Thursday, June 6, 2013

"MENCARI SATU NOKTAH" ParT # 2 (ii)



“setiap pertemuan pasti akan berakhir dengan satu perpisahan. Di mana noktahnya bagi suatu perhubungan yang belum kita pasti penghujungnya..Adakah Dyana akan terus berusaha untuk mencari noktah tersebut yang diiringi pelbagai persoalan atau sebaliknya....”






Semua student berkumpul di ruangan lobby sebelum bergerak ke Jabatan Perubatan sambil menunggu bas.

            “Rapat bebenor akak tengok Dyana dengan Ery. Ada apa-apa ke?” Tanpa salam Kak Sally memulakan bicara, pertanyaan yang cepu mas.

            “Eh, akak. Kitorang kawan-kawan biasa je. Tak ada apa yang special. Nape akak?” Aku jawab dengan jujur.

            “Bukan akak nak menyibuk, tapi akak tak nak Dyana kecewa nanti. Akak dengar Ery tu dah ada GF. Diorang cakap mereka dah lama kenal tapi akak tak sure betul or tak. Akak tak nak Dyana berharap apa-apa kat Ery. Orang lelaki adik, pandai berbicara. Mengalahkan madu manisnya.” Kak Sally bebicara dengan serius.

            “Owhh, ye ke akak? Dyana tak tahu pula, Lagipun Ery tak bagitahu apa-apa. Akak tahu dari mana?” Aku teruskan perbualan dengan serius tanpa nada gurau senda.

            “Biasalah tu Dyana. Akak dengar dari kawan akak sendiri. Kawan akak dua orang tu kawan dengan Iqin, GF Ery. Kalau tak silap akak Iqin namanya. Akak tak pasti pula camna diorang boleh kenal Iqin. Akak tak nak tanya lebih-lebih, nanti apa pula diorang fikir. Akak dengar Iqin dah pun tahu pasal korang ni tapi nasib baik Iqin tak tahu Dyana orangnya.” Aku mula bimbang. Kak Sally tidak dapat hidu bahawa aku dan Iqin adalah kawan.

            “Owhh.” Aku hilang kata-kata. Kak Sally seakan-akan memahami.

            “Akak tak kisah kalau Dyana nak kawan dengan sesiapa pun. Tapi satu je yang akak nak pesan, jaga hati Dyana. Kalau Dyana rasa mampu, teruslah berkawan. Akak tak kisah. Tapi akak tak nak adik akak sorang ni kecewa kemudian hari.” Aku mula berfikir adanya betul juga apa yang Kak Sally cakap. Tapi aku hanya berkawan. Hmmm…

            “In shaa ALLAH akak. Dyana cuba jaga hati ni betul-betul. Nanti tahu lah apa yang patut Dyana buat. Akak jangan risau ea.” Aku senyum dalam kerisauan.

Perjalanan hari aku di penuhi dengan kerisauan. Fikiran aku bercelaru. Aku moody. Tidak ada seorang pun kawan-kawan yang cuba bertanya seakan-akan mereka mengetahui apa yang mengganggu fikiran aku padahal riak wajah mereka penuh dengan persoalan. Hari ini berlalu dengan begitu sahaja. Setelah selesai, aku terus balik bilik tanpa menghiraukan sesiapa. Aku juga menolak ajakan kawan-kawan untuk pergi jalan-jalan apatah lagi ajakan dari Ery.

Sebaik sahaja sampai bilik, lantas aku hempapkan badan pada tilam. Fikiran aku ligat memikirkan perbualan antara aku dan Kak Sally pagi tadi.

“Huhhh..lega. Dapat baring dan rest.” Aku bicara sendirian.
Elok saja aku pejam mata, telefon aku bordering.

            “Isyhh, siapa pula yang call time camni ni.” Aku mengomel sendirian.

“U_ERY. Ery???” Aku ambil keputusan untuk abaikan panggilan tersebut. Adakalanya lebih baik bersendirian.

Beberapa jam kemudian..

Telefon aku lagi sekali bordering. Aku terjaga lantas bangun dari tidur. Terasa begitu lama.

            “Ya Allah, aku terlelap. Jam di pergelangan tangan menunjukkan pukul 5p.m.” Aku bergegas ke bilik air untuk mengambil wudhu, lagi sekali tanpa menghiraukan telefon yang rancak seakan-akan meminta untuk di jawab. Dalam hati aku, bertemu dengan Allah itu lebih penting dari duniawi.

Sebaik selesai solat, aku terus capai HTC aku. “Wahhh, ada empat miscall. Semuanya dari Ery.” Tetiba aku rasa bersalah.  Aku terus call dia, manalah tahu kalau-kalau ada perkara penting. Aku dial tanpa buang masa.

“tuttttt…tuttttt..tutttt…” Tidak berjawab.

           “Geram betul aku. Aku call tak pernah nak jawab.” Aku bermonolog sambil buat muka.

          “Mana perginya diorang ni??Aiiii, dapat pergi jalan-jalan dah tak ingat nak balik ke diorang ni?” Aku seakan-akan bercakap dengan almari pada masa yang sama aku bersiap-siap untuk keluar. Ambil angin petang.

Saja nak jalan-jalan, rileks fikiran. Aku suka lepak tepi tasik tempat menjadi tumpuan orang ramai. Tapi setahu aku, waktu petang camni orang tak ramai sangat.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………............
.
Subhanallah, begitu cantik sekali ciptaan ALLAH. ALLAH itu Maha Bijaksana. ALLAH itu Maha Pemurah. Kurnia pemandangan yang cukup indah sekali untuk hambaNYA. Terima kasih Ya ALLAH.

Syukur Alhamdulillah.

Pemandangan yang cukup indah ibarat pelangi di kaki langit yang sedang tersenyum pada manusia.

Suasana yang cukup tenang ibarat seorang hamba dikurnia ketenangan olehNYA setelah berdating diwaktu yang cukup sunyi.

Angin yang sepoi-sepoi bahasa ibarat memahami kelembutan segumpal darah yang dimiliki oleh setiap manusia.

Bunga-bunga dan dedaun yang berguguran ibarat sedang bermain dan bertegur sapa sesama sendiri yang penuh kegirangan.

Awan di atas kelihatan redup seakan-akan ingin berkongsi masalah.

Tanpa di sedari air jernih membasahi pipi aku yang gebu. Hati tersentuh dengan keprihatinan alam sekitar dan seakan-akan menyambut kedatangan aku dengan cukup indah dan riang. Sepantas kilat aku lap air mata. Aku mencari tempat yang agak jauh dari gangguan sesiapa. Aku ingin menyendiri, sekejap pun tidak mengapa.Tempat yang cukup sesuai. Di bawah sepohon pokok yang begitu cantik seakan-akan pondok. Subhanallah. Aku berteduh di bawahnya. Aku termenung jauh sambil tersenyum. Hati terasa tenang. Fikiran terasa lapang. Semua kerisauan berlalu tanpa di paksa. Alhamdulillah.

            “Ya Allah.” Aku terkejut. Telefon aku bordering rupanya. Hehehe.

            “Hello, iya. Kenapa Ery?” Tanpa melengahkan masa aku terus jawab panggilan.

            “Iya, buat apa je? Busy ke?” Ery mulakan perbualan dengan soalan ringan. Permulaan yang cukup baik. Tanpa bebanan untuk mencari jawapan. Aku tersenyum.

           “Tak ada buat apa. Tak busy pun.” Dengan tenang aku jawab setiap persoalannya.

           “Owhh, ada mana? Tak keluar ambil angin ke?” Ery meneruskan perbualan tanpa rasa kekok malah suasan yang cukup selasa.

            “Saya kat tasik ni.” Aku jawab dengan ringkas.

           “Owhh ye ke. Kebetulan saya pun nak keluar jalan-jalan. Awak tunggu, kita jumpa kat sana lagi 10 minit.” Dia seakan-akan ada sesuatu yang ingin di cerita.

            “Ahhhh??Ery. Tutt..Tuttt. Tuttt.” Panggilan terus di matikan tanpa salam.

Aku dengan segera mencari tempat yang ramai orang memandangkan lagi 10 minit Ery akan sampai. Aku memilih tempat rehat. Itu tempat yang selamat untuk aku dan Ery, nanti tak adalah orang akan fikir yang negative. Perspektif orang sekeliling tu penting. Pandangan Allah lagi penting.

          “Juah termenung Dyana. Ada masalah ke?” Aku tersedar dari lamunan.

        “Isyhhhh, tak adalah. Tak ada apa-apa masalah pun. Saja tengok pemandangan. Cantikkan.” Aku berkata-kata sambil tersenyum. Ery carring orangnya. Aku selesa kawan dengan dia.

          “A’ahh. Betul tu.” Dia mengiyakan.

         “Datang sini, kawan-kawan tak tanya apa-apa ke?” Senyumannya seperti memikirkan sesuatu.

         “Diorang tanya, Saya bagitahu nak keluar dengan kawan.” Aku hanya angguk tanda setuju.

        “Dyana, saya ada sorang kawan perempuan. Hubungan kami hanya seorang kawan tapi more than that. Saya gaduh dengan dia. Dia dah tahu yang saya kawan dengan awak.” Tanpa di sangka-sangka Ery jujur dengan aku. Tak sempat aku bertanya, dia sudah bercerita. Nasib baik. Kalau tak, agak susah untuk aku percaya kat dia.

       “Owhh, ye ke. Camne dia boleh tahu??Lepas tu korang macammana?” Aku sengaja tanya walaupun sudah tahu jawapannya dan siapa orangnya.

          “Dia ada kenal dengan classmate saya. Akak senior awak dua orang. Dia tanya, siapa awak.” Aku cuba bertenang seakan-akan tidak mengetahui apa-apa walaupun aku sudah mengetahui terlebih dahulu. Aku suka sikap terus terangnya. Tapi jangan sampai terperangkap.

         “Awak cuba explain kat dia baik-baik. In shaa ALLAH dia faham. Atau awak nak saya tolong explainkan. Saya boleh je. Saya tak nak sebab kita berkawan, korang dingin. Saya tak suka laa.” Aku berkata dengan penuh keberanian padahal mengharapkan Ery cakap tak perlukan pertolongan aku. Haha

            “Isyhh, tak apalah. Nanti biar saya settle sendiri. Ni masalah saya.” Fuhhhh, lega. Nasib baik dia cakap camtu, kalau tak habislah aku. Terpaksa cari jalan yang mungkin buntu untuk memikirkannya.

            “Ok. Tapi kalau awak perlu pertolongan cakaplah. Kalau awak tak kisah, boleh saya tahu korang couple ea?”  Aku bertanya tanpa sebab. Aku pelik yang dia cakap, diorang just berkawan tapi more than that.

            “Kitorang kawan tapi more than that. Saya dah pesan kat dia, jangan berharap apa-apa kat saya tapi dia tetap berharap kat saya.” Lagi sekali dia memberi jawapan yang sama. Tapi pada masa yang sama, Ery tidak suka kalau Iqin mesej  dengan lelaki lain. Apakah maksudnya??. Hmmm. Dalam fikiran aku, satu sahaja. Mereka couple. Noktah!!!!!!!

         “Yerlah. Perempuan mana tak berharap pada seorang lelaki yang mengambil berat tentangnya.” Aku bermati- matian mengatakan diorang couple.

          “Korang kenal dah lama ke?” Aku terus siasat dengan penuh berhati-hati.

          “Agak lama dah tapi kitorang baru je declare as a couple. Around setahun lebih.” Persoalan aku sudah pun terjawab tanpa di tanya-tanya lagi. Lagi sekali Ery membuat pengakuan tanpa ditanya.

          “Owhhh.” Aku tak terkata hanya mampu senyum kerana dia berterus terang dan semua dah pun terjawab.

          “Dia marah gak lah sebab saya agak rapat dengan awak.” Dia terus bercerita dan aku terus menjadi pendengar yang setia.

         “Mestilah. Dah pakwe dia kawan rapat dengan pompuan lain. Awak pun satu, bukan nak explain betul- betul. Kalau boleh tahu, apa nama dia?” Aku terus bertanya.

          “Tak tau. Tak faham saya dengan perempuan ni. Sha.” Dia seakan-akan marah. Sha panggilan manja untuk Iqin daripada Ery.

            “Kalau Sha mesej dengan lelaki lain pun awak marah. Dia pun samalah. Awak tak suka dia contact dengan lelaki lain tapi awak ada kawan rapat dengan perempuan lain, tak apa? Awak pernah fikir tak perasaan dia?” Aku tetiba teremotional pula. Hakhakhak.

            “Entahlah. Malas saya nak fikir. Selagi dia bukan isteri saya, so saya berhak buat pilihan lagi dan dia pun berhak buat pilihan juga. Lagipun dia pernah bagitahu saya yang ada seorang lelaki nak kenal dengan dia lebih dekat. Lelaki tu baik katanya. So, saya just bagitahu apa yang patut, kalau rasa lelaki tu yang terbaik buatlah pilihan yang tepat.” Ery bercerita dengan panjang lebar dan riak mukanya sedikit kecewa, sedih. Maybe sebab Iqin memberitahu tentang lelaki yang ingin mengenalinya.

            “Owhh, ye ke. Betul lah apa yang awak cakap tu. Saya pun tak boleh nak kata apa-apa sebab saya tak tahu apa-apa mengenai korag. Nak nasihat pun siapa je saya. Kan tersalah cakap ada yang terasa.” Aku berterus terang dengan nada yang agak serius. Tetiba hati aku terasa sedih. Entah kenapa. Abaikan.

            “Tak apalah. At least saya terus terang dengan awak. Saya jujur dengan awak. Awak jangan mengharapkan apa-apa kat saya.” Perbualan diteruskan sambil menuju pulang ke hotel.

            “Awak jangan risau. Saya takkan berharap apa-apa. Melainkan berkawan sahaja. Saya ni bukan yang jenis mudah memberi harapan pada diri sendiri terutama mengenai perasaan dan hati.” Aku berterus terang tapi hati manusia bila-bila masa sahaja boleh berubah lelaki mahupun perempuan. 

Ery ni seorang yang suka berterus terang. Perangainya yang suka mengambil berat boleh membuat perempuan jatuh hati dengan sifatnya. Tapi aku tak adalah sampai tahap itu. Apa yang suka dengan perangainya ialah sifat terus terang dan sifat jujur dia dalam berkawan.

Dalam perjalanan pulang, aku diam seribu bahasa. Aku langsung tidak bertanya apa-apa mengenai Iqin dan Ery. Cukup jelas hati dan perasaan antara mereka berdua setelah apa yang Ery cerita sebentar tadi. Iqin tidak pernah bagitahu aku nama kawan istimewa yang dia selalu bercerita dengan aku. 

Rupanya kawan istimewanya adalah senior aku sendiri dan kini menjadi kawan agak rapat dengan aku. Biarlah rahsia ini menjadi rahsia antara aku dan Allah sahaja. Aku tidak bercadang untuk memberitahu sesiapa termasuk kak Sally. Biarlah aku hadapi semua ini bersendirian. Aku akan cuba fikir jalan yang terbaik antara kami bertiga atau aku hanya mengikut rentak hari-hari yang akan berlalu nanti.

Tanpa di sedari. Kami sudah terpacak depan hotel.

           “Sampai pun. Agak penat gak. Tak gitu Dyana?” Pertanyaan Ery mengejutkan aku.

          “Ahhh??A’ahh..hehe. Ramainya orang. Kawan-kawan awak kan tu?” Aku cuba mengelak agar Ery tidak perasan apa yang aku sedang fikirkan.

            “A’ahh. Alah, biarlah diorang. Kita bukan buat salah pun. Atau awak yang takut kawan-kawan awak fikir kita ni ada apa-apa yang special?” Pandai pula si mamat ni bermain teka-teki.

           “Bukan apa. Saya tak nak nanti masalah makin besar antara awak dan your GF. Nanti sampai pula story yang tokok tambah. Kawan-kawan saya kenal siapa saya. Diorang akan tanya direct if nampak saya dengan lelaki. Don’t worry.” Aku cuba sedapkan hati.

Ery diam membatu seperti bersetuju dengan apa yang aku cakapkan. Kami jalan menuju ke lif tanpa hiraukan pandangan orang lain. Aku hanya senyum tanpa kata pada kawan-kawan yang berada di ruangan lobby. Ada kawan yang tegur.

            “Dyana pergi mana?” Senyuman diorang aku faham sangatlah. Senyuman yang di penuhi seribu satu persoalan mengenai apa hubungan aku dan Ery.

            “Kuar jap tadi. Ada kerja nak kene settle.” Aku sengaja memberi jawapan seperti itu. Hehehe. Mereka hanya senyum.

Butang lif di tekan. Kebetulan tidak ada seorang pun yang berada dalam lif ketika itu. Tanpa di sangka- sangka.

Ery mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya dan menghulurkan kepada aku…..


To be continue…

Klik SINI untuk PART # 2 (i)





11 comments:

AiSyA LiEzA said...

agak2 dia hulur apa ekh?? ehheheh xD

nur naa'irah said...

aisya : kita sama2 tgk next part..:-)

Nur Azila said...

boleh jadi penulis novel ni nairah.. :)

nur naa'irah said...

nur :org lain lagi berbakat nur..:-)..

Nur Azila said...

mencuba apa salahnya.hehe ;-) morning nairah.

cik chubby said...

membaca di sini...apa yg dia kluar kan? hihih.. ni yang x sabar... im waiting for part 3... best crita ni

nur naa'irah said...

cik hubby : just wait for next part..:-)..

AHMAD BUKHARI said...

Saya rasa dalam penulisan, penggunaan perenggan juga memainkan peranan penting. Cuba perhatikan novel2 lain macam mana depa menggunakan perenggan utk gmbrkan satu-satu plot cerita. Rasanya boleh dapat sesuatu kat situ.

Pengulangan perkataan yang sama. Cuba guna perkataan berbeza tetapi membawa maksud yang sama.

Contoh: “Tak apalah. At least saya terus terang dengan awak. Saya jujur dengan awak. Awak jangan mengharapkan apa-apa kat saya.”

Diulang semula oleh org berbeza.

“Awak jangan risau. Saya takkan berharap apa-apa. Melainkan berkawan sahaja. Saya ni bukan yang jenis mudah memberi harapan pada diri sendiri terutama mengenai perasaan dan hati.”

Boleh diubah kepada ayat ni.

"Tak apa. Sekurang-kurangya saya berterus-terang dengan awak keadaan situasi saya sekarang. Saya perlu bersikap jujur dengan awak atas dasar persahabatan dan awak jangan mengharapkan sesuatu yang belum pasti dari saya. Cukuplah kita sekadar berkawan dulu"

"Awak jangan risau. Saya takkan berharap apa-apa dari awak. Saya faham erti persahabatan yang kita jalinkan sekarang. Saya bukan jenis yang mudah memberi harapan pada diri sendiri terutama yang melibatkan perasaan dan hati. Biarlah kita kekal berkawan dahulu sehingga masa yang menentukan sebaliknya"

Hahahaha.. ayat berbeza tetapi maksudnya sama tak?? :)

nur naa'irah said...

ahmad : a'ahh..nice comment..thanks a lot..i'll improve for next part..tq..:-)

Aya Aris said...

erm..menarik..akhirnya ery mengaku dia suka kat iqin..habis tu dyana?



erm..jemputlah blog Aya yang lagi satu..

http://terataknovellahananorisa.blogspot.com

bolehlah kita bertukar cerita di situ..^^

nur naa'irah said...

aya : kita tggu next part n kesudahan cerita ni..apa kesudahan mere bertiga..:-)..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ILMU MILIK ALLAH

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang belajar ilmu agama yang seharusnya untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t. tiba-tiba dipelajarinya hanya untuk mencapai tujuan dunia, maka dia tidak akan dapat bau syurga pada hari kiamat" (Riwayat Al-Nasai dari Abu Hurairah r.a.)

SAIDINA ALI BIN ABI TALIB

Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.
 
Full design and Custom Blog Design by jiakreatifelt.com