“Aku bersyukur padaMu..Ya Allah
janganlah Engkau menarik balik hidayah yang telah Engkau berikan padaku..Dan
janganlah Engkau menutupi pintu hatiku untuk aku terus menerima petunjuk
hidayah dariMU..Bimbinglah aku pada jalan yang benar..temuilah aku dengan
orang2 yang boleh membimbingku pada jalanMu Ya Allah..Aku bersyukur sangat
dengan apa yang aku miliki..Terima kasih Ya Allah..”
Subhanallah..syukur yang tidak
terhingga setiap kali Allah memberi apa
yang kita perlukan. Walaupun kita sentiasa merungut Allah tidak pernah bagi apa
yang kita minta tetapi Allah Maha Mengetahui yang sentiasa memberi apa yang
kita perlu tepat pada masanye..apa lagi yang kita perlu merungut..Jauhilah kami
dari sifat yang sentiasa tidak berpuas hati..na’uzubillah..
Sem ni aku cukup bersyukur…hanya
Allah sahaja yang tahu betapa rasa bersyukurnya Aku padaNYA. Aku di berikan
roommate2 yang cukup2 ok..baik..walau kadang kala diorang usik aku tapi usikan
diorang tidak pernah aku ambil serius malah aku sentiasa renung setiap kali
usikan mereka..mana tahu kot2 ada maksud tersirat..yang dapat perbetulkan diri
kita..hehe...tidak pernah sekali pun diorang mengajak aku pada perkara2 yang
melalaikan malah diorang sentiasa mengajak aku melakukan perubahan kearah yang
lebih baik walaupun dalam keadaan diorang bergurau..diorang sangat baik tidak
pernah memaksa tapi dengan kelembutan, hanya dengan sedikit gurauan diorang
dapat membawa aku kearah kabaikan walaupun perubahan yang tidak banyak tetapi
aku tidak lalai dengan melihat perlakuan mereka. …Perlakuan mereka yang
sentiasa mengajak aku untuk terus menerus melakukan kebaikan..perubahan...sedikit
demi sedikiat untuk terus rapatkan hubungan aku dengan Allah..Hari ke hari
mengajar aku erti kebaikan sehingga aku rindu untuk terus berdating dengan Allah
walaupun sekejap.. Kadang2 secara tidak langsung kelakuan mereka menyebabkan
aku sentiasa berfikir perkara2 yang boleh meninsafkan diri aku ..Tetapi bila
difikirkan semula, aku takut adakah Allah akan menghantar lagi hambaNYA seperti
ini dalam hidupku untuk terus mengingatiku padaNYA agar aku sentiasa berwaspada
dengan dunia.
Setiap kali aku fikir, aku akan
teringat zaman persekolahan dulu. Masa tu kawan2 aku cukup baik..tazkirah di
jadikan rutin harian..setiap malam selepas solat maghraib pasti aku di suap
dengan tazkirah2nya..aku rasa tenang..
Tetiba sedih lak…hihihi..da
lah..cukup setakat ni..panjang lak membebel..oppsss…sebelum wassalam..terima
kasih byk2 buat roommate2 ku ..akak aini, hamisah dan ani…(heheee..sorry
mention nama korang tanpa permission)..
Wassalam..terima kasih pada
sahabat saya yang sentiasa dikasihi Allah coz sudi luangkan masa tuk singgah di
blog saya..:-)
2 comments:
itu baru nama sahabatkan kan akak?
:D
ye..sahabat yang senitiasa berusaha untuk bawa kita ke syurga di akhirat sana..insyaAllah..:-)..shabat yang sentiasa mencari jalan yang terbaik..inilah anugerah,hadiah dari Allah..Allah itu Maha Esa..:-)
Post a Comment