Allah adalah satu2nya Penolong..
Jadikanlah " Hasbunallah wa ni'mal wakil" syiar dan semboyan yang selalu menyelimuti langkah hidup kita. Manusia tidak akan mampu melawan setiap bencana, manakhluki setiap derita, dan mencegah setiap malapetaka dengan kekuatannya sendiri. Ini adalah kerana manusia diciptakan sebagai makhluk yang sangat lemah. Mereka hanya akan mampu menghadapi semua itu dengan baik apabila mereka bertawakkal kepada Tuhannya, percaya sepenuhnya kepada Perlindungannya, dan menyerahkan semua perkara kepadaNYA maka ia akan memperolehi kekuatan.
....cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung. Maka mereka dengan ni'mat dan kurnia (yang besar dari) Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keredhaan Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar. (Ali-'Imran : 173 - 174)
*****************************************
Biasakan mengucapkan "Ya Dzal Jalali wal Ikram"Disebutkan dalam sebuah riwayat shahih dari Rasulullah SAW, bahawa baginda bersabda : biasakan melafazkan "Ya Dzal Jalali wal Ikram" (Wahai Tuhan yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan)Maksud drpd hadith ini adalah agar kita membiasakan dan memperbykkan mengucap lafaz tersebut. Ucapan yang serupa dan memiliki nilai yang lebih besar adalah "Ya Hayyu Ya Qayyum" (Wahai Dzat Yang Maha Hidup Dan Yang Terus Menerus mngurus makhlukNYA)
>rujukan : BUKU LA TAHZAN (JGN BERSEDIH)
2 comments:
kawan nabila ada buku "Don' be sad". tak sure sama or tak,tapi bermanfaat. ;)
salam nabila..:)..sgt bermanfaat..buku ni saya baca da 4 tahun..time sy down SPM buku byk bg sy semangat dgn izin ALLAH..smpai skunk sy masih lg simpan buku ni..:)..
Post a Comment