Monday, December 17, 2012

TAZKIRAH PENDEK OLEH USTAZ


Assalamu'alaikum sahabat2 saya yang dikasihi Allah..in shaa Allah..
After penat study tetiba je tangan ni nak menaip..nak kongsi sedikit apa yang saya dapat after pergi tazkirah ustaz tempoh hari di dewan kolej saya..:)..

ustaz ada cakap..antara amalan sunnah Nabi Muhammad





SOLAT SUNAT DHUHA more information click link ni ye sahabat :) >http://pusatoperasizontengah.blogspot.com/2011/02/fadhilat-dan-kelebihan-solat-dhuha.html <


Solat sunat dhuha ialah solat di waktu pagi. Ia merupakan salah satu dari tiga solat sunat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW.



Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.” (Riwayat Ahmad)Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.

SOLAT TAHAJJUD more information click link ni ye sahabat :) http://islamituindah-muslimah.blogspot.com/2011/04/kelebihan-solat-tahajud.html <


Firman Allah s.w.t bermaksud:


“Dan dari malam, hendaklah engkau bertahajud (tinggalkan tidur untuk sembahyang) semoga Tuhanmu mengangkat kamu pada kedudukan yang terpuji.’ (Surah Al-Israk: Ayat 79)

SOLAT WITIR SEBELUM TIDUR more information click link ni ye sahabat :)  > http://yaneyms.blogspot.com/2010/11/amalan-sunnah-sebelum-tidur.html <


Mengerjakan Solat Witir sebelum tidur adalah “pengikat” sebagaimana diistilahkan oleh Nabi Muhammad SAW didalam hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad:الَّذِي لاَ يَنَامُ حَتىَّ يُوْتِرَ حَازِمٌ
Maksudnya: Orang yang tidak tidur sehingga mengerjakan Solat Witir terlebih dahulu adalah pengikat.

Keterangan: Maksud “pengikat” didalam hadith tersebut ialah pengikat antara seseorang dengan solat malam. Dengan erti kata lain sekiranya ia tidak terbangun untuk solat malam pada malam tersebut maka Solat Witir yang telah dikerjakan sebelum tidur itu menjadikannya dicatat sebagai orang yang telah mendirikan malam. Dengan itu tidak luput daripadanya solat malam pada malam tersebut.



SOLAT TAUBAT more information click link ni ye sahabat :) > http://rahmanhatim93.blogspot.com/2012/05/panduan-solat-sunat-taubat-cara-nabi.html <


Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " Taubat Nasuha", mudah-Mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu". - Al-Tahriim [66] : 8

Manusia hidup di dunia ni hanya sebagai perantau je..if kita tak ambil peluang untuk jadi perantau yang terbaik bila lagi kita nak rebut peluang ni..peluang ni hanya sekali je datang..sama gak dengan kehidupan,,hidup di dunia hanya sekali je..cuba usaha tuk kita terus mendekati Allah..hari ini kita merangkak mendekati Allah..amaybe hari esok kita berjalan..hari seterusnya berlari..dan terus terus untuk mendekati ALLAH untuk jd hamba yang bertaqwa..in shaa ALLAH..

setakat ni entry kali ni..>peringatan untuk diri sendiri<..

wassalam..terima kasih sahabat2 yang sudi luang sekejap..salah dan silap harap ditegur..:)..semoga bermanfaat..in shaa Allah..

4 comments:

Unknown said...

perkongsian yg bagus:)

Anonymous said...

Alhamdulillah..tq 4 sharing =)

Unknown said...

najihah : smg bermanfaat..in shaa Allah..
Novelgurl : alhamdulillah..sama2 kita ilmu Allah..welcome..and tq for singgah blog saya..:)

mummyrinazone beauty said...

suka dengan entry nie..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ILMU MILIK ALLAH

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang belajar ilmu agama yang seharusnya untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t. tiba-tiba dipelajarinya hanya untuk mencapai tujuan dunia, maka dia tidak akan dapat bau syurga pada hari kiamat" (Riwayat Al-Nasai dari Abu Hurairah r.a.)

SAIDINA ALI BIN ABI TALIB

Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.

 
Full design and Custom Blog Design by jiakreatifelt.com