Dirimu begitu teguh mematahkan
semangatku
Dirimu begitu hebat mencucuk hatiku
dengan duri-duri yang berbisa
Ketika dirimu singgah dalam diriku..
aku tidak mampu untuk bangun dan terus
bangun untuk terus berdiri teguh
Aku tidak sesekali bermusuhan dengan
dirimu
Mengapa dirimu tidak pernah jemu
muncul dalam hidup ku
Aku tidak pernah hancurkan dirimu
walau sekali apatah lagi untuk terus menghantuimu
Duhai kegagalan..
Tetapi hari ini aku begitu mengenali
dirimu
Aku cukup cukup redha atas apa yang
telah terjadi pada diriku
Aku tabah malah akan lebih bersemangat
dengan kehadiran dirimu
Kerana dirimu merupakan langkah
kejayaan untuk diriku
Tanpa dirimu
Aku mungkin jauh tersasar tanpa di
kejutkan oleh sesiapa untuk terus berada
pada jalan yang betul
Wahai kegagalan
Kini aku tidak lagi berfikiran
negative terhadapmu
Malah aku akan terus untuk
mempertahankan diriku dari terus di usik oleh dirimu
Kini dirimu sudah jadi api semangat
untuk aku terus maju kehadapan.
Sehingga menemui diriku yang sebenar
iaitu KEJAYAAN..insyaAllah
…..
Allah itu Maha Agung..Dia menciptakan
sesuatu yang diperlukan hambaNYA..
Allah itu Maha bijaksana..Dia
menciptakan kejayaan seiring dengan kegagalan..
Dengan hanya kejayaan manusia akan
terus berjauhan denganNYA..na’uzubillah..
Dengan kegagalan kita akan terjaga
dari terus lalai..
Terima kasih Ya Allah..
Aku cukup bersyukur atas apa yang aku
perolehi..aku mungkin tidak dapat apa yang aku inginkan tetapi Engkau memberi
apa yang aku perlukan..
Sama-sama
kita berpesan pada hati kita :
-..sekiranya kau peroleh kajayaan, janganlah
kau berbangga diri kerana kejayaan itu pinjaman Allah dan bila-bila masa sahaja
boleh ditarik balik. Pesan juga pada hati, sekiranya kau menghadapi kegagalan
usah bersedih hati kerana kegagalan ini merupan satu bentuk ujian Allah untuk
menguji sejauh mana kau tabah menghadapinya..- (http://egtanta.blogspot.com)
“Dan ingatlah
bahawa sesungguhnya kejayaan yang sebenarnya adalah apabila kita bertemu dengan
Allah SWT dalam keadaan DIA redha kepada diri kita..” -(http://egtanta.blogspot.com)-
Jika kegagalan
yang diperolehi seseorang itu akan membuatkannya lebih dekat dengan Allah maka
mungkin itulah yang terbaik untuknya. Maka ingatlah walau bagaimana kuat
manapun usaha kita, sehebat manapun perancangan kita ia tetap tidak akan dapat
mangubah perancangan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT untuk diri kita. -(http://egtanta.blogspot.com)-
Sepertimana
firman Allah SWT dalam surah Ali Imran:54
{ وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ
}
Yang bermaksud : Perancangan kamu dan perancangan Allah, Sesungguhnya Allah sebaik-sebaik perancang.
Yang bermaksud : Perancangan kamu dan perancangan Allah, Sesungguhnya Allah sebaik-sebaik perancang.
Sekian,
wassalam..:-)
No comments:
Post a Comment