PAGI JUMAAT..
Alhamdulillah..masih lagi dapat menghirup udara milik Allah di Dunia milik NYA..syukur Alhamdulillah..Pagi yang indah…angin yang sepoi-sepoi bahasa..udara yang sejuk bak berada di oversea…Hebatnya ciptaan Allah. Allah itu Maha Kuasa. Dalam sekelip mata sahaja Dia boleh menarik balik nikmat yang kita rasai hari ini ataupun hari sebelumnya, hari mendatang belum pasti lagi.Allahuakhbar..Allah itu Maha Besar. Selalunya selepas solat subuh pagi Jumaat saya akan meneruskan baca surah al-kahfi. Jom sama-sama kita tengok ade kelebihannya membaca surah kahfi..petikan di bawah saya petik dari sebuah blog di http://pkasih.blogspot.com:
Menyebut tentang Surah al-Kahfi ini, di antaranya ia ada menceritakan tentang pemuda2 yang dimatikan beratus tahun(yang lari dari kekejaman aqidah). Allah menyelamatkan mereka dengan menidurkan mereka selama 309 tahun.
Ustaz menegaskan banyak kebaikan untuk kita jika membaca surah al-Kahfi ini pada hari Jumaat. Banyak hadis yang sahih dari Rasulallah s.a.w yang menyebut tentang kelebihan membaca surah ini. Jadi elok benar kalau kita nak mula membacanya pada hari Khamis malam Jumaat yang akan datang ini.... Ada pendapat mengatakan hari Jumaat tempohnya merangkumi hari Khamis selepas Asar sehinggalah sampai ke hari Jumaat sebelum Asar)...Wallahu'alam.
Apa2pun kita cubalah berusaha untuk mendapatkan nur dari bacaan surah ini seperti yang di sebutkan dalam beberapa hadis Rasullallah s.a.w dan kata para sahabat r.a(bersumber dari rujukan saya melalui kitabMuntakhab Ahadith susunanHadzrat Maulana Muhammad Yusuff Al-Kandahlawi) iaitu:
Dari Ali r.a berkata: "Barangsiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia akan terhindar dari segala fitnah sehingga lapan hari yang akan datang walaupun dajjal keluar, dia akan terhindar daripadanya." (Tafsir Ibnu Kathir)
Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa membaca tiga ayat daripada surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal." (HR Tirmizi)
Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal. Dalam riwayat yang lain dinyatakan daripada akhir surah al-Kahfi." (HR Muslim)
Dari Sauban r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir daripada surah al-Kahfi, maka sesungguhnya pembacaannya itu menghindarkannya daripada fitnah dajjal. (HR Nasai)
Dari Abu Said al-Khudri r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi (dengan huruf dan pembacaan yang betul) sebagaimana ia diturunkan, maka surah itu akan menjadi cahaya pada hari kiamat daripada tempat tinggalnya sehingga ke Mekah dan barangsiapa membaca sepuluh ayat yang akhir daripadanya, kemudian dajjal keluar, dajjal tidak dapat menguasainya."

-(HR Mustadrak Hakim)-
Subhanallah..Betapa hebatnye kelebihan surah kahfi.ini baru surah kahfi..belum lagi surah2 yang lain..tidak salah kita hanya luangkan lebih kurang 7 min untuk habiskan bacaan surah kahfi. Malah tak rugi sedikit pun ambik masa 7 min tu. Berfacebook berjam2 boleh je..heheeeee…Masa nilah untuk kita kumpul sebanyak yang boleh amalan2 kita sebagai bekalan untuk perjalanan yang jauh nanti di mana kita tidak mengetahui bile hari itu akan muncul melainkan Allah S.W.T. Cukuplah untuk pagi ni..terima kasih kerana sudi luangkan sedikit masa untuk baca entry saya kali ini..penulisan ni untuk memperingati diri saya sendiri..sama-sama kita muhasabah diri..
:-)..wassalam..
No comments:
Post a Comment