Saturday, September 29, 2012

YA ALLAH..AKU BERSYUKUR PADAMU



Wahai kegagalan..
Dirimu begitu teguh mematahkan semangatku
Dirimu begitu hebat mencucuk hatiku dengan duri-duri yang berbisa
Ketika dirimu singgah dalam diriku..
aku tidak mampu untuk bangun dan terus bangun untuk terus berdiri teguh
Aku tidak sesekali bermusuhan dengan dirimu
Mengapa dirimu tidak pernah jemu muncul dalam hidup ku
Aku tidak pernah hancurkan dirimu walau sekali apatah lagi untuk terus menghantuimu
Duhai kegagalan..
Tetapi hari ini aku begitu mengenali dirimu
Aku cukup cukup redha atas apa yang telah terjadi pada diriku
Aku tabah malah akan lebih bersemangat dengan kehadiran dirimu
Kerana dirimu merupakan langkah kejayaan untuk diriku
Tanpa dirimu
Aku mungkin jauh tersasar tanpa di kejutkan oleh sesiapa untuk terus berada 


pada jalan yang betul
Wahai kegagalan
Kini aku tidak lagi berfikiran negative terhadapmu
Malah aku akan terus untuk mempertahankan diriku dari terus di usik oleh dirimu
Kini dirimu sudah jadi api semangat untuk aku terus maju kehadapan.
Sehingga menemui diriku yang sebenar iaitu KEJAYAAN..insyaAllah
…..
Allah itu Maha Agung..Dia menciptakan sesuatu yang diperlukan hambaNYA..
Allah itu Maha bijaksana..Dia menciptakan kejayaan seiring dengan kegagalan..
Dengan hanya kejayaan manusia akan terus berjauhan denganNYA..na’uzubillah..
Dengan kegagalan kita akan terjaga dari terus lalai..
Terima kasih Ya Allah..
Aku cukup bersyukur atas apa yang aku perolehi..aku mungkin tidak dapat apa yang aku inginkan tetapi Engkau memberi apa yang aku perlukan..


Sama-sama kita berpesan pada hati kita :
-..sekiranya kau peroleh kajayaan, janganlah kau berbangga diri kerana kejayaan itu pinjaman Allah dan bila-bila masa sahaja boleh ditarik balik. Pesan juga pada hati, sekiranya kau menghadapi kegagalan usah bersedih hati kerana kegagalan ini merupan satu bentuk ujian Allah untuk menguji sejauh mana kau tabah menghadapinya..- (http://egtanta.blogspot.com)


“Dan ingatlah bahawa sesungguhnya kejayaan yang sebenarnya adalah apabila kita bertemu dengan Allah SWT dalam keadaan DIA redha kepada diri kita..” -(http://egtanta.blogspot.com)-

Jika kegagalan yang diperolehi seseorang itu akan membuatkannya lebih dekat dengan Allah maka mungkin itulah yang terbaik untuknya. Maka ingatlah walau bagaimana kuat manapun usaha kita, sehebat manapun perancangan kita ia tetap tidak akan dapat mangubah perancangan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT untuk diri kita. -(http://egtanta.blogspot.com)-
Sepertimana firman Allah SWT dalam surah Ali Imran:54

{ وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ }

Yang bermaksud : Perancangan kamu dan perancangan Allah, Sesungguhnya Allah sebaik-sebaik perancang.



" Ya Allah, jadilah kami golongan orang-orang yang berjaya dan orang-orang yang mendapat redha MU. Serta jadilah kami golongan yang termasuk dalam golongan yang bersyukur..Amin.."

Sekian, wassalam..:-)

Thursday, September 27, 2012

SINAR CAHAYA AYAT KURSI



Assalamualaikum...

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya 


ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati

isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah 

sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari 

bersama-sama dengan salam itu. Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis: 
  
  
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan  dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. 

  
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain. 
  
  
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya. 
  

  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat. 
  
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. 
  
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid. 
  
  • Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya. 
  
  
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,Sampaikanlah pesanku biarpun 
satu ayat..." 
  
  
  
  
Wassalam..sama-sama sebarkan ilmu Allah..:-)
  
  






Monday, September 24, 2012

Warkah buat ukhtiku: Jalan kita ke JannahNya

Warkah buat ukhtiku: Jalan kita ke JannahNya
dipetik dari http://wanitaisma.net/v2/?p=5002

KEMAHUAN ATAU KEPERLUAN


KEPERLUAN ATAU KEMAHUAN????


                  KEPERLUAN ATAU KEMAHUAN????                      KEPERLUAN ATAU KEMAHUAN????

KEPERLUAN ATAU KEMAHUAN????
Pernah anda mendengar putaran roda???Wajarlah sekiranya sekarang ni ramai orang berbahasakan dunia sudah terbalik..yerlah,ape taknye..Allah bagi A nak B…Allah bagi B nak A..sebab ape semua ni??tak lain tak bukan sebab nafsu kemahuan yang tidak pernah2 berkurang..na’uzubillah..:-)…lumrah manusia kan,bila Allah da bagi cam 2 kita nak camni..Bila Allah bagi camni kita nak cam 2..saya xkatakan pada orang lain..pada diri saya pom apa kurangnya..isyy2....saya tak maksudkan semua hambaNya mungkin hanya sesetengah manusia camni..sebelum 2 jom kita baca kisah kat bawah:

Kawan A :rambut kerintimng sangat lah..cantik jugak kalau buat rebonding.
Kawan B :a’ahh..cantik gak kalau ko buat rebonding rambut ko..cantik kott…meletup r ko lepas ni      dengan rebonding ko 2..hahha..apa pendapat ko kalau aku buat kerinting rambut aku..aku da bosan dengan style camni..
Kawan A:ok2..jom kita sama p salon besok..hehe
Kawan C:korang nak potong rambut ke pegi salon besok??
Kawan A: tak lah kitorang nak buat rebonding dan kerinting kan sikit rambut ni..nak ubah style katakana..hehe
Kawan C :xper ke??maksud saya, tak berdosa ke..ubah ciptaan Allah..
Kawan A dan B terus diam membisu..
Hmmm..agak2 berdosa tak..apa kata kita semak jawapan persoalan kat atas..jom kit abaca sama-sama..:-)..hehe
Mengubah rambut sama ada meluruskannya, mengkerintingkannya dan merawatnya (penanaman rambut atau sebagainya) hukumnya harus dengan syarat-syarat berikut;

1. Tidak menggunakan bahan-bahan yang haram dan najis seperti lemak babi dan    sebagainya.

2. Bahan yang digunakan tidak memudaratkan rambut atau badan.

3. Dengan tujuan yang harus; seperti berhias untuk suami, untuk merapikan rambut dan sebagainya. Adapun untuk didedahkan kepada orang lain yang bukan mahram atau untuk meniru gaya rambut orang kafir atau orang fasik, diharamkan kerana tujuan yang dilarang itu. Begitu juga, diharamkan orang lelaki meniru gaya rambut perempuan dan perempuan meniru gaya rambut lelaki.

4. Orang yang menjalankan khidmat mengubah rambut itu hendaklah perempuan juga. Tidak harus dilakukan oleh lelaki yang bukan mahram. Sabda Nabi“Jika kepala seseorang dari kamu ditusuk dengan jarum dari besi itu lebih baik baginya dari ia menyentuh seorang wanita yang tidak halal untuknya”(Riwayat Imam at-Thabrani dan al-Baihaqi dari Ma’qal bin Yasar –radhiyallahi ‘anhu-. Berkata al-Haithami; para perawi hadis ini adalah perawi hadis soheh. Berkata al-Munziri; para perawinya adalah tsiqah Lihat; Faidhal-Qadier, hadis no. 7216).

Keharusan tersebut adalah kerana tiada dalil yang melarangnya. Menjadi prinsip yang diterima oleh semua ulamak bahawa dalam hal keduniaan hukum asal bagi segala perbuatan dan perlakuan manusia adalah harus selama tidak ada ada nas Syariat (iaitu ayat al-Quran atau hadis Nabi) yang melarangnya. 

Mungkin kita akan berkata; Tidakkah perbuatan tersebut termasuk dalam pengertian mengubah ciptaan Allah? Jawapan kita; Tidak semua pengubahan dapat dianggap mengubah ciptaan Allah yang diharamkan. Sebagai contohnya; mewarnakan rambut. Mewarnakan tidak dapat dinafikan bahawa ia adalah pengubahan iaitu mengubah warna rambut yang putih –sebagai contoh- kepada warna lain dari putih dengan menggunakan inai atau bahan lain. Walaupun berlaku pengubahan, namun ia diharuskan oleh Nabi dalam hadisnya. Hanya mewarnakan rambut dengan warna hitam sahaja yang dilarang.

 Nabi pernah berkata kepada Abi Qahafah (bapa Saidina Abu Bakar) yang datang kepada Nabi dengan rambut dan janggut yang telah memutih (kerana uban); “Ubahlah warna rambut dan janggut kamu itu dengan sesuatu, akan tetapi jauhilah warna hitam” (HR Imam Muslim dari Jabir r.a.). Berkata Imam an-Nawawi –mengulas hadis ini-; “Menurut mazhab kami (yakni mazhab Syafiie); Digalakkan lelaki dan wanita yang telah beruban untuk mewarnakan uban mereka warna kuning atau merah, dan diharamkan dengan warna hitam mengikut pandangan yang paling benar (al-asah)” (Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi). Menginai jari-jari tangan dan kuku, bercelak mata, berkhitan semua itu juga menyebabkan perubahan pada tubuh, namun ia diharuskan atau diwajibkan (bagi berkhatan).

Jadi semata-mata berlaku perubahan, belumlah dapat dihukum sebagai haram sehinggalah terdapat factor-faktor lain yang dilarang/diharamkan oleh Syariat, antaranya;

1. Perubahan itu telah jelas dilarang oleh Syariat seperti yang disebut oleh hadis tadi iaitu; membuat tatu, mencabut kening atau menipiskannya, menjarakkan gigi, menyambung rambut dan mencukur rambut di sebelah kepala sahaja. Ibnu Mas’ud menceritakan; “Rasulullah –sallallahu alaihi wasallam- melaknat wanita yang membuat tatu dan yang minta dibuat tatu, wanita yang meminta dicukur/dicabut keningnya dan wanita yang menjarangkan giginya untuk tujuan kecantikan serta mengubah ciptaan Allah” (Soheh al-Bukhari dan Soheh Muslim). Dari Jabir yang menceritakan; “Rasulullah melarang wanita menyambung rambutnya dengan sesuatu” (HR Imam Muslim). Ibnu Umar menceritakan; “Rasulullah melarang dari al-Qaza’ iaitulah mencukur rambut kanak-kanak di sebahagian kepala sahaja dan meninggalkannya di sebahagian lagi” (HR Imam Bukhari dan Muslim).

2. Mendatangkan mudarat kepada tubuh. Firman Allah (bermaksud); “Janganlah kamu mendedahkan diri kamu kepada kebinasaan” (Surah al-Baqarah, ayat 195).

3. Berlaku pendedahan aurat dan tabarruj (iaitu mendedahkan bahagian tubuh yang tidak sepatutnya didedahkan termasuk rambut, dan membangkitkan ghairah orang lain kepada zina). Firman Allah (bermaksud); “dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu bertabarruj (yakni berhias dan bertingkah laku) seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu ….”. (al-Ahzab: 33)

4. Berlebihan (membazir masa dan wang). Firman Allah (bermaksud); ““…dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan….”. (al-A’raf, ayat 31-32).

5. Dengan tujuan berbangga-bangga. Firman Allah (bermaksud); “Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri”. (al-Hadid: 23)

6. Meniru gaya orang kafir atau orang fasik. Sabda Nabi; “Sesiapa meniru satu kaum, maka ia dari kalangan mereka” (HR Abu Daud dari Ibnu Umar).

7. Lelaki meniru gaya perempuan dan sebaliknya. Ibnu ‘Abbas menceritakan; “Rasulullah s.a.w. telah melaknat lelaki-lelaki yang meniru-niru perempuan dan wanita-wanita yang meniru-niru lelaki”. (HR Imam Bukhari)

8. Bertujuan menipu orang lain seperti orang yang bersolek untuk kelihatan muda supaya pinangannya diterima. Berkata Imam al-Khattabi; “Wanita-wanita yang menyambung rambut (yang dilarang dalam hadis) ialah mereka yang menyambung rambut mereka dengan rambut yang diambil dari wanita lain dengan tujuan supaya rambut mereka kelihatan panjang. Maka itu adalah tipuan dan pemalsuan, kerana itu ia ditegah. Adapun menyambung dengan Qaramil (satu bahan/benda kelihatan seperti rambut, namun bukan rambut), ia dibenarkan oleh ulamak kerana tidak berlaku penipuan padanya kerana orang yang melihat kepadanya tidak meragu bahawa ia bukanlah rambut” (Ma’alim as-Sunan).

Sebahagian ulamak menambah; mengubah ciptaan Allah yang dilarang oleh agama ialah yang bersifat kekal. Adapun yang tidak kekal seperti bercelak, mewarnakan rambut dan sebagainya, ia adalah harus. (Lihat; Tafsir al-Qurtubi (Surah an-Nisa’, ayat 119), Nailul-Autar (jil. 6, kitab al-Walimah…, bab Ma Yukrahu min Tazayyun an-Nisa’…). Namun sebahagian ulamak yang lain menjawab; jika kekal atau tidak kekal menjadi factor larangan atau keharusan perubahan, bagaimana pula dengan mencabut bulu kening (atau menipiskannya)? Ia bukanlah perubahan yang kekal (kerana bulu kening itu akan tumbuh kembali), namun dalam pada itu Syariat telah mengharamkannya dalam hadis tadi. Oleh itu, yang tepatnya ialah dengan kembali kepada prinsip asal tadi iaitu ia adalah harus selagi tidak melanggar larangan Syariat yang disenaraikan tadi atau larangan-larangan lain yang bersabit dengan nas yang soheh.

Atau anda boleh rujuk lain2 rujukan..ana ada sediakan beberapa lamen web seperti di bawah..


Terima kasih,wassalam..:-)

PAGI YANG INDAH


PAGI JUMAAT...

PAGI JUMAAT...PAGI JUMAAT...PAGI JUMAAT...

PAGI JUMAAT..
Alhamdulillah..masih lagi dapat menghirup udara milik Allah di Dunia milik NYA..syukur Alhamdulillah..Pagi yang indah…angin yang sepoi-sepoi bahasa..udara yang sejuk bak berada di oversea…Hebatnya ciptaan Allah. Allah itu Maha Kuasa. Dalam sekelip mata sahaja Dia boleh menarik balik nikmat yang kita rasai hari ini ataupun hari sebelumnya, hari mendatang belum pasti lagi.Allahuakhbar..Allah itu Maha Besar. Selalunya selepas solat subuh pagi Jumaat saya akan meneruskan baca surah al-kahfi. Jom sama-sama kita tengok ade kelebihannya membaca surah kahfi..petikan di bawah saya petik dari sebuah blog di http://pkasih.blogspot.com:

Menyebut tentang Surah al-Kahfi ini, di antaranya ia ada menceritakan tentang pemuda2 yang dimatikan beratus tahun(yang lari dari kekejaman aqidah). Allah menyelamatkan mereka dengan menidurkan mereka selama 309 tahun.

Ustaz menegaskan banyak kebaikan untuk kita jika membaca surah al-Kahfi ini pada hari Jumaat. Banyak hadis yang sahih dari Rasulallah s.a.w yang menyebut tentang kelebihan membaca surah ini. Jadi elok benar kalau kita nak mula membacanya pada hari Khamis malam Jumaat yang akan datang ini.... Ada pendapat mengatakan hari Jumaat tempohnya merangkumi hari Khamis selepas Asar sehinggalah sampai ke hari Jumaat sebelum Asar)...Wallahu'alam.

Apa2pun kita cubalah berusaha untuk mendapatkan nur dari bacaan surah ini seperti yang di sebutkan dalam beberapa hadis Rasullallah s.a.w dan kata para sahabat r.a(bersumber dari rujukan saya melalui kitabMuntakhab Ahadith susunanHadzrat Maulana Muhammad Yusuff Al-Kandahlawi) iaitu:

Dari Ali r.a berkata: "Barangsiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia akan terhindar dari segala fitnah sehingga lapan hari yang akan datang walaupun dajjal keluar, dia akan terhindar daripadanya." (Tafsir Ibnu Kathir)

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa membaca tiga ayat daripada surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal." (HR Tirmizi)

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal. Dalam riwayat yang lain dinyatakan daripada akhir surah al-Kahfi." (HR Muslim)

Dari Sauban r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir daripada surah al-Kahfi, maka sesungguhnya pembacaannya itu menghindarkannya daripada fitnah dajjal. (HR Nasai)

Dari Abu Said al-Khudri r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi (dengan huruf dan pembacaan yang betul) sebagaimana ia diturunkan, maka surah itu akan menjadi cahaya pada hari kiamat daripada tempat tinggalnya sehingga ke Mekah dan barangsiapa membaca sepuluh ayat yang akhir daripadanya, kemudian dajjal keluar, dajjal tidak dapat menguasainya."
-(HR Mustadrak Hakim)-

Subhanallah..Betapa hebatnye kelebihan surah kahfi.ini baru surah kahfi..belum lagi surah2 yang lain..tidak salah kita hanya luangkan lebih kurang 7 min untuk habiskan bacaan surah kahfi. Malah tak rugi sedikit pun ambik masa 7 min tu. Berfacebook berjam2 boleh je..heheeeee…Masa nilah untuk kita kumpul sebanyak yang boleh amalan2 kita sebagai bekalan untuk perjalanan yang jauh nanti di mana kita tidak mengetahui bile hari itu akan muncul melainkan Allah S.W.T. Cukuplah untuk pagi ni..terima kasih kerana sudi luangkan sedikit masa untuk baca entry saya kali ini..penulisan ni untuk memperingati diri saya sendiri..sama-sama kita muhasabah diri..
:-)..wassalam..

Wednesday, September 12, 2012

DI MANA REDHA-MU...


DI MANA REDHAMU..

Rasulullah saw bersabda “keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa..”
Betapa hebatnya ibubapa yang dicipta kan oleh Allah dan di anugerahkan kepada kita yang digelar anak..subhanallah..Allah itu Maha Agung..
Sama-sama kita usaha untuk mencapai  misi-misi mencari keredhaan Allag S.W.T
Di setiap celah-celah keburukan di situlah ada kemurkaan Allah manakala di setiap celah-celah kebaikan di situlah adanya keredhaan Allah. Ikhlas itulah yang akan dijadikan pengukur untuk allah menghadiahkan keredhaanNYA dan Allah tidak pernah menjadikan ibadah seseorang sebagai pengukurnya.



Satu kisah yang selalu kita dengar tentang seorang abid(ahli ibadah) yang mendirikan solat selama 100 tahun lamanya.Dia ditanya oleh Allah apakah dia ingin masuk ke syurga Allah kerana amalannya atau keredhaan Allah.Seraya abid itu menjawab, “dengan ibadahku.”Lalu Allah meletakkan segala amal ibadahnya di atas sebuah neraca dan Allah meletakkan nikmat mata di atas neraca yang di sebelah lagi.Lalu diceritakan bahawa neraca itu menjadi seimbang bahkan dalam satu riwayat yang lain dikatakan neraca yang ada nikmat mata itu jauh lagi berat daripada 100 tahun amal ibadah sang abid.
Oleh itu,janganlah sesekali kita beranggapan dengan sekuat ibadah yang dilakukan kita telah mendapat keredhaan Allah. Biar setebal mana pun serban yang dipakai,selabuh mana pun tudung yang dikenakan..kita belum tentu masuk syurga tetapi jangan sesekali kita berkata tidak pada serban dan bertudung labuh. Harus diingati bahawa Allah itu sukakan kebaikan.
Kalau kita ada RM100,kita pun derma sebanyak RM1.Allah suka kepada kita.
Kalau kita ada RM100,kita pun derma sebanyak RM10.Allah lagi suka kepada kita.
Kalau kita ada RM100,kita pun derma semuanya.Allah cinta kepada kita!
Suka dan sayang?Ibarat langit dan bumi,ibarat hitam dan putih,jauh bezanya.
Taqiyuddin adalah seorang yang dermawan,datang sahaja dia ke kelas,pasti dia akan membawa makanan untuk kawan-kawannya.Oleh yang demikian, kawan-kawannya suka akan dia dan memuliakannya.Suatu hari,dia ke kelas dengan membawa makanan,cuma pada kali ini ada sedikit istimewa,dia bawakan kek secret recepy untuk semua orang.Kawan-kawannya bukan lagi suka kepadanya bahkan kawan-kawannya sudah jatuh cinta kepadanya. Sehari sahaja Taqiyuddin tidak datang ke sekolah,semua orang mencarinya. Dia batuk kerana gelojoh makan,semua orang menghulurkan sapu tangan kepadanya.Dia tidak cukup seposen untuk beli cendol,semua orang mengeluarkan duit masing-masing untuk membantu Taqiyuddin. Dengan kata lain, semua benda nak buat walaupun tahu suatu perkara itu susah sangat yang penting cinta di balas..semua unu kerana apa???semestinya Cinta…!!!!
Ini baru cinta manusia yang kita kadang2 merasai kepahitan bukan kemanisan semata-mata..Dan belum lagi bercakap tentang Cinta yang Abadi iaitu Cinta Allah S.W.T.
‘Arghhhh..pressurenye…!!!!!assignment banyak lagi taksiap..’..atau esok ade quiz malam ni ade usrah..majlis ilmu..kenapalah malam ni..kenapalah esok mesti quiz.’ Inilah yang Allah akan tarik apabila Dia mula mencintai hamba Nya atau dalam erti kata lain, apabila keredhaan Nya sudah kita sentuh.
Tidak rugilah kalau kita menjadi seorang yang tidak loket akan usaha untuk mencari sedikit keredhaan Allah selagi di beri pinjam nafas oleh Allah..Keredhaan Allah itu harus di cari di mana-mana jua kita berada..walau apapun keadaan kita..
Senang citer apa sahaja mengenai kebaikan..kita lakukan..

Sama-sama kitatermasuk saya sendiri  berusaha sebanyak,seboleh yang mungkin untuk kita mencari Keredhaan Allah. Sesunggunhnya kita tidak tahu di mana terletaknye permata yang sebenarnye apabila berada dalam kalangan kaca-kaca yang bertaburan. Mungkin di bahagian banyaknye kaca yang bertaburan atau mungkin pada majlis mathurat atau mungkin pada pujian Allah selepas solat fardu. Allah satu-satunya Yang Maha Mengetahui, jom kita beramal sebanyak yang mungkin selagi mampu kerana sesiapa sahaja yang mendapat keredhaan Allah sudah dapat cinta dari Allah dan barangsiapa yang mendapat cinta allah dia akan dapat Allah. Secara ringkasnya siapa yang berjaya mendapat Allah maka telah mendapat KESEMUANYA..

Sebelum tu jom kita baca seringkas kisah benar!!!!....:-)
Suatu ketika BF adik datang beraya kat rumah..setelah pulang ayah bersembang dengan kakak

Ayah: xmungkin adik suke kat laki 2..
Kakak: xtaulah ayah..
Ayah: sruh adik cari yang lebih baik

Setelah kakak bercerita pada adik..adik berfikir sekian lamanya..dan hubungan mereka tersangat dingin dengan masalah..lalu mereka putus hubungan..
Setelah lamanye setahun..Dengan izin Allah hadir seorang lelaki yang cukup baik bagi adik yang banyak memberi perubahan pada adik..Adik redha semuanya dengan apa yang berlaku..semoga hubungan adik kekal ke akhirat sebagai suami isteri..insyaAllah..Amin

 Doa mendapat keredhaan Allah






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ILMU MILIK ALLAH

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang belajar ilmu agama yang seharusnya untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t. tiba-tiba dipelajarinya hanya untuk mencapai tujuan dunia, maka dia tidak akan dapat bau syurga pada hari kiamat" (Riwayat Al-Nasai dari Abu Hurairah r.a.)

SAIDINA ALI BIN ABI TALIB

Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.

 
Full design and Custom Blog Design by jiakreatifelt.com