Monday, June 17, 2013

AKU RINDU CINTAMU








Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…Alahmdulillah Allah bagi kesihatan yang baik untuk kita terus beribadat kepadaNYA..in shaa ALLAH..semoga kita sentiasa di lindungiNYA..ameen..

Urusan dunia yang terlalu sibuk kita kejar, ke hulu, ke hilir.. Kita langsung lupakan urusan kita untuk alam yang lagi satu..urusan yang lagiiiiiii sibuk, entah cukup entah tidak masa yang kita perlu untuk siapkannya(bekalan)..

Ya Allah.

aku lalai dengan persahabatan(hubungan dgn ALLAH) kita berdua..
aku yang terlalu kejar cinta dunia sehingga leka dengan keprihatinanMU
aku sentiasa abaikanMU di saat aku terlalu kejar dunia yang sentiasa melalaikanku
aku sentiasa menyakiti MU dgn melakukan dosa2 sama ada dgn MU mahupun dgn manusia
aku sentisa mencari alasan untuk terus mengambil berat terhadapMU sehingga aku lupa
aku sentiasa mensia-sia kan peluang yang Engkau berikan padaku








Ampunilah aku, Ya ALLAH

aku banyak sakiti Engkau dengan dosa2 tanpa aku sedari..
aku banyak menyakiti hati2 hambaMU yang lain
aku sentiasa mengabaikan MU ketika hati aku senang dan hanya mencariMU di saat aku susah

AKU RINDU CINTAMU YA ALLAH YA RABB..….yang tidak pernah jemu untuk hamba2MU


Ya Allah

Didiklah hatiku agar sentiasa mengingatiMU
Ingatilah agar aku sentiasa mencari cintaMU tanpa jemu
Sedarilah aku di saat hati lalai dengan cinta dunia
Bantuilah aku untuk aku terus dekatkan diriku padaMU
Kuatlah hati ku untuk aku terus berusaha meletakkan cintaMU no.1 di hatiKU
Tabahkan hatiku dalam hadapi segala ujian yang Engkau berikan
Tetapkanlah hatiku agar cintaku tidak pernah pudar terhadapMU
Istiqamahlah hatiku sekiranya aku melakukan kebaikan dan perubahan yang lebih baik untuk jadi seorang hamba yang BERTAQWA di sisiMU..


Sesungguhnya Engkau Maha Pencipta sekalian Alam
Sesungguhnya Engkau Maha Agong dan Kuasa….



 TIPS MERAIH CINTA ALLAH (klik SAYA)






Sekian, wassalam..moga Manfaat  (peringatan untuk diri sendiri)


4 comments:

nadia farahida said...

aminn untuk doa yang cukup indah tuu :)

Unknown said...

nadia : aminn..:-)

Lieza Nordin said...

kita kena usaha+doa baru tawakal dengan plan driNya :') insyaAllah

Unknown said...

aisya : in shaa Allah..:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ILMU MILIK ALLAH

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang belajar ilmu agama yang seharusnya untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t. tiba-tiba dipelajarinya hanya untuk mencapai tujuan dunia, maka dia tidak akan dapat bau syurga pada hari kiamat" (Riwayat Al-Nasai dari Abu Hurairah r.a.)

SAIDINA ALI BIN ABI TALIB

Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.

 
Full design and Custom Blog Design by jiakreatifelt.com