Dengan nama
Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…
"Dari Ibnu
Umar R.A katanya: Ketika kami sedang solat bersama2 Rasulullah S.A.W, tiba-tiba
ada seorang lelaki dalam jamaah yang membaca: "Allahuakbarkabira
walhamdulillahikathira wa subhanaAllahibukratauwwa ashila.". Maka bertanya
Rasulullah S.A.W, "Siapa yang mambaca kalimat tadi?" Jawab lelaki
itu, "Aku ya, Rasulullah!" Sabda Nabi:" Aku kagum terhadap kalimat itu; kerananya dibukakan
segala pintu langit." Kata Ibnu Umar,"Aku tidak pernah lupa
membacanya sejak kudengar Rasulullah S.A.W membacanya."-(Riwayat Muslim)
Antaranya hadith ‘Ali bin Thalib r.a:katanya
"Bahawa apabila Rasulullah SAW bangun bersolat, baginda berkata:
"Aku hadapkan wajahku kepada Allah, Maha pencipta langit dan bumi dengan keadaan ikhlas dan tidak mempersekutukan-Nya. Sesungguhnya solatku, segala ibadatku, hidupku dan matiku hanya semata-mata untuk Allah Tuhan Semesta alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya dan kerana itu aku patuh kepada perintah-Nya dan berserah diri kepada-Nya.
Ya Allah! Engkaulah Maha Penguasa. Tidak ada Tuhan selain Engkau. Engkaulah Tuhanku dan aku adalah hamba-Mu. Aku zalim terhadap diriku dan aku sedar dengan dosa-dosaku. kerana itu ampunilah dosa-dosaku semuanya. Sesungguhnya tidak ada yang mengampuni segala dosa melainkan hanya Engkau. Dan tunjukkanlah aku akhlak yang paling baik. Sesungguhnya tidak ada yang dapat menunjukkannya melainkan hanya Engkau. Dan buanglah daripadaku Akhlak yang buruk. Kerana sesungguhnya tidak ada yang sanggup membuangnya melainkan hanya Engkau. Ku patuhi segala perintah-Mu, dan ku hentikan segala larangan Mu. Segala kebajikan berada di tangan-Mu, Sedangkan kejahatan tidak datang daripada-Mu. Aku berpegang teguh dengan-Mu dan kepada-Mu. maha Suci Engkau dan Maha Tinggi. Ku mohon ampun daripada-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu" - (H.R Muslim)
Hadith Abu Hurairah
r.a:katanya
"Biasanya
Rasulullah SAW diam seketika sesudah takbir, sebelum membaca Fatihah. Lalu
kutanyakan kepada baginda, "Ya Rasulullah! Apakah yang kamu baca ketika
kamu diam seketika antara takbir dan membaca Fatihah?" Jawab baginda,
"Aku membaca:
"Ya Allah! Jauhkanlah aku dari segala dosa sebagaimana engkau menjauhkan timur dan barat. Ya Allah! Sucikanlah aku dari segala dosa-dosaku, sebagaimana dicuci kain putih dari kotoran. Ya Allah! Basuhlah dosa-dosaku dengan air, dengan salji dan dengan ais."
"Ya Allah! Jauhkanlah aku dari segala dosa sebagaimana engkau menjauhkan timur dan barat. Ya Allah! Sucikanlah aku dari segala dosa-dosaku, sebagaimana dicuci kain putih dari kotoran. Ya Allah! Basuhlah dosa-dosaku dengan air, dengan salji dan dengan ais."
(H.R Bukhari dan Muslim)
Bila
sebut sahaja DOA IFTITAH pasti kita akan terbayangkan pnghulunya doa dalam
solat..Di mana bibir kita tidak pernah lekang membacanya 5 kali sehari semalam..subhanallah..Tetapi
apabila ditanya seberapa kerap kita membaca DOA IFTITAH dalam sehari…pastinya
majoriti akan menjawab 5 kali…semuanya bergantung pada individu..sekiranya
seseorang individu kerap melakukan extra solat pasti wajabnya tidak termasuk
dalam golongan yang majority..Jadi kita tidak boleh sesuka hati menilai orang
melalui luaran sahaja..bak pepatah omputih ‘Don’t Judge a book by a
cover’..
Pasti
ada yang tertanya-tanya ape hukum DOA
IFTITAH dalam solat????
Sebelum
itu mari sama-sama kita renungkan apa itu maksud
DOA IFTITAH..
Doa Iftitah ialah doa yang
dibaca sebagai pembuka solat iaitu sebaik saja selesai takbiratul-Ihram dan
sebelum membaca al-Fatihah. Abu Hurairah r.a. menceritakan; “Adalah Rasulullah
s.a.w. apabila telah bertakbir memasuki solat (yakni takbiratul-ihram), baginda
senyap seketika sebelum mula membaca (al-Fatihah). Lalu aku bertanya baginda;
‘Ya Rasulullah! Sesungguhnya aku melihat engkau senyap di antara takbir dan
bacaan (al-Fatihah). Apa yang engkau ucapkan?’. Baginda menjawab; ‘Aku membaca;
اللَّهُمَّ بَاعِدْ بَيْنِي وَبَيْنَ خَطَايَايَ كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ، اللَّهُمَّ نَقِّنِي مِنْ خَطَايَايَ كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ، اللَّهُمَّ اغْسِلْنِي مِنْ خَطَايَايَ بِالثَّلْجِ وَالْمَاءِ وَالْبَرَدِ
اللَّهُمَّ بَاعِدْ بَيْنِي وَبَيْنَ خَطَايَايَ كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ، اللَّهُمَّ نَقِّنِي مِنْ خَطَايَايَ كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ، اللَّهُمَّ اغْسِلْنِي مِنْ خَطَايَايَ بِالثَّلْجِ وَالْمَاءِ وَالْبَرَدِ
“Ya Allah! Jauhkanlah aku dari dosa-dosaku sebagaimana Engkau menjauhkan Timur dan Barat. Ya Allah! Bersihkanlah daku dari dosa-dosaku sebagaimana dibersihkan pakaian putih dari kotoran. Ya Allah! Sucikanlah daku dari dosa-dosaku dengan salji, air dan embun”. (Riwayat Imam Muslim)
(*Dalam solat sama ada anda
baca doa iftitah di bawah atau di atas..baca hanya salah satu)
Allah Maha Besar dan segala puji
bagi Allah dengan banyaknya. .Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang..Aku
hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,dengan suasana lurus
dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik..Sesungguhnya
solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian
alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan
kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Tetapi harus berhati-hati semasa
menyebut musyrikin dan muslimin dalam doa
iftitah. Jangan sampai kita tertukar tempat. Jika kita tersilap menyebut 'muslimin' di tempat yang
sepatutnya 'musyrikin', maka ayatnya akan berbunyi ".... dan
aku bukanlah dari golongan kaum muslimin."
Dan jika kita tersilap sebut perkataan 'musyrikin'
di tempat yang sepatutnya 'muslimin',
maka ayat yang kita baca akan bermaksud, "Dan aku dari golongan orang
musyrikin."
Hmmm..na’uzubillah..minta
jauh2 sebab kerana lupa sedikit je kita dalam bahaya..so,kenelah berhati-hati
dalam menyebut dan yang paling penting mesti ingat dengan jelas trutamanya
perkara2 yang melibatkan bacaan Al-Quran..
Sebahagian DOA IFTITAH ini sebenarnya
di ambil dari Surah 6/79, 6/162 dan 6/163
Al-An’am:79
Yang bermaksud “Aku hadapkan wajahku kepada
(Allah) yang menciptakan langit dan bumi dengan penuh kepasrahan (mengikut)
agama yang benar, dan aku bukanlah termasuk orang-orang musyrik.”
Al-An’am:162
Yang
bermaksud katakanlah(Muhammad),”Sesungguhnya solatku, ibadatku,hidupku, matiku
hanyalah untuk Allah, Tuhan seluruh alam..”
Al-An’am:163 Yang
bermaksud “..tidak ada sekutu bagiNya dan demikianlah yang diperintahkan
kepadaku, dan aku adalah orang yang pertama-tama berserah diri (muslim).
TETAPI…
Sesungguhnya DOA IFTITAH bukan
terbatas kepada dua seperti di atas atau yang kita tahu sahaja namun ada banyak
versinya..utamanya semua versi yang kita tahu mahupun tidak bersumber dari petunjuk Nabi Muhammad SAW..
Sedangkan Rasulullah SAW telah menetapkan
bahawa dalam perkara mengenai solat, setiap muslim harus merujuk kepada contoh
dari beliau, sebagaimana sabda beliau:
‘Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku shalat.’
Beberapa di antara bentuk contoh
doa ifititah
yang paling popular adalah yang kami tuliskan berikut ini:
Maha suci Engaku dan segala puji untuk-Mu.
Diberkahilah asma-Mu, tinggilah keagungan-Mu. Dan tiada Tuhan kecuali Engkau.
Lafaz ini diriwayatkan oleh Asiyah ra. dengan perawi Abu Daud dan Ad-Daruquthuny. Selain itu juga ada doa yang mungkin Anda sudah menghafalnya, seperti yang berikut ini:
Aku hadapkan wajahku kepada Tuhan Yang
menciptakan langit dan bumi, dengan lurus dan berserah diri sedangkan aku bukan
bagian dari orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku
hanyalah untuk Allah Tuhan semesta alam.Tiada sekutu baginya dan dengan itulah
aku diperintahkan. Dan aku termasuk bagian dari orang-orang muslim.
Lafaz ini sampai kepada kita lewat perawi yang kuat seperti Imam Muslim, Ahmad dan Tirmizy dan disahihkan oleh Ali bin Abi Thalib. Lafaz ini sebenarnya juga lafaz yang juga ada di dalam ayat Al-Quran, kecuali bahagian terakhir tanpa kata awwalu.
Selain itu juga ada lafz lainnya seperti di
bawah ini:
Ya Allah, jauhkanlah antara aku dan
kesalahan-kesalahanku sebagaimana Engkau menjauhkan antara timur dan barat. Ya
Allah, sucikanlah aku dari kesalahan-kesalahan sebagaimana Engkau mensucikan
pakaian dari kotoran. Ya Allah, mandikan aku dengan air, salju dan embun.
Manakala hukum membaca doa Iftitah adalah sunat. Kita boleh memilih mana-mana
satu doa Iftitah yang pernah dibaca atau diajar oleh Nabi –sallallahu ‘alaihi
wasallam- di dalam hadisnya-. Doa Iftitah ini hendaklah dibaca perlahan (tidak
dikuatkan suara).
Dan DOA IFTITAH merupakan sunat Hai’ah-
Perkara sunat yang dituntut melakukannya( diberi pahala).
Jika tertinggal solatnya tidak batal,
dan tidak perlu diganti dengan sujud
sahwi. (apa itu ‘perkara sunat’ anda bolehlah rujuk
ustaz2/ustazah2/internet/sumber2 lain)
…semoga kita sama2
renungkan dan mengambil apa yang bermanfaat untuk diri kita semua demi akhirat
kelak..wallahu’alam..
Seandainya terdapat
kesalahan atas setiap yang disampaikan moga mendapat teguran daripada
kalian..yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang kekurangan itu
datangnya dari diri saya sendiri..
Sekian..
No comments:
Post a Comment