Zikrullah mampu mendamaikan jiwa. Sehubungan dengan ini dalam surah Ar-Ra’d ayat 28 Allah berfirman, “Ketahuilah, dengan berzikir kepada Allah hati akan tenang.”
Berzikir dengan membaca Al-Quran merupakan satu cara yang baik untuk menenangkan jiwa. Pada suatu ketika, seorang lelaki mendatangi sahabat Abdullah ibn Masud dan berkata,
“Wahai Ibn Masud, nasihatilah aku dengan sesuatu yang
dapat meredakan kegelisahanku. Buat masa ini, jiwaku tidak tenteram, fikiranku
kusut, tidurku tidak nyenyak dan seleraku hilang.
” Abdullah ibn Masud menjawab,
“Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat,
pertama, ke tempat orang membaca
Al-Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya ataupun kamu sekadar mendengar
pembacaan orang lain.
Kedua, kamu menghadiri majlis pengajian yang mengingatkan
kamu kepada Allah dan
ketiga, kamu mencari satu waktu yang sunyi, contohnya di
waktu malam, dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadah kepada Allah serta
memohon kepadaNya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kepadamu.
Jika
selepas melakukan kesemua ini jiwamu masih juga tidak tenteram, mintalah kepada
Allah agar digantikan hatimu dengan hati yang lain kerana hati yang kamu miliki
sekarang ini bukannya hatimu.” Lelaki itu pun kembali ke rumahnya dan terus
mengambil wuduk dan membaca Al-Quran dengan penuh khusyuk. Selesai membaca
Al-Quran, didapati jiwanya berubah menjadi tenang, fikirannya menjadi jernih
dan kegelisahan yang selama ini melanda hatinya hilang sama sekali.
Subhanallah..sesunggunhnya Allah itu Maha mengetahui ape yg diperlukan oleh hambaNYA dan sesunggunhnya Allah itu Maha Pemurah..
No comments:
Post a Comment