DI MANA REDHAMU..
Rasulullah saw bersabda “keredhaan Allah
terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada
kemurkaan ibubapa..”
Betapa hebatnya ibubapa yang dicipta
kan oleh Allah dan di anugerahkan kepada kita yang digelar
anak..subhanallah..Allah itu Maha Agung..
Sama-sama
kita usaha untuk mencapai misi-misi
mencari keredhaan Allag S.W.T
Di setiap celah-celah keburukan di
situlah ada kemurkaan Allah manakala di setiap celah-celah kebaikan di situlah
adanya keredhaan Allah. Ikhlas itulah yang akan dijadikan pengukur untuk allah
menghadiahkan keredhaanNYA dan Allah tidak pernah menjadikan ibadah seseorang
sebagai pengukurnya.
Satu
kisah yang selalu kita dengar tentang seorang abid(ahli ibadah) yang mendirikan
solat selama 100 tahun lamanya.Dia ditanya oleh Allah apakah dia ingin masuk ke
syurga Allah kerana amalannya atau keredhaan Allah.Seraya abid itu menjawab,
“dengan ibadahku.”Lalu Allah meletakkan segala amal ibadahnya di atas sebuah
neraca dan Allah meletakkan nikmat mata di atas neraca yang di sebelah
lagi.Lalu diceritakan bahawa neraca itu menjadi seimbang bahkan dalam satu
riwayat yang lain dikatakan neraca yang ada nikmat mata itu jauh lagi berat
daripada 100 tahun amal ibadah sang abid.
Oleh
itu,janganlah sesekali kita beranggapan dengan sekuat ibadah yang dilakukan
kita telah mendapat keredhaan Allah. Biar setebal mana pun serban yang
dipakai,selabuh mana pun tudung yang dikenakan..kita belum tentu masuk syurga
tetapi jangan sesekali kita berkata tidak pada serban dan bertudung labuh.
Harus diingati bahawa Allah itu sukakan kebaikan.
Kalau
kita ada RM100,kita pun derma sebanyak RM1.Allah suka kepada kita.
Kalau
kita ada RM100,kita pun derma sebanyak RM10.Allah lagi suka kepada kita.
Kalau
kita ada RM100,kita pun derma semuanya.Allah cinta kepada kita!
Suka
dan sayang?Ibarat langit dan bumi,ibarat hitam dan putih,jauh bezanya.
Taqiyuddin adalah seorang yang
dermawan,datang sahaja dia ke kelas,pasti dia akan membawa makanan untuk
kawan-kawannya.Oleh yang demikian, kawan-kawannya suka akan dia dan
memuliakannya.Suatu hari,dia ke kelas dengan membawa makanan,cuma pada kali ini
ada sedikit istimewa,dia bawakan kek secret recepy untuk semua
orang.Kawan-kawannya bukan lagi suka kepadanya bahkan kawan-kawannya sudah
jatuh cinta kepadanya. Sehari sahaja Taqiyuddin tidak datang ke sekolah,semua
orang mencarinya. Dia batuk kerana gelojoh makan,semua orang menghulurkan sapu
tangan kepadanya.Dia tidak cukup seposen untuk beli cendol,semua orang
mengeluarkan duit masing-masing untuk membantu Taqiyuddin. Dengan kata lain,
semua benda nak buat walaupun tahu suatu perkara itu susah sangat yang penting
cinta di balas..semua unu kerana apa???semestinya Cinta…!!!!
Ini
baru cinta manusia yang kita kadang2 merasai kepahitan bukan kemanisan
semata-mata..Dan belum lagi bercakap tentang Cinta yang Abadi iaitu Cinta Allah
S.W.T.
‘Arghhhh..pressurenye…!!!!!assignment banyak
lagi taksiap..’..atau esok ade quiz malam ni ade usrah..majlis ilmu..kenapalah
malam ni..kenapalah esok mesti quiz.’ Inilah yang Allah akan tarik apabila Dia
mula mencintai hamba Nya atau dalam erti kata lain, apabila keredhaan Nya sudah
kita sentuh.
Tidak rugilah kalau kita menjadi
seorang yang tidak loket akan usaha
untuk mencari sedikit keredhaan Allah selagi di beri pinjam nafas oleh Allah..Keredhaan
Allah itu harus di cari di mana-mana jua kita berada..walau apapun keadaan
kita..
Senang citer apa sahaja mengenai
kebaikan..kita lakukan..
Sama-sama kitatermasuk saya sendiri berusaha sebanyak,seboleh yang mungkin untuk
kita mencari Keredhaan Allah. Sesunggunhnya kita tidak tahu di mana terletaknye
permata yang sebenarnye apabila berada dalam kalangan kaca-kaca yang
bertaburan. Mungkin di bahagian banyaknye kaca yang bertaburan atau mungkin
pada majlis mathurat atau mungkin pada pujian Allah selepas solat fardu. Allah
satu-satunya Yang Maha Mengetahui, jom kita beramal sebanyak yang mungkin
selagi mampu kerana sesiapa sahaja yang mendapat keredhaan Allah sudah dapat
cinta dari Allah dan barangsiapa yang mendapat cinta allah dia akan dapat
Allah. Secara ringkasnya siapa yang berjaya mendapat Allah maka telah mendapat
KESEMUANYA..
Sebelum
tu jom kita baca seringkas kisah benar!!!!....:-)
Suatu ketika BF adik datang beraya kat
rumah..setelah pulang ayah bersembang dengan kakak
Ayah: xmungkin adik suke kat laki 2..
Kakak: xtaulah ayah..
Ayah: sruh adik cari yang lebih baik
Setelah kakak bercerita pada
adik..adik berfikir sekian lamanya..dan hubungan mereka tersangat dingin dengan
masalah..lalu mereka putus hubungan..
Setelah lamanye setahun..Dengan izin
Allah hadir seorang lelaki yang cukup baik bagi adik yang banyak memberi
perubahan pada adik..Adik redha semuanya dengan apa yang berlaku..semoga
hubungan adik kekal ke akhirat sebagai suami isteri..insyaAllah..Amin
No comments:
Post a Comment