Assalamualaikum…semoga
sahabat2 saya yang dikasihi Allah semoga sentiasa berada dalam keadaan yang
baik2..insyaAllah,Amin..
KETENANGAN…Subhanallah..tiada
harga..tiada tandingannya…tidak juga dapat di beli di mana2 kedai seluruh dunia
sekalipun melainkan hanya di hadiahkan oleh Allah Yang Maha Pemurah..Akhlak
kita dengan Allah amat penting..
Semalam saya
sempat pergi tazkirah antara maghrib isyak yang di sampaikan oleh ustazah
kamariah. Seorang pensyarah UiTM. Ustazah menceritakan akhlak kita dengan
Allah. Kalau kita menjaga akhlak sebaik
mungkin insyaAllah ketenangan itu akan kita dapat..saya nak kongsi sedikit apa
yang ustazah sampaikan..:-)
Ketenangan itu
akan datang sekiranya kita redha dengan apa yang kita ada..kita sentiasa jaga
hubungan dengan Allah. Ada seorang sahabat bertanya.
“bersyukur
dengan apa yang kita ada,macam mana pula dengan apa yang kita dapat pada masa
akan datang?maksudnya kita tak perlu usaha utk hari esok?..”
Kata ustazah..”maksud
bersyukur dengan apa yang kita ada ialah kita bersyukur dengan apa yang kita
dapat,perolehi, ada sekarang. Dan tidak bermaksud kita tak perlu terus berusaha
yang terbaik. Usaha yang terbaik mesti kita teruskan. Setelah kita dapat apa
yang kita usaha, kita bersyukur. Tetapi jangan kita berakhlak dengan Allah
dengan cara kita tidak berpuas hati dengan apa yang kita dapat. Dengan apa yang
Allah bagi kita pertikaikan…kerana dengan berakhlak camni hati kita akan sentiasa
rasa tidak tenang, perasaan hasad dengki….”..camnilah lebih kurang apa yang
ustazah huraikan..:-)
Antara ontoh2 akhlak yang ustazah sampaikan
adalah:
1.
Kita gembira dengan kesusahan kawan2 kita.
2.
Kita pertikai dengan apa yang Allah SWT bagi.
3.
Tidak bersyukur dan tidak pernah rasa cukup.
4.
Beribadah pada Allah
5.
Taat akan perintahnya
Atau sahabat2
boleh refer di link ni http://addienblog.blogspot.com/2011/11/akhlak-seorang-muslim-kepada-allah-swt.html
akhlak2 muslim terhadap Allah..
Setelah dengar
apa yang ustazah sampaikan..saya muhasabah diri..rupanya banyak akhlak tidak
elok saya terhadap Allah SWT..Ya Allah terima kasih kerana Engkau telah memberi
kesedaran dalam diri ku sebelum aku terus lalai..Ya Allah, ampunilah segala
dosa2 ku mahupun dosa yang aku ketahui atau hanya Engkau sahaja yang
ketahui..amin..
Sama2 kita
muhasabah diri hanya beberapa minit..
“ Yang paling memberatkan mizan (timbangan)
pada hari kiamat adalah
akhlak yang baik.” (HR. Ahmad)
Terima kasih
sahabat sudi luangkan masa membaca kongsian ilmu yang tidak seberapa ni..wassalam..:-)
2 comments:
abah nabila cakap,kalau kita tak bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang,sampai bila pun kita takkan puas dengan nikmat yang Allah bagi.Kita sentiasa nak lebih. ;)
*maaf kalau ayat nabila berbelit. haha.
salam..betol 2..:-)...selagi tu lah kita ase dengki dgn kelebihan org lain..na'uzubillah..
Post a Comment