Wednesday, October 2, 2013

SEMALAM ADALAH KENANGAN





Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…2nd entry after raya. Alhamdulillah Allah masih bagi kita kesihatan yg baik untuk kita trus beribadat padaNYA…Setiap kesakitan yg kita alami adalah satu ujian yg ringan bagi kita. Apapun, ALHAMDULILLAH dlm apajua pun kita Allah masih lagi ingat kita. Alhamdulillah..

SEMALAM ADALAH KENANGAN…sesaat yg lepas pun dah jd satu kenangan dalam kehidupan..kan, tol x???

Setiap masa yg berlalu tak mungkin dpt di patah balik, dapat diputarkan kembali melainkan dengan kuasa Allah. Tapi bila kita fikir kembali, renung kembali hari2 yg lepas, mesti ada penyesalan wpun sedikit yg akn terdetik dlm hati kita kan????tol tak sahabat???..:-)….penyesalan itu hanyalah sia2 kalau kita hanya jadikan ia satu renungan tetapi penyesalan itu akan lebih bermakna kalau kita jadikan ia satu semangat untuk terus perbaiki diri kita. In shaa Alllah.

Bila di renung. Ya Allah begitu banyak dosa2 yang telah dilakukan, tak terkira. Terdetik dalam hati “sempatkah aku untuk bertaubat padaMU Ya Allah??? Sempatkah aku untuk tebus segala dosa2 ku Ya Allah.????”

Bukan senang untuk berubah tapi laaaaagi susah sekiranya kita takut untuk berubah..
Wpun perubahan yg kita usahakan itu tdk memberi impak yg besar, xmengapa ttp biarlah berterusan wpun sedikit demi sedikit. Jangan takut kalau kita lambat malah takutlah kalau kita pantas ttp berada di tmpat yg sama.

Pepatah melayu pun ada mengatakan ‘sedikit2 lama2 jadi bukit’..So, tak mustahil tuk kita berubah dari tak baik jadi baik, dari baik jadi lebih baik, dari lebih baik jadi lebih2 baik akn mengambil masa yg agak lama. Allah itu Maha Adil, Maha Mengetahui..Sesungguhnya DIA akn membantu kita sekiranya kita ikhlas dalam melakukan apa2 kearah yg lebih baik. In shaa Allah.

Setiap org tdk akan terlepas dr melakukan kesilapan kecil mahupun besar ttp Allah itu Maha Pengampun. Tanpa kesilapan yg kita lakukan maybe kita tdk akan sedar mana klemahan kita. Maybe kita juga sukar untuk bersyukur pada Allah. Kita akan alpha, lalai, lagha..na’uzubillah..

Opssss, terpanjang lak sy membebel...sorry ye..Thanks sahabat yg sudi baca dan share pendapat,komen kat entry/blog yg xseberapa ni..maybe penulisan membosankan…sila beri tunjuk ajar…-J

Entry ni sy tuju tuk diri sy sndiri dan mrupakan tabiat yg tak pernah brubah tuk sy remind dan advise diri sndiri dgn cara camni agr sy tdk bertrusan dgn sikap sy yg serba kekurangan/teruk di mata manusia apatah lagi di sisi Allah…

Sekiranya entry ni dpt memberi kesan pd sahabat y lain, Alhamdulillah..Allah masih syg kita sbb membuka pintu hati kita utk mlakukan kebaikan, prubahan wpun dgn hanya sepatah perkataan..

Wassalam…J


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ILMU MILIK ALLAH

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang belajar ilmu agama yang seharusnya untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t. tiba-tiba dipelajarinya hanya untuk mencapai tujuan dunia, maka dia tidak akan dapat bau syurga pada hari kiamat" (Riwayat Al-Nasai dari Abu Hurairah r.a.)

SAIDINA ALI BIN ABI TALIB

Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.

 
Full design and Custom Blog Design by jiakreatifelt.com