaki dan wanita yang banyak berzikir kepada Allah, Allah janjikan bagi mereka keampunan serta ganjaran yang besar.”

Siapakah sebenarnya mereka yang banyak berzikir kepada Allah?

 Mengikut Imam Mujahid, “(Mereka ialah golongan) yang sentiasa mengingati Allah ketika sedang berdiri, duduk dan berbaring.” 
Kadar zikir yang paling minimum yang perlu seseorang lakukan ialah melaksanakan solat dengan penuh khusyuk dan rendah hati. Berhubung dengan ini 
Imam Atha berkata, “Sesiapa yang melaksanakan solat yang lima dengan melaksanakan segala hak-haknya, dia tergolong dalam golongan lelaki dan perempuan yang banyak berzikir kepada Allah.”

Nabi menggelar golongan yang banyak berzikir kepada Allah sebagai Al-Mufarridun

Mengikut Imam Muslim nabi bersabda, “Golongan Al-Mufarridun akan mendahului.” 


Sahabat-sahabat bertanya, “Siapakah mereka yang mufarridun itu ya Rasulullah?” 
Bersabda nabi, “Lelaki dan perempuan yang banyak berzikir kepada Allah.

Zikrullah yang terbaik ialah yang dilakukan dengan hati dan lidah. Namun jika hendak dipilih di antara kedua-duanya, zikir dengan hati adalah pilihan yang lebih baik.



Sama2lah kita cuba yg terbaik untuk hidup kita dunia akhirat wlaupun kita tidak dpt jd yg sempurna..i'Allah..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ILMU MILIK ALLAH

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang belajar ilmu agama yang seharusnya untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t. tiba-tiba dipelajarinya hanya untuk mencapai tujuan dunia, maka dia tidak akan dapat bau syurga pada hari kiamat" (Riwayat Al-Nasai dari Abu Hurairah r.a.)

SAIDINA ALI BIN ABI TALIB

Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.
 
Full design and Custom Blog Design by jiakreatifelt.com