Sunday, November 4, 2012

HADIAH DARI ALLAH S.W.T



“Aku bersyukur padaMu..Ya Allah janganlah Engkau menarik balik hidayah yang telah Engkau berikan padaku..Dan janganlah Engkau menutupi pintu hatiku untuk aku terus menerima petunjuk hidayah dariMU..Bimbinglah aku pada jalan yang benar..temuilah aku dengan orang2 yang boleh membimbingku pada jalanMu Ya Allah..Aku bersyukur sangat dengan apa yang aku miliki..Terima kasih Ya Allah..”
Subhanallah..syukur yang tidak terhingga setiap  kali Allah memberi apa yang kita perlukan. Walaupun kita sentiasa merungut Allah tidak pernah bagi apa yang kita minta tetapi Allah Maha Mengetahui yang sentiasa memberi apa yang kita perlu tepat pada masanye..apa lagi yang kita perlu merungut..Jauhilah kami dari sifat yang sentiasa tidak berpuas hati..na’uzubillah..

Sem ni aku cukup bersyukur…hanya Allah sahaja yang tahu betapa rasa bersyukurnya Aku padaNYA. Aku di berikan roommate2 yang cukup2 ok..baik..walau kadang kala diorang usik aku tapi usikan diorang tidak pernah aku ambil serius malah aku sentiasa renung setiap kali usikan mereka..mana tahu kot2 ada maksud tersirat..yang dapat perbetulkan diri kita..hehe...tidak pernah sekali pun diorang mengajak aku pada perkara2 yang melalaikan malah diorang sentiasa mengajak aku melakukan perubahan kearah yang lebih baik walaupun dalam keadaan diorang bergurau..diorang sangat baik tidak pernah memaksa tapi dengan kelembutan, hanya dengan sedikit gurauan diorang dapat membawa aku kearah kabaikan walaupun perubahan yang tidak banyak tetapi aku tidak lalai dengan melihat perlakuan mereka. …Perlakuan mereka yang sentiasa mengajak aku untuk terus menerus melakukan kebaikan..perubahan...sedikit demi sedikiat untuk terus rapatkan hubungan aku dengan Allah..Hari ke hari mengajar aku erti kebaikan sehingga aku rindu untuk terus berdating dengan Allah walaupun sekejap.. Kadang2 secara tidak langsung kelakuan mereka menyebabkan aku sentiasa berfikir perkara2 yang boleh meninsafkan diri aku ..Tetapi bila difikirkan semula, aku takut adakah Allah akan menghantar lagi hambaNYA seperti ini dalam hidupku untuk terus mengingatiku padaNYA agar aku sentiasa berwaspada dengan dunia.

Setiap kali aku fikir, aku akan teringat zaman persekolahan dulu. Masa tu kawan2 aku cukup baik..tazkirah di jadikan rutin harian..setiap malam selepas solat maghraib pasti aku di suap dengan tazkirah2nya..aku rasa tenang..



Tetiba sedih lak…hihihi..da lah..cukup setakat ni..panjang lak membebel..oppsss…sebelum wassalam..terima kasih byk2 buat roommate2 ku ..akak aini, hamisah dan ani…(heheee..sorry mention nama korang tanpa permission)..

Wassalam..terima kasih pada sahabat saya yang sentiasa dikasihi Allah coz sudi luangkan masa tuk singgah di blog saya..:-)

2 comments:

nabila said...

itu baru nama sahabatkan kan akak?
:D

Unknown said...

ye..sahabat yang senitiasa berusaha untuk bawa kita ke syurga di akhirat sana..insyaAllah..:-)..shabat yang sentiasa mencari jalan yang terbaik..inilah anugerah,hadiah dari Allah..Allah itu Maha Esa..:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ILMU MILIK ALLAH

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang belajar ilmu agama yang seharusnya untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t. tiba-tiba dipelajarinya hanya untuk mencapai tujuan dunia, maka dia tidak akan dapat bau syurga pada hari kiamat" (Riwayat Al-Nasai dari Abu Hurairah r.a.)

SAIDINA ALI BIN ABI TALIB

Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.

 
Full design and Custom Blog Design by jiakreatifelt.com