Indahnya
di pagi hari seandainya dihiasai dengan sujud padaNYA dengan niat “sahaja aku solat sunat dhuha dua
rakaat fardu ke atas ku kerana Allah ta’ala.”...sama2 kita ikuti..
Bismillahirahman
nir rahim…
Rasulullah Bersabda:
“Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan
menjauhkan kemiskinan dan tidak ada orang yang memelihara solat kecuali orang
yang bertaubat”.
(Hadis Riwayat At-Tirmizi)
Solat sunat dhuha ialah solat di waktu pagi. Ia merupakan salah
satu dari tiga solat sunat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi Muhammad
SAW
Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahawasanya Nabi s.a.w.
telah bersabda :
Allah
telah berfirman:
“Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Agung
menyatakan, “Wahai Anak Adam. Cukuplah Aku dengan melakukan empat rakaat solat
Dhuha pada pagi hari, maka Aku pasti mencukupi keperluan mu pada akhir
hayatmu”.
(Hadis Riwayat Ahmad & Abu Ya’la)
Setiap apa yang kita lakukan pasti memperoleh
ganjaran yang setimpal dengan ape yang kita lakukan daripada Allah SWT..tapi
AWAS,make sure niat kita ikhlas bukan semata2 untuk mendapat ganjaran sahaja.
Di mana di takuti menjadi satu tabiat kita beramal semata-mata ganjaran bukan
lahir daripada rasa keinsafan, keikhlasan diri kita sendiri.
Namun demikian terdapat nas-nas hadis nabawi yang
menggesa umatnya melakukan amalan solat sunat Dhuha dengan disebut bagi
menambahkan semangat dan keinginan untuk melakukan amalan mulia ini. Antaranya
Diantara hadis riwayat Abu Dzar bahawa Nabi saw bersabda yang bermaksud
“Setiap orang
menjelang pagi berdasarkan tulang temulang sendi memerlukan sedekah. Tiap-tiap
tasbih itu, sedekah tiap-tiap tahmid sedekah tiap-tiap tahlil adalah sedekah
tiap-tiap takbir adalah sedekah menyeru makruf adalah sedekah mencegah adalah
sedekah. Semuanya itu sama nilainya dengan dua rakaat solat Dhuha. Selain itu,
solat ini juga adalah tanda kesyukuran seorang hamba yang dikurniakan lengkap
sendi tulangnya sebanyak 360 batang pada setiap pagi yang dilaluinya. Justeru
dhuha atau pagi yang penuh nikmat Ilahi itu disyukuri dengan menyembah Allah
simbolik kepada terima kasih seorang hamba kepada Penciptanya.
Doa yang disarankan:
“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan
itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu
,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah
jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi,
keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh
dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu,
limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada
hamba-hambamu yang soleh”
Banyak
hadis-hadis yang menggalakkan solat Dhuha dan menyatakan keutamaannya antaranya
yang terdapat dalam riwayat:-
1. “Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”
(Abu Hurairah Hadis riwayat Al-Bukhari dan
Muslim)
2. Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”
3. Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
4. Daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata:
“Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina
akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”
(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Jom kawan2,sama2 kita baca cara ringkas solat dhuha..
Waktu : 10 pagi, atau antara 7am - 1pm petang sebelum waktu
zohor, “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas
sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya
seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab
al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).
Rakaat Pertama "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah
Ta'ala"
Baca Alfatihah hingga akhir
Baca Surah, pendek pun takpa. (paling elok surah As-Syams )
Baca Alfatihah hingga akhir
Baca Surah, pendek pun takpa. (paling elok surah As-Syams )
Rakaat Kedua
Baca Alfatihah
Baca Surah, pendek pun takpa. (paling afdhal surah Addhuha)
Tahiyyat akhir & Beri Salam..
Baca Surah, pendek pun takpa. (paling afdhal surah Addhuha)
Tahiyyat akhir & Beri Salam..
Doa
Mohon Allah murahkan rezeki kita..berkati kerja kita.
Doa apa sahaja..mengadulah pada Allah.
Bahasa melayu, jawa, nogori, iban apa saja semua boleh, Doalah.
Paling mantap guna Doa di atas khas untuk waktu Dhuha
Doa apa sahaja..mengadulah pada Allah.
Bahasa melayu, jawa, nogori, iban apa saja semua boleh, Doalah.
Paling mantap guna Doa di atas khas untuk waktu Dhuha
InsyaAllah sama2 kita
amalkan..Semoga Allah memberikan kita kekuatan dan peluang untuk menambahkan
solat sunat pada harian kita..Amin..
Wassalam…
No comments:
Post a Comment