Friday, April 19, 2013

MUHASABAH SEKETIKA


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..Syukur pada Allah Yang Maha Pemurah krn masih lg bagi peluang untuk kite merasai nikmatNYA. Bila kite renung kembali, bukan semua hamba ALLAH yang senasib dengan kita..ramai lagi yang lebih teruk dari kita. Makan minum ntah kemana, tempat tinggal apatah lagi. Takkan susah gak utk kita ucap ALHAMDULILLAH kejap je..xrugi pun kan sahabat2???..sama2 kita renung..





####################################################

Tadi petang lecture sampai lewat petang..tapi takpe, biasalah. Da nama pun student ada tanggungjawab tersendiri yang perlu kita laksanakan. Ni subject more to ENVIRONMENT. Kebetulan minggu ni sama2 kitorang presentation. ASSIGNMENT..heheee..Dalam tdk sedar saya TERHILANGGG FOKUS..>heheheee..terkantoi lak, biasalah waktu senja, kan3??<..termenung + berfikir..sampai bila kita boleh merasai nikmat ALLAH..

Sampai bile kite boleh di gelar sebagai  penduduk BUMI..sampai bile kita boleh melihat ciptaan ALLAH..sampai bile kita boleh gelak ketawa bersama kawan..bersama keluarga..bersama orang yang kita sayang..bersama semua laaa pendek kata..hikhik..Bumi kita da cukupp tua..da banyak tanda2 kiamat..sampai bile lagi kita nak tunggu????esok?bulan depan?tahun depan?atau sekarang tanpa tangguh sedikit masa pun kerana dalam setiap hembusan nafas macam2 boleh berlaku..bila ALLAH kata “Kun Fa Ya Kun”..maka jadilah..takkan terlewat atau terawal sesaat sedikit pun. Kerana ALLAH Maha Kuasa

Bila di fikir balik..di mana tahap kita di sisi ALLAH..cukup kah amalan kita..cukupkah bekalan kita untuk perjalanan yang cukuppppppp jauhhh..yang kita sendiri tdk tahu..macam mana kita bila berada di alam berzakh??belum lagi hari penghitungan..belum lagi hari pembalasan..Wallahu’alam..Hanya ALLAH sahaja yang tahu..

Macam mana dengan amalan kita sebelum ini..terimakah ALLAH..banyakkah amalan2 yang boleh bantu kita di akhirat kelak??dapat kah menghapus dosa2 kita??dapatkah membawa kita ke JANNAH atau mengheret kita ke NERAKA..nau’zubillah..minta jauh dari seksa azab NERAKA..

Bagaimana plak dengan hati kita??niat kita??sentiasa ingat ALLAH kah??kerana ALLAH kah amalan kita kerjakan??

Bagaimana plak dengan diri kita??lidah kita, sentiasa memuji ALLAH kah??telinga, sentiasa mendengar perkara baikkah??kaki kita,sentiasa pergi ketempat yang baik kah??ni baru lidah, telinga kaki..yang lain2..pernah kah kita fikir??pernah kah kita renung??pernah kah kita muhasabah??
Bagaimana plak dengan solat kita??merupakan TIANG AGAMA kita..

####################################################

Masih tidak terlambat lg untuk kita mohon ampun pada ALLAH..sebesar manapun kesalahan yang kita buat..kalau kita taubat dengan seikhlasnya, menyesali dengan sesungguhnya..in shaa ALLAH..ALLAH itu Maha Pemurah.. DIA akan terima taubat hambaNYA..

“Ya ALLAH bantulah ku dalam melakukan perubahan ke arah yang lebih baik untuk menjadi hambaMU yang bertaqwa, anak yang soleh kepada kedua ibu bapa ku, isteri/suami yang solehah/soleh kepada suami/isteri ku, ibu/bapa yang terbaik untuk anak2 ku, Ya ALLAH ENGKAU tunjuk lah ku jalan yang benar agar aku sentiasa berada pada jalanMU ya ALLAH..sesungguhnya hanay kepadaMu aku meminta..sesungguhnya ENGKAU Maha Pemurah lagi Maha Mendengar..Ya Rabb, janganlah ENGKAU menutupi pintu hati ku untuk aku terus menerima pentunjuk taufik hudayahMU..Ya ALLAH peliharalahku dari perkara2 yang melalaikan..ya ALLAH terima taubatku..doaku..amin..”

Wahai hamba ALLAH..sujud lah selagi berpeluang..selagi di beri peluang untuk bertaubat..tangisilah atas kesalahan yang lepas..jangan sombong untuk terus mengangkat tangan memohon ampun..jangan sombong untuk terus mendekatiNYA kerana DIA adalah Maha Kuasa yang sentiasa mendekati kita sewaktu kita susah mahupun senang jikalau kita terus mengungati NYA..

Ingatlah..kita di uji bukan kerana di benci ttp agar kita sentiasa ingat dan tidak leka akan NYA..
>mood muhasabah<

Emmm..setakat ni saje yang dapat di kongsi..apa yang di tulis sebagai ingatan untuk diri saya sendiri agar diri tidak terus leka dengan hiburan dunia..na’uzubillah

Sekian,wassalam..thanks sahabat sudi baca entry yang TAK SEBERAPA..



5 comments:

Abdul Munir said...

InsyAllah selagi hati kita sentiasa mengingati Allah, kita kan berasa nikmati yang diberi-Nya..

Nurfaezah Abdullah said...

a good entri :) *termenung sjnk*

nur naa'irah said...

abdul munir : in shaa ALLAH..
nurfaezah : alhamdulillah..

thanks sudi singgah + komen

D'ya D'ana said...

trimas akk,, sgat mndalam, :)

nur naa'irah said...

d'ya : sama..:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ILMU MILIK ALLAH

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang belajar ilmu agama yang seharusnya untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t. tiba-tiba dipelajarinya hanya untuk mencapai tujuan dunia, maka dia tidak akan dapat bau syurga pada hari kiamat" (Riwayat Al-Nasai dari Abu Hurairah r.a.)

SAIDINA ALI BIN ABI TALIB

Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.
 
Full design and Custom Blog Design by jiakreatifelt.com