RIAK
Hati???Ikhlas?Sama2
kita muhasabah diri kita,ikhlaskah kita dalam setiap perkara yang kita buat??Ada
juga yang melakukan sesuatu demi mendapat pujian dari masyarakat sekeliling dengan
kata lain riak or menunjuk2...minta jauh dari kita semua
Rasulullah SAW dalam sabda bermaksud:
"Sesungguhnya
yang paling aku takut menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil).
Sahabat bertanya: "Apakah syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak."
(Hadis
riwayat Imam Ahmad)
Baginda SAW bersabda yang bermaksud:
"Mahukah
kalian aku beritahu sesuatu yang lebih aku takutkan daripada Dajal? Kami katakan:
Tentu. Baginda bersabda: Riak, syirik yang tersembunyi iaitu apabila seseorang
mengerjakan solat lalu dia menyempurnakan solatnya apabila mengetahui seseorang
memandangnya."
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Rasa2nya semua orang tahu apa itu
riak…sebut je riak pasti akan terlintas melakukan sesuatu untuk mendapat pujian
dan yang paling jelas menunjuk2..
Orang lain tidak akan tahu jika kita
riak sekalipun dan kita juga sama sekali tidak boleh mengatakan orang lain itu
riak kerana riak datangnya di dalam hati yang menjadi rahsia Allah yang tidak
diketahui oleh sesiapan pun.
Mesti ada yang tertanya2 camne kita
nak tahu kita sedang riak atau tidak..Senang jawapannya,selidik apa respond
hati kita bila kita menerima pelbagai pujian atas kejayaan kita,ketika kita menerima
anugerah atas kemenangan kita..Masa itu apa kita rasa..suka ka??Bangga
ka??Jadi,hati2 lah kerana bangga itu
adalah permulaan yang cukup bahaya untuk kita terus jatuh ke alam riak..na’uzubillah..
Bukan senang untuk kita mengikhlaskan
setiap apa yg kita buat apatah lagi perasaan riak lebih2 lagi bila kita
diperkenalkan kepada semua orang atas apa yang kita perolehi..Tapi pernah tak
kita terfikir “apa yang aku dapat kalau aku bangga/riak sekalipun dengan apa
yang aku dapat sedangkan ini adalah dunia semata2.”..tapi “macam mana pula aku
nak jauhi riak dari hati aku?”..jawapannya:
Cara yang terbaik untuk
menjauhi/mengelak diri kita dari riak…ucaplah,subhanallah..sesunggunnya apa
yang kita perolehi adalah milik Allah yang hakiki dan kita hanya di beri pinjam
oleh Allah SWT..
Ibadah
orang yang riak akan di tolak serta tiada nilai di sisi Allah..
Nabi saw. bersabda yang maksudnya:
“Sesiapa
sum'ah (menceritakan amalnya), maka Allah akan menceritakan aibnya dan sesiapa
beramal kerana riak maka Allah akan membuka niatnya di hadapan manusia pada
hari kiamat kelak.”
(Hadis
sahih riwayat Bukhari dan Muslim)
Firman Allah
"Maka
celakalah bagi orang-orang yang solat,(iaitu) orang-orang yang lalai dari
solatnya. Mereka yang mengerjakan kebaikan dengan riak."
(Al Ma’un
: 4 – 6)
Kata Imam Al-Ghazali:”riak adalah
mencari kedudukan pada hati manusia dengan memperlihatkan kepada mereka hal
kebajikan. Manakala,Imam Habib Abdullah Haddad pula berpendapat, riak ialah
menuntut kedudukan atau minta dihormati orang ramai dengan amalan yang
ditujukan untuk akhirat.
Rasulullah SAW. bersabda,
"Sesungguhnya
Allah tidak akan menerima amal kecuali amal yang dilaksanakan dengan ikhlas dan
dilakukan semata-mata untuk mengharap redha Allah. “
(HR Abu
Daud dan An-Nasa’i)
Jika virus riak di biarkan
terus bermaharajalela dalam hati kita, lama kelamaan akan menghancurkan
kemurnian akidah, keluruhan akhlak dan kesempurnaan amal Islam.
Tidak terlepas juga,ada yang melakukan amalan kebajikan atau ibadat
untuk menunjuk2..Mereka itu melakukan perkara itu kerana atas dorongan hawa nafsu yang sentiasa
berusaha memesongkan mereka yang lemah imannya.
Namun,
terdapat beberapa perbuatan yang kita tak sedar, ia adalah riak sebenarnya.
Contohnya…
1. Kita tidak mahu
menderma di depan orang kerana TAKUT ORANG KATA kita nak menunjuk2.
2. Kita sering solat sunat (dhuha misalnya) tapi satu hari kawan kita datang dan kita tinggalkan solat sebab TAKUT KAWAN KATA kita alim sangat.
3. Kita nak cerita kebaikan kita tapi ayatnya “AKU BUKAN NAK RIAK” supaya ORANG yang dengar INGAT yang kita ni memang baik.
2. Kita sering solat sunat (dhuha misalnya) tapi satu hari kawan kita datang dan kita tinggalkan solat sebab TAKUT KAWAN KATA kita alim sangat.
3. Kita nak cerita kebaikan kita tapi ayatnya “AKU BUKAN NAK RIAK” supaya ORANG yang dengar INGAT yang kita ni memang baik.
Jom
kita sama2 jauhi sifat riak dan jangan sama sekali kita installing riak dalam diri kita..apatah lagi hati kita..isyaAllah..
1 comment:
Playtech - New Zealand's #1 supplier of gaming equipment
Playtech, an innovator of software and services for 바카라 사이트 online gaming herzamanindir and 토토 iGaming products, 바카라 사이트 have 1xbet login partnered with supplier Casino.
Post a Comment