Sunday, December 30, 2012

AKU MENYESAL

Assalamu'alaikum..sahabat2 saya yg dikasihi ALLAH..:)...
hmm..entry kali ni saya nak share satu story dari sahabat saya..nak kata story xdak lah story ngat pom..nak kata luahan..xtau nak label..apa kata korang baca dulu then bagi pendapat korang..:)..

####################################

Aku hanya manusia biasa yang tidak pernah dapat lari dari godaan syaitan apatah lagi ujian dari ALLAH....CINTA...???..hmm..dulu aku tak pernah kenal apa itu cinta..apatah lagi nak miliki..jauh skali..huhu..tapi setelah aku melangkah ke alam yang lebih jauh...kehidupan pelbagai masyarakat..aku kenal apa itu dunia..perlbagai ragam..macam2 ada..>cam astro lak..hehhehe<..ye, xbergunaaaaaaaaaaaa sangattttttttt if kita menyesal kemudian hari tapi ada kalanya lebih baik dari kita x menyesal langsunggggggggggggg..ya dak???>korang fikirlah<...aku menyesal kenapa begitu mudah bagi aku (but susah bagi pandangan org lain) untuk memberi CINTA pada orang yang belum tentu jd imam kita..yang jelas2 BUKAN muhrim..KENAPA???dan KENAPA????..aku menyesalllllllll sangatttttttt..tapi apa aku boleh buat sekarang..aku mula menyesal dan berfikirrrrrrrr panjangggg semua ni setelah pelbagai yang aku lalui..pelbagai manusia yang ALLAH hantar dalam hidup aku..pelbagaiiiiiiiiii ragam..pelbagai FI'IL...hmm..

setelah ALLAH hadir kan seorang hambanNYA dengan secara tak langsung aku berfikirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr panjangggggggggg dan terasa diri aku begitu lalai selama ni dengan duniawi..Ya ALLAH apa yang da jadi pada diri aku..hati aku..ampunilah aku ya ALLAH..didiklah hatiku ya ALLAH..bimbinglah diriku ya ALLAH..
Adanya lebih baik kalau aku terus fokus kehadapan tanpa menoleh di belakang dgn tdk mengulangi kesalahan yg lepas..

UNTUK APA???????????untuk aku terus mencari cinta ALLAH...supaya CINTA itu sentiasa bertakhta NO.1 dalam HATI AKU..bukan mengejar cinta MANUSIA yang tidak halal..
UNTUK APA??????????? untuk aku persiapkan diri aku ke alam yang kekal abadi..
UNTUK APA??????????? untuk aku memberi masa pada diri sendiri persiapkan diri untuk memberi cinta yang HALAL kepada bakal imamku setelah HALAL..cinta yang diredhai ALLAH..untuk menjadi isteri yang solehah dan ibu yang mithali..hingga ke SYURGA..

*Aku ingin lepaskan apa yang aku miliki sekarang >cinta manusia yg tdk halal<

Sudah tiba masanya untuk aku perbaiki atas kesemua kelailain aku..TERUS FOKUS KE DEPAN..smg ALLAH berkati..in shaa ALLAH...ya ALLAH berikanlah aku kekuatan untuk aku hadapi segalanya ujian yang bakal aku lalui kelak untuk aku terus berusaha dengan niat ku..Engkau bimbinglah aku pada jalan yang benar dan Engkau didiklah hati aku supaya sentiasa mengingatiMU dan jauhi aku dari perkara2 yang menjauhi aku dariMU..aminnnnnn..

#################################################

Sekian..apa pendapat sahabat2 saya??..:)..mohon bg komen/pendapat..terima kasih sudi singgah..wassalam..:)



Saturday, December 29, 2012

EXAM_DOA

Assalamu'alaikum sahabat2 saya..smg sihat selalu..in shaa ALLAH..:)..

ermmm..by the way, sekarang ni demam exam right..??:)..seminggu lepas saya ada dengar radio UiTM..kebetulan time tu slot motivasi dari sorang ustazah ni..>lupa da ape nama ustazah ni..hmm..>..xper2 abaikan..
entry kali ni saya nak share sedikit pengisian motivasi tu..xbanyak sikit je..:)..

Sebelum tu..good luck in exam kpd sape2 yg bakal hadapi peperiksaan..






Maybe ade sahabat2 yang da tahu doa2 ni..xper..:)..
Wassalam...ni jer yang dapat saya share..moga bermanfaat..syukran sudi singgah..:)..



Friday, December 28, 2012

APA ADA DENGAN HARI JUMAAT???


Assalamu'alaikum sahabat2 yang dikasihi ALLAH..in shaa ALLAh..semoga hari ni lebih baik dari hari sebelumnya..kali entry about hari JUMAAT yang saya mohon share dari blog2 lain..jom luang masa jap baca..:)..
                                      
                                                                        HUKUM PUASA
Di dalam mahzab Syafie, hukum berpuasa sunat pada hari Jumaat tanpa disertakan puasa sunat pada hari Khamis atau tidak disertakan puasa sunat pada hari Sabtu adalah makruh. Dari Muhammad bin Abbad bin Ja’far, “Aku pernah bertanya kepada Jabir: Adakah Nabi melarang berpuasa sunat pada hari Jumaat ? Jabir menjawab: Ya." (HR Muslim). Dari Juwairiah, “Bahawa Rasulullah SAW masuk kepada saya pada hari Jumaat sedang saya berpuasa. Maka sabdanya: “Adakah engkau sudah berpuasa kelmarin? Saya menjawab: Tidak. Sabdanya: Adakah engkau akan berpuasa esok? Saya menjawab: Tidak. Baginda bersabda: Hendaklah engkau berbuka.” (HR Bukhari) Nabi bersabda, “Hari Jumaat itu adalah hari Eid (hari raya), maka janganlah jadikan Eid kamu itu sebagai hari kamu berpuasa, kecuali kamu berpuasa sebelumnya atau sesudahnya.” (HR Ahmad) Dari Abi Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah kamu berpuasa pada Jumaat, kecuali bersama satu hari sebelumnya atau satu hari sesudahnya". (HR Muslim).

(sumber dari http://www.sumberislam.info/2012/09/hukum-puasa-sunat-pada-hari-jumaat.html)

# # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # #

PERBANYAKKAN SELAWAT PADA HARI JUMAAT

Nabi Muhamad s.a.w bersabda " Sesungguhnya sebaik-baik hari ialah hari jumaat, maka perbanyakkan selawat ke atas ku pada hari tersebut. Sesungguhnya selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku" (HR Abu Dawud)

Nabi Muhammah s.a.w bersabda :Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, sesiapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali )" (HR Al Baihaqi)

(Sumber dari : http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2011/01/banyakkan-selawat-pada-hari-jumaat.html )


# # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # #

KELEBIHAN


JUMAAT adalah hari paling mulia serta mempunyai beberapa fadilatnya untuk direnungi.Kitab As Sabi’ iyahti Fi Mawa’izhil Bariyyat banyak memaparkan peristiwa agung yang berlaku pada Jumaat.Antara peristiwa itu ialah:

1. Perkahwinan Nabi Adam dan Hawa
2. Nabi Yusuf dengan Zulaiha
3. Nabi Musa dengan Shafura binti Syuaib
4. Rasulullah saw dengan Khadijah
5. Rasulullah dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar
6. Ali bin Abi Thalib dengan Fatimah Zahara binti Muhammad.



Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga."

“Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).

Untuk lebih detail sahabat boleh click n terjah blog..click link kat bawah(sunber dari)


Syukran semua sahabat2 saya yang sudi luangkan masa tuk baca entry saya yang tak seberapa ni..moga bermanfaat..wassalam..:)


Tuesday, December 25, 2012

KISAH AIR MATA RASULULLAH

Assalamu'alaikum..smg sahabat sentiasa diredhai ALLAH..in shaa ALLAH..

entry kali ni maybe interesting tuk sahabat2..bermanfaat tu sahabat2..yang baik kita jadikan teladan dan yg sebaliknya kita jadikan pengajaran..maybe sahabat2 semua da tengok video ni...xper..:)..ni sekadar nak share untuk kita terus ingat..dan ingat..dan INGAT..bahawa cinta sentiasa ada..wujud..malah semakin cinta  terhadap Rasulullah dan cinta kita sentiasa NO.1 kepada  ALLAH Yang Maha Kuasa dalam hati kita..in shaa ALLAH..:)..


Sekian..wassalam..syukran sahabat2 yang sudi singgah dan bagi pendapat/komen/nasihat..barakallahufik..:)..



Sunday, December 23, 2012

TARIKH PERKAHWINANKU HANYA ALLAH YANG TAHU



Assalamu'alaikum sahabat saya yang di kasihi Allah..in shaa Allah..entry kali ni saya nak share entry dari blog lain..cerita ni sangat menyentuh hati saya..jadi xsalah kalau saya ingin kongsi dgn sahabat2 semua..jom click

http://mawarsoleha.blogspot.com/2012/12/pertunangan.html



Wassalam..semoga sahabat saya sudi menghayati walau sekejap..terima kasih sudi luangkan masa..:)..

Saturday, December 22, 2012

MY LOVE..DAD AND MOM


Assalamu'alaikum sahabat2 saya yang dikasihi ALLLAH..in shaa ALLAH..smg sentiasa berada dalam keadaan yg sentiasa sihat..amiin.

Kadang2 bila kita berjauhan dengan mak ayah, kita leka dengan keje kita..kita sibuk dengan tugasan dunia kita..pernah kita fikir apa perasaan mereka bila kita abaikan diorang..rindunye mereka pada kita..ada kita ambil kisah..ya Allah jauhi kami dari anak derhaka..hargai lah mereka sementara mereka masih ada lagi di dunia Allah..hargailah mereka sementara ada kesempatan..sayanggggggggggggg mak ayah banyak2..:)..kalau berkesempatan luang kejap tuk video kat bawah..:)..if sahabat da tengok video ni xperlah..:)..sebelum tu apa salahnye baca doa tuk mereka setiap kali solat..jasa mereka begitu banyak..sama2 kita amalkan..in shaa ALLAH






wassalam...terima kasih sahabat2..:)..komen pom xper..nak bagi pendapat lagi suka..nak tegur/nasihat sangat di alu2kan..:)

Wednesday, December 19, 2012

AKU BERSYUKUR PADAMU

Assalamu'alaikum..sahabat2 saya yang dikasihi ALLAH in shaa Allah..semoga diberi kesihatan yang sihat hendaknye..amin..:)..

Bila kita fikir..renung kembali..tak terhitung kan keluhan kita..lebih2 lagi time kita susah..betul tak sahabat2??..>tapi xsemua camni<..:)..Tapi bila kita senang berjaya..apa perkataan yang kuar dari mulut kita..maybe "berbaloi usaha saya selama ni"..berbaloi berpenat lelah berusaha"....dan macam lagi lah..lepas tu lah baru kita cakap.."alhamdulillah, terima kasih ya ALLAH"..tapi kalau kita susah/gagal kita akan cakap "saya da berusaha tapi kenapa tak dapat gak"..seolah-olah kita tak redha dengan apa yang di tentukan oleh Allah..

Tapi hari ni..saya bersyukur sangat..sebab bersusah payah tuk jayakan projek 3rd language dengan kawan2 yg lain..mereka sabar je..huhu..mereka banyak tolong saya..terima kasih buat sahabat2 saya suhella, hamidah, salbiah, fad, dan akak fai..diorang bagi komitmen yang sangat hebat dalam menyiapkan projek last bagi kitorang..walaupun da 2 kali kitorg buat projek yang sama (tajuk berlainan) tapi sem ni kitorang agak busy dengan macam2 assgn, test, quiz..diorg tak mengeluh pom, walau kadang2 terpaksa ulang kerje..diorang sabar je especially sal..tima kasih sebab sabar dengan kitorang time ambik video..>wink<...sorry letak nama korang tanpa permission..:)..heheeeee..if xsuka saya boleh edit..:)..


Setiap kejayaan takkan bermula dengan kesenangan..tetapi kesusahan sentiasa mencemburui kejayaan sehingga ade orang yang tak sanggup berlawan dengan kehebatan kesusahan tersebut..Pernah kita fikir..kita ingin suatu kejayaan yang begitu hebat tapi bile datangnye ujian ALLAH kita putus asa..kenapa????pernah tak tanye diri sendiri..kita tak fikir, kejayaan yang kita nak masya Allah hebatnye...so, ujian tu lagiiiiiiiiiiiiiiiiii hebat maka usaha kita mestiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii besar dan kita kenelah sabarrrrrrrrrrr dan tabahhhhhhhhhh..JANGAN CEPAT PUTUS ASA..



Pujuklah diri kita..hati kita..time kita rasa susah..da berusaha ni tapi tak dapat2 gak..adakah salah ALLAH???hmmmmmm...sahabat2 fikirlah..tapi tips yang saya nak share..yang saya pernah buat..pujuklah diri sendiri..pujuk hati kita ..sape lagi yang tol2 faham hati kita melainkan diri sendiri..melainkan ALLAH..



Jangan sesekali kita salahkan ALLAH kerana ALLAH Maha Mengetahui apa yang terbaik tuk kita..kita tak berjaya sekarang maybe ALLAH da sediakan kita kejayaan yang lagi besar pada hari esok..setiap yang berlaku pasti ade hikmahnya kelak..:)..


Oklah setakat ni je..banyak pulak membebel..tima kasih sahabat2 sudi baca..komen??sangat di alu2kan..nak share pendapat pom boleh..nak tegur??sangat saya suke..Wassalam..


Tuesday, December 18, 2012

SEGMEN TAMBAH FOLLOWER DI HUJUNG TAHUN

Assalamu'alaikum sahabat saya yg dikasihi ALLAH..in shaa Allah..ni first time saya join segmen kat blog Miss Banu..




Follower saya time join this segmen...Terima kasih pada sahabat yang sudi luang masa..Target follower..makin bertambah..agar sama2 dapat kongsi ilmu Allah..in shaa ALLAH..saling bertukar pendapat..dan saling berkongsi ilmu...wassalam..:)

Monday, December 17, 2012

TAZKIRAH PENDEK OLEH USTAZ


Assalamu'alaikum sahabat2 saya yang dikasihi Allah..in shaa Allah..
After penat study tetiba je tangan ni nak menaip..nak kongsi sedikit apa yang saya dapat after pergi tazkirah ustaz tempoh hari di dewan kolej saya..:)..

ustaz ada cakap..antara amalan sunnah Nabi Muhammad





SOLAT SUNAT DHUHA more information click link ni ye sahabat :) >http://pusatoperasizontengah.blogspot.com/2011/02/fadhilat-dan-kelebihan-solat-dhuha.html <


Solat sunat dhuha ialah solat di waktu pagi. Ia merupakan salah satu dari tiga solat sunat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW.



Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.” (Riwayat Ahmad)Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.

SOLAT TAHAJJUD more information click link ni ye sahabat :) http://islamituindah-muslimah.blogspot.com/2011/04/kelebihan-solat-tahajud.html <


Firman Allah s.w.t bermaksud:


“Dan dari malam, hendaklah engkau bertahajud (tinggalkan tidur untuk sembahyang) semoga Tuhanmu mengangkat kamu pada kedudukan yang terpuji.’ (Surah Al-Israk: Ayat 79)

SOLAT WITIR SEBELUM TIDUR more information click link ni ye sahabat :)  > http://yaneyms.blogspot.com/2010/11/amalan-sunnah-sebelum-tidur.html <


Mengerjakan Solat Witir sebelum tidur adalah “pengikat” sebagaimana diistilahkan oleh Nabi Muhammad SAW didalam hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad:الَّذِي لاَ يَنَامُ حَتىَّ يُوْتِرَ حَازِمٌ
Maksudnya: Orang yang tidak tidur sehingga mengerjakan Solat Witir terlebih dahulu adalah pengikat.

Keterangan: Maksud “pengikat” didalam hadith tersebut ialah pengikat antara seseorang dengan solat malam. Dengan erti kata lain sekiranya ia tidak terbangun untuk solat malam pada malam tersebut maka Solat Witir yang telah dikerjakan sebelum tidur itu menjadikannya dicatat sebagai orang yang telah mendirikan malam. Dengan itu tidak luput daripadanya solat malam pada malam tersebut.



SOLAT TAUBAT more information click link ni ye sahabat :) > http://rahmanhatim93.blogspot.com/2012/05/panduan-solat-sunat-taubat-cara-nabi.html <


Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " Taubat Nasuha", mudah-Mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu". - Al-Tahriim [66] : 8

Manusia hidup di dunia ni hanya sebagai perantau je..if kita tak ambil peluang untuk jadi perantau yang terbaik bila lagi kita nak rebut peluang ni..peluang ni hanya sekali je datang..sama gak dengan kehidupan,,hidup di dunia hanya sekali je..cuba usaha tuk kita terus mendekati Allah..hari ini kita merangkak mendekati Allah..amaybe hari esok kita berjalan..hari seterusnya berlari..dan terus terus untuk mendekati ALLAH untuk jd hamba yang bertaqwa..in shaa ALLAH..

setakat ni entry kali ni..>peringatan untuk diri sendiri<..

wassalam..terima kasih sahabat2 yang sudi luang sekejap..salah dan silap harap ditegur..:)..semoga bermanfaat..in shaa Allah..

Saturday, December 15, 2012

JOM TONTON + DENGAR


Assalamu'alaikum..salam sahabat2 saya yang dikasihi Allah..in shaa Allah..jom klik video ni..tgk sama2..:)

http://www.youtube.com/watch?v=TCPpAbz5whk

Wassalam...sekian sudi luang masa sekejap..:)..

Friday, December 14, 2012

http://www.aisyahhumaira.com/2012/12/segmen-pencarian-blogger-baru.html



JOM JOIN SEGMEN BLOGGER BARU..JUST CLICK TERJAH LINK DI BAWAH

http://www.aisyahhumaira.com/2012/12/segmen-pencarian-blogger-baru.html


FOLLOWER SEMASA JOIN : 73 SAHABAT KARIB..:)..

Saturday, December 1, 2012

HANYA KONGSIAN


Petua Untuk Isteri Sentiasa cantik dan Rumahtangga Sentiasa Bahagia

 Assalamu'alaikum Sahabat yang sentiasa di kasihi Allah In Shaa Allah..:)

1. Selepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah 1 kali, Ayatul Qursi 1 kali, dan Surah Al-   Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.


2. Tiup dalam air dan minum.


3. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.


Makna Surah Al-Waqiah ayat 35-38: (56.35):"Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, 56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), (56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya, (56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan. Khabarkan kepada kaum ibu dan isteri-isteri semoga ada manafaatnya."

Tambahan ilmu untuk diri sendiri juga..:)..Terima kasih sudi singgah blog saya dan komen amat di alu2 kan..:)


>Dipetik dari >

https://www.facebook.com/photo.phpfbid=526029284076746&set=a.374130542599955.94752.119355758077436&type=1&theater
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ILMU MILIK ALLAH

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang belajar ilmu agama yang seharusnya untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t. tiba-tiba dipelajarinya hanya untuk mencapai tujuan dunia, maka dia tidak akan dapat bau syurga pada hari kiamat" (Riwayat Al-Nasai dari Abu Hurairah r.a.)

SAIDINA ALI BIN ABI TALIB

Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.

 
Full design and Custom Blog Design by jiakreatifelt.com