Friday, May 29, 2015

YA ALLAH, GIVE ME STRENGTH



Bismillahirrahmanirrahim...Smg kita sentiasa di bwh perlindungan dan mndpt kberkatan drNYA..in shaa Allah..aminn..
Ya Allah,

 Aku hanya hambaMU yg begitu kerdil dan begitu kecil di sisiMU
Aku hanya hambaMU yg begitu lemah..
Kekadang diri ini terasa begitu lelah untuk menghadapi hari2 akan datang di mana semua menjadi persoalan yg belum pasti akn kita hadapi.

Kekadang diri ini tersungkur di bumiMU untuk mengharungi pelbagai onak dan duri
Namun bibir ini tetap tersenyum indah untuk melawan duri yg berbisa sebagai bekalan hari esk.
Begitu sukar untuk menutupi pandangan mata yg dipenuhi pelbagai luahan yg bersarang di hati.

Hanya pada sujudMU aku memohon dengan hati yg penuh kesayuan..
Hanya pada doaMU aku meluahkan dan menitiskan air mata di saat semua pandangan mata hambaMU lena di buai mimpi..

Di saat hati ini meluah segalanya air jernih tidak pernah berkurang dan seakan-akan menemani di setiap kata memohon simpati dariMU..
Kekadang kita mnusia menyedari perkara itu akan menyakitkan hati org2 sekeliling namun tanpa kita sedar, jalan itu menjadi pilihan hati kita sehingga menyedari perkara itu dan di saat itu hati begitu terasa bersalah dan Allah tempat kita mengadu..
Ya Allah hati ini memohon kemaafan atas setiap kesalahan yg di lakukan tanpa di sedari mahupun tidak.

Ya Allah kekadang hati ini begitu tersentuh tanpa mampu meluah kan sepatah kata. Di saat ini hati ini begitu terasa sunyi seakan2 dunia ini tanpa teman. Disaat itu juga hati ini sangat merinduiMU ya Allah.
Ya Allah ampunilah aku sekiranya aku lalai dengan hiburan duniaMU..jangan Engkau mengambil diri ini di saat aku lalai dan lagha..

Ya Allah berikan aku peluang utk melakukan yg terbaik terhdp org2 sekeliling, berikan aku kekuatan untuk memberi yg terbaik pd kedua ibubapaku dan berilah aku waktu utk terus perbaiki diri ini yg serba kekurangan..

Ya Allah sekiranya jalan yg di pilih adalah terbaik untuk kehidupan dunia dan akhiratku, berikan aku kekuatan utk hati ini terus menerima dgn penuh keikhlasan dan kuat dalam hadapi segalanya kemungkinan..dan jangan Engkau jadikan air jernih menemani pd setiap keputusan hambaMU.

Ya Allah di saat diri ini tidak mampu untuk menghadapi segalanya, berikan aku waktu secukupnya untuk menyediakan persediaan yg begitu cukup untuk aku BERISTIREHAT setenang2nya di sana tanpa gangguan hal2 duniawi.

AMINN..

HATI INI ALLAH YG PUNYA DAN HANYA ALLAH TEMPATKU MENGADU SEGALANYA

Wallahua’lam..


Allah sentiasa ada untuk hambaNYA yg tidak pernah berputus asa untuk berdoa padaNYA..Hanya Allah yg Maha Mengetahui jalan yg terbaik utk setiap hambaNYA bagi melalui pelbagai ujian dan dugaan yg akan dtg. 




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ILMU MILIK ALLAH

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang belajar ilmu agama yang seharusnya untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t. tiba-tiba dipelajarinya hanya untuk mencapai tujuan dunia, maka dia tidak akan dapat bau syurga pada hari kiamat" (Riwayat Al-Nasai dari Abu Hurairah r.a.)

SAIDINA ALI BIN ABI TALIB

Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.

 
Full design and Custom Blog Design by jiakreatifelt.com