Friday, November 23, 2012

AMALAN SELEPAS SOLAT

Assalamu'alaikum sahabat yang dikasihi Allah..:)


Banyak ayat2 al-Quran yang disunatkan insan yang menunaikan solat supaya membacanya selepas solat. Antaranya ialah ayat Kursi. 


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud.."sesiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selepas solat maka dia akan berada di bawah perlindungan Allah sehingga ke solat yang lain"

Antara zikir ang di sunatkan selepas solat ialah tasbih, tahmid, dan takbir sebanyak 33 kali disudahi dgn penutupnya..(laa ila haillahuwahdahu lasyarikalah. lahulmulkuwalahulhamdu yuhyi wa yumiit.wahua 'ala kullisyai iin kadir..)

Sabda baginda yang bermaksud:
" Sesiapa yang bertasbih mensucikan Allah setiap kalai selepas solat 33 kali mengucapkan tahmid memuji Allah 33 kali dan takbir membesarkan Allah 33 kali yang jumlahnya 99 kali, kemudian berkata untuk melengkapkan 100 kali (laa ila haillahuwahdahu lasyarikalah. lahulmulkuwalahulhamdu yuhyi wa yumiit.wahua 'ala kullisyai iin kadir)




Maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak biuh di lautan

>RUJUKAN : mari memahami & menghayati bacaan solat(HASAN KASAN)<

Terima kasih sudi luang masa..sebagai ingatan diri saya sndri..:)..Wassalam

Friday, November 16, 2012

GAZA KETIKA PEPERANGAN

assalamualaikum.....

Aku Stress Giler: Sadis : Keadaan Sekitar Gaza Semasa Peperangan Pad...: Keadaan Sekitar Gaza Semasa Peperangan Pada 15 Nov 2012. Apa yang berlaku di Genting Gaza memang menyedihkan dan semoga Israel boleh hent...


ANDA JUGA BOLEH VISIT LINK DI BWH NI 

(COPY AND PASTE THIS LINK AT GOOGLE UTK VISIT)
http://rizwanewan.blogspot.com/2012/11/keajaiban-dalam-peperangan-di-gaza.html

Terima kasih sahabat sudi luang masa..wassalam

Thursday, November 15, 2012

RINGANKAN LIDAHMU, LATIH HATIMU, BIASAKAN DIRIMU


Allah adalah satu2nya Penolong..
Jadikanlah " Hasbunallah wa ni'mal wakil" syiar dan semboyan yang selalu menyelimuti langkah hidup kita. Manusia tidak akan mampu melawan setiap bencana, manakhluki setiap derita, dan mencegah setiap malapetaka dengan kekuatannya sendiri. Ini adalah kerana manusia diciptakan sebagai makhluk yang sangat lemah. Mereka hanya akan mampu menghadapi semua itu dengan baik apabila mereka bertawakkal kepada Tuhannya, percaya sepenuhnya kepada Perlindungannya, dan menyerahkan semua perkara kepadaNYA maka ia akan memperolehi kekuatan.


....cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung. Maka mereka dengan ni'mat dan kurnia (yang besar dari) Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keredhaan Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar. (Ali-'Imran : 173 - 174)


                                                  *****************************************


Biasakan mengucapkan "Ya Dzal Jalali wal Ikram"Disebutkan dalam sebuah riwayat shahih dari Rasulullah SAW, bahawa baginda bersabda : biasakan melafazkan "Ya Dzal Jalali wal Ikram" (Wahai Tuhan yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan)Maksud drpd hadith ini adalah agar kita membiasakan dan memperbykkan mengucap lafaz tersebut. Ucapan yang serupa dan memiliki nilai yang lebih besar adalah "Ya Hayyu Ya Qayyum" (Wahai Dzat Yang Maha Hidup Dan Yang Terus Menerus mngurus makhlukNYA)

>rujukan : BUKU LA TAHZAN (JGN  BERSEDIH)

Begitu indah ketika kita memuji Allah..Sama2 kita latih diri kita untuk ringan lidah kita memuji Allah..bukan sahaja pujian/ucapan di atas..:-)..biasakan diri kita sendiri(utk mengingati diri saya sendiri)...


Terima kasih sahabat yang sudi singgah blog saya dan baca entry saya..sama2 kita kongsi ilmu Allah selagi tdk bercanggah dgn syariat..selagi pd jln yg Benar..insyaAllah..Wassalam..


KEINSAFAN

video

Ya Allah, jadikanlah kami hambaMU yg bertaqwa padaMU..hambaMU yg sentiasa berada pada jln yg benar..hambaMU yang sentiasa memunasabah diri..yg sentiasa berusaha mendekatkan diri pada MU..Jauhi kami dari kelalaian dunia..


Ya Allah tempat kanlah mereka yg telah meninggalkan duniaMU dalam kalangan org2 yg soleh dan solehah..


sama2 kita renung sekejap..
terima kasih sahabat saya yang sudi singgah dan kongsi dengan sahabat2 lain..:-)

Wednesday, November 14, 2012

MAAL HIJRAH

Assalamualaikum sahabat saya yang di kasihi Allah..semoga hari ini lebih baik dr hr sebelumnya,insyaAllah..

Bila tiba 1 muharam/ maal hijrah..mesti tersenyum sorang2kan..yerlah terigt nostalgia zaman kanak2..time sek dulu2 mesti sambut meriahnye lah..heehe..pegang sepanduk..pusing satu sek..

:-)..Syukur Alhamdulillah Allah masih bagi kesempatan pd kita untuk teruskan berjihad pada jalan Allah untuk terus mencari keredhaaNYA dan untuk terus melakukan penghijrahan dari xbaik menjadi baik..dari baik menjadi lagi baik..untuk menjadi seorg hamba yang BERTAQWA..insyaAllah..bila di kenang..menitis air mata..Allah itu Maha Agung..sedih bila terkenang dosa2 yg telah kita lakukan..begitu lemahnya iman kita..di sentuh oleh syaitan sedikit kita terus jatuh..terumbang ambing dgn dosa..perkara yg melalaikan kita..mnjauhkan kita pada Allah...na'uzubillah..

Penghijrahan ini tdk semestinya pd 1 muharam sahaja..ttp cubalah sedaya upaya untuk kita terus hijrah dari hari ke hari..spy kita sentiasa igt dr mana dtgnya kita dan ke mana kembalinya kita pada masa yg telah di tetapkan oleh ALLAH...walaupun tdk byk at least ada sedikit penghijrahan dalamdiri kita pom da di kira ok..alhamdulillah..perubahan yg perlahan ttp berterusan jauh lebih baik dari perubahan yg cepat tapi sekejap...sama kita muhasabah..:-)

Sahabat2 saya boleh juga klik link ini http://www.perisik-rakyat.com/2008/12/pengajaran-di-sebalik-hijrah-rasulullah.html untuk baca/tahu lebih lanjut tentang pengajaran penghijrahan Rasulullah..


Oppsss..lom habis g..jom dgr lagu japppp je..:-)..kalau xnk klik pom xpe..hehe..terima kasih sudi singgah dan baca entry blog saya.



Tuesday, November 13, 2012

DI MANA CINTA-MU





Petikan hadis riwayat Bukhari & Muslim:

"..Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.."




Assalamualaikum sahabat yang di kasihi Allah..

…………”suatu petang sahabat saya (si gadis) khusyuk dengan laptopnya..saya tak plak tanya or bz body..hehehe..masing2 ada privatenye…saya biarkan..saya tahu if dia ada problem sayalah tempat dia cari untuk luahkan..ketika sedang khusyuk berdoa..tetiba dia menangis teresak2……….......saya terkejut…kenapa sahabat yang saya kenal begitu cekal orangnya, tabah dalam hadapi apa jua masalah boleh nangis….masih lagi disejadah sesudah sujud pada Yang Maha Esa..saya peluk erat dirinya..kemudian sahabat saya bercerita…………………………”… jom kita sama2 ikuti cerita pendek di bawah

                        …………………*******************************************************…………………

Gadis ini tidak pernah bercinta sebab dia sentiasa igt pesan ibunya..sentiasa takut pada Allah..suatu hari seorang jejaka meluahkan isi hatinya setelah sekian lama di pendam..kebetulan si gadis ini ada hati pada jejaka ni kerana sikapnya yang sentiasa jg hubungan social..(senior2 si gadis pom gtau perangai si jejaka yang di gilai ramai perempuan..jejaka yang sentiasa jaga hubungan dengan Allah)..beberapa tahun kemudian….dengan ambil masa yang agak lama untuk si gadis buat keputusan, akhirnya dia menerima jejaka ni sebagai buah hatinya..kemudian mereka ‘bercouple’ tapi yang agak menariknya mereka ni cinta jarak jauh…diorang hanya contact melalui telefon dan internet sahaja..tapi si gadis ni kerap kali usaha untuk wujud cinta tanpa membawa mereka pada dosa seperti msg tanpa urusan apatah lg call..jauh sekali..jumpa setahun sekali itupun bertemankan kawan2 yang lain..pada masa yang sama si gadis takut apa yang telah dia lalui..iaitu bercinta sebelum halal..nak di pendekkan cerita..si gadis minta untuk tidak lagi di gelar pasangan kekasih sebab jejaka ini ada taman dalam hatinya untuk perempuan lain(yang dikenali dahulu sebelum jejaka meluahkan isi hatinya pada si gadis) ..pengakuan lelaki ini, dia tidak dpt lupakan perempuan lain itu..setelah si gadis befikir..dia buat keputusan untuk tidak ada apa2 hubungan dengan si jejaka melainkan saudara sesama Islam..hati si gadis ini cukup kuat.. si gadis dapat tahu melalui alam maya…dengan penuh yakin si gadis terasa ingin selidik jejaka ini melalui laman sesawang..apa yang famous 2..FB ea??hehe..a’ah FB..si gadis dapat tahu dari situlah..si gadis tidaklah menuduh tapi si gadis minta penjelasan dengan baik daripada si jejaka..rupanya ini yang Allah hendak tunjuk..tidak mustahil perkara ini akan berlaku apabila berkahwin nanti…setelah itu si gadis tidak lagi fikirkan ‘cinta sebelum kawin’..si gadis penuhkan cinta terhadap cinta ALLAH..hati si gadis tenang setelah dia lepaskan dan terima apa yang berlaku dengan hati yang ikhlas...setelah itu si gadis tidak lagi contact dengan si jejaka ini..TAPI…nak tahu apa yang berlaku pada si gadis itu sekarang??????kita baca sedikit je lagi cerita si gadis ini ye..:-)
                                                                                #######

Aikkk..tetiba ade plak jejaka lain yang ingin merisik dia setelah si gadis membawa diri ke Negara orang..tapi hati si gadis kali ini cukup keras..dia tetap dengan pendiriannya untuk terus focus pada cintaNYA..tdk mahu lagi fikir ‘cinta sebelum kawin’..tapi dengan kuasa Allah, si gadis take a long time untuk terima lamaran jejaka ini yang sungguh sopan lamarannya (setelah di siasat perangainya,socialnya,hbungan dgn Allah)..tidak terlalu berterus terang tapi penuh dengan kata2 islamik..akhlak si jejaka yang memikat hati si gadis..si jejaka yang baik akhlaknya.. jumpa sama sekali tidak..contact bila perlu sahaja..tapi hati si gadis tidak terlalu berharap pada si jejaka ini kerana semuanya gadis ini berserah pada ALLAH hubungan mereka. Sekiranya ada jodoh adalah dan sebaliknya..nak di pendekkan cerita (saya tahu sahabat saya tidak cukup waktu untuk baca penulisan yang panjang..:-)…)..dengan kejadian yang sama..hati si gadis cukup kuat berkata ingin selidik jejaka ini..si gadis usaha sedaya upaya untuk tidak mengambil kisah sebab si jejaka ada mengatakan dia sudah lupa apa yang berlaku dulu dan tidak lagi contact..tapi seakan2 ada something yang akan si gadis ini ketahui yang tidak pernah di beritahu oleh si jejaka ni..begitu laju tindakan si gadis..rupanya si jejaka ini masih lagi simpan perasaan sayangnya pada perempuan yang dia sayangi sebelum berjumpa dengan si gadis ini..si gadis menangis bukan kerana cinta itu buta tetapi kerana si gadis rasa bersalah..adakah si gadis jadi penghalang cinta mereka..si jejaka banyak mengubah si gadis untuk terus menjadi wanita solehah…si gadis cukup sedih atas apa yang berlaku..macam mana si gadis selidik dapat tahu..biarlah Allah sahaja yang tahu……………………………………

                              ……………….*********************************************************……………….

…beginilah kisah yang dia hadapi…dua kali perkara yang sama berlaku pada dirinya..maybe ini adalah ujian untuknya atau maybe ada kesalahan yang dia pernah lakukan pada hari terkemudian..
Katanya sambil menangis..”Ya Allah sekiranya dulu itu adalah petunjuk yang Engkau berikan pada aku untuk aku jauhi perkara yang boleh membawa aku pada jalan yang berdosa aku bersyukur padaMu ya Allah tapi aku telah melakukan perkara yang sama kali keduanya..Aku mohon ampun ya Allah..Ampunilah dosa2 ku..sekiranya ini adalah petunjuk yang Engkau berikan padaku buat kali keduanya..aku sujud syukur padaMu..aku bersyukur tak terhingga..ya Allah Engkau bantuilah aku untuk lalui semua ini..aku redha  atas apa yang telah Engkau tetapkan padaku..”..saya sebak dengar luahan sahabat saya..inilah kali pertama saya melihat sahabat saya menangis hadapi masalah..

Saya sentiasa support dia..saya rindu pada sahabat saya..sekarang sahabat saya teguh membawa diri mencari cinta ALLAH..tetapi yang menjadi masalah pada dia, sahabat saya tidak membuat apa2 keputusan terhadap hubungan dia dan si jejaka itu..dia hanya membawa diri dan cuba untuk menjauhi dirinya dgn si jejaka agar si jejaka dapat lupakan apa yang berlaku antara si gadis&si jejaka..

Saya ingat lagi kata2 yang terakhir sahabat saya luahkan pada saya..”saya lebih tenang lalui hidup saya tanpa cinta manusia yang bertakhta di hati saya selagi ianya tidak HALAL..saya senang dan tenang lalui hidup saya dengan mengejar cinta Allah..”..

Cinta manusia sebelum halal atau lebih di kenali couple…cinta ini semua bohong..lakonan semata2..cinta yang tidak pernah bagi bahagia pada kita..cinta yang tidak pernah hakiki..cinta yang hanya bawa kita pada kelalaian pada Allah..BENCI CINTA sebegini....kini saya sedar, cinta itu hanya lakonan semata2..cinta itu lebih indah sekiranya di iringi dengan HALAL dan KEREDHAAN Allah.

Salam rindu buat sahabat..wa’salam..terima kasih sudi baca..pendapat atau kritikan sahabat yang sudi singgah di blog saya amat2 di alukan..:-)

Thursday, November 8, 2012

AKHLAK_KETENANGAN



Assalamualaikum…semoga sahabat2 saya yang dikasihi Allah semoga sentiasa berada dalam keadaan yang baik2..insyaAllah,Amin..

KETENANGAN…Subhanallah..tiada harga..tiada tandingannya…tidak juga dapat di beli di mana2 kedai seluruh dunia sekalipun melainkan hanya di hadiahkan oleh Allah Yang Maha Pemurah..Akhlak kita dengan Allah amat penting..

Semalam saya sempat pergi tazkirah antara maghrib isyak yang di sampaikan oleh ustazah kamariah. Seorang pensyarah UiTM. Ustazah menceritakan akhlak kita dengan Allah.  Kalau kita menjaga akhlak sebaik mungkin insyaAllah ketenangan itu akan kita dapat..saya nak kongsi sedikit apa yang ustazah sampaikan..:-)

Ketenangan itu akan datang sekiranya kita redha dengan apa yang kita ada..kita sentiasa jaga hubungan dengan Allah. Ada seorang sahabat bertanya.
“bersyukur dengan apa yang kita ada,macam mana pula dengan apa yang kita dapat pada masa akan datang?maksudnya kita tak perlu usaha utk hari esok?..”

Kata ustazah..”maksud bersyukur dengan apa yang kita ada ialah kita bersyukur dengan apa yang kita dapat,perolehi, ada sekarang. Dan tidak bermaksud kita tak perlu terus berusaha yang terbaik. Usaha yang terbaik mesti kita teruskan. Setelah kita dapat apa yang kita usaha, kita bersyukur. Tetapi jangan kita berakhlak dengan Allah dengan cara kita tidak berpuas hati dengan apa yang kita dapat. Dengan apa yang Allah bagi kita pertikaikan…kerana dengan berakhlak camni hati kita akan sentiasa rasa tidak tenang, perasaan hasad dengki….”..camnilah lebih kurang apa yang ustazah huraikan..:-)

Antara ontoh2 akhlak yang ustazah sampaikan adalah:
1.       Kita gembira dengan kesusahan kawan2 kita.
2.       Kita pertikai dengan apa yang Allah SWT bagi.
3.       Tidak bersyukur dan tidak pernah rasa cukup.
4.       Beribadah pada Allah
5.       Taat akan perintahnya

Atau sahabat2 boleh refer di link ni http://addienblog.blogspot.com/2011/11/akhlak-seorang-muslim-kepada-allah-swt.html akhlak2 muslim terhadap Allah..

Setelah dengar apa yang ustazah sampaikan..saya muhasabah diri..rupanya banyak akhlak tidak elok saya terhadap Allah SWT..Ya Allah terima kasih kerana Engkau telah memberi kesedaran dalam diri ku sebelum aku terus lalai..Ya Allah, ampunilah segala dosa2 ku mahupun dosa yang aku ketahui atau hanya Engkau sahaja yang ketahui..amin..

Sama2 kita muhasabah diri hanya beberapa minit..

“ Yang paling memberatkan mizan (timbangan) pada hari kiamat adalah
akhlak yang baik.” (HR. Ahmad)

Terima kasih sahabat sudi luangkan masa membaca kongsian ilmu yang tidak seberapa ni..wassalam..:-)

Sunday, November 4, 2012

RENUNGAN..:-)


Tidak ada novel yang terbaik..yang membawa kita mengenali Islam..Yang sentiasa mengingatkan kita..Novel yang tidak pernah jemu di baca...selain Al-Quran

Tidak ada model yang sehebat Nabi Muhammad..

Tidak ada exercise yang menyebabkan kita malas..tidak ada exercise yang di mulakan dengan niat dan di akhiri dengan salam..

Tidak ada lagu seindah Zikir..

Tidak ada diet yang boleh memberi kita pahala selain puasa..

Tidak ada yang lebih hebat melainkan Allah S.W.T..Allah itu Maha Agung..

Sama2 kita renung dan insaf diri kita sendiri..hanya 10 min..



video


Wassalam..terima kasih sudi luangkan masa untuk baca..sahabat2 saya yang sentiasa di kasihi Allah..insyaAllah..:-)

HADIAH DARI ALLAH S.W.T



“Aku bersyukur padaMu..Ya Allah janganlah Engkau menarik balik hidayah yang telah Engkau berikan padaku..Dan janganlah Engkau menutupi pintu hatiku untuk aku terus menerima petunjuk hidayah dariMU..Bimbinglah aku pada jalan yang benar..temuilah aku dengan orang2 yang boleh membimbingku pada jalanMu Ya Allah..Aku bersyukur sangat dengan apa yang aku miliki..Terima kasih Ya Allah..”
Subhanallah..syukur yang tidak terhingga setiap  kali Allah memberi apa yang kita perlukan. Walaupun kita sentiasa merungut Allah tidak pernah bagi apa yang kita minta tetapi Allah Maha Mengetahui yang sentiasa memberi apa yang kita perlu tepat pada masanye..apa lagi yang kita perlu merungut..Jauhilah kami dari sifat yang sentiasa tidak berpuas hati..na’uzubillah..

Sem ni aku cukup bersyukur…hanya Allah sahaja yang tahu betapa rasa bersyukurnya Aku padaNYA. Aku di berikan roommate2 yang cukup2 ok..baik..walau kadang kala diorang usik aku tapi usikan diorang tidak pernah aku ambil serius malah aku sentiasa renung setiap kali usikan mereka..mana tahu kot2 ada maksud tersirat..yang dapat perbetulkan diri kita..hehe...tidak pernah sekali pun diorang mengajak aku pada perkara2 yang melalaikan malah diorang sentiasa mengajak aku melakukan perubahan kearah yang lebih baik walaupun dalam keadaan diorang bergurau..diorang sangat baik tidak pernah memaksa tapi dengan kelembutan, hanya dengan sedikit gurauan diorang dapat membawa aku kearah kabaikan walaupun perubahan yang tidak banyak tetapi aku tidak lalai dengan melihat perlakuan mereka. …Perlakuan mereka yang sentiasa mengajak aku untuk terus menerus melakukan kebaikan..perubahan...sedikit demi sedikiat untuk terus rapatkan hubungan aku dengan Allah..Hari ke hari mengajar aku erti kebaikan sehingga aku rindu untuk terus berdating dengan Allah walaupun sekejap.. Kadang2 secara tidak langsung kelakuan mereka menyebabkan aku sentiasa berfikir perkara2 yang boleh meninsafkan diri aku ..Tetapi bila difikirkan semula, aku takut adakah Allah akan menghantar lagi hambaNYA seperti ini dalam hidupku untuk terus mengingatiku padaNYA agar aku sentiasa berwaspada dengan dunia.

Setiap kali aku fikir, aku akan teringat zaman persekolahan dulu. Masa tu kawan2 aku cukup baik..tazkirah di jadikan rutin harian..setiap malam selepas solat maghraib pasti aku di suap dengan tazkirah2nya..aku rasa tenang..



Tetiba sedih lak…hihihi..da lah..cukup setakat ni..panjang lak membebel..oppsss…sebelum wassalam..terima kasih byk2 buat roommate2 ku ..akak aini, hamisah dan ani…(heheee..sorry mention nama korang tanpa permission)..

Wassalam..terima kasih pada sahabat saya yang sentiasa dikasihi Allah coz sudi luangkan masa tuk singgah di blog saya..:-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ILMU MILIK ALLAH

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang belajar ilmu agama yang seharusnya untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t. tiba-tiba dipelajarinya hanya untuk mencapai tujuan dunia, maka dia tidak akan dapat bau syurga pada hari kiamat" (Riwayat Al-Nasai dari Abu Hurairah r.a.)

SAIDINA ALI BIN ABI TALIB

Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.
 
Full design and Custom Blog Design by jiakreatifelt.com