“setiap pertemuan pasti akan berakhir dengan satu perpisahan. Di mana noktahnya bagi suatu perhubungan yang belum kita pasti penghujungnya..Adakah Dyana akan terus berusaha untuk mencari noktah tersebut yang diiringi pelbagai persoalan atau sebaliknya....”
Semua
student berkumpul di ruangan lobby sebelum bergerak ke Jabatan Perubatan sambil
menunggu bas.
“Rapat bebenor akak tengok Dyana
dengan Ery. Ada apa-apa ke?” Tanpa salam Kak Sally memulakan bicara, pertanyaan
yang cepu mas.
“Eh, akak. Kitorang kawan-kawan
biasa je. Tak ada apa yang special. Nape akak?” Aku jawab dengan jujur.
“Bukan akak nak menyibuk, tapi akak
tak nak Dyana kecewa nanti. Akak dengar Ery tu dah ada GF. Diorang cakap mereka
dah lama kenal tapi akak tak sure betul or tak. Akak tak nak Dyana berharap
apa-apa kat Ery. Orang lelaki adik, pandai berbicara. Mengalahkan madu
manisnya.” Kak Sally bebicara dengan serius.
“Owhh, ye ke akak? Dyana tak tahu
pula, Lagipun Ery tak bagitahu apa-apa. Akak tahu dari mana?” Aku teruskan
perbualan dengan serius tanpa nada gurau senda.
“Biasalah tu Dyana. Akak dengar dari
kawan akak sendiri. Kawan akak dua orang tu kawan dengan Iqin, GF Ery. Kalau
tak silap akak Iqin namanya. Akak tak pasti pula camna diorang boleh kenal
Iqin. Akak tak nak tanya lebih-lebih, nanti apa pula diorang fikir. Akak dengar
Iqin dah pun tahu pasal korang ni tapi nasib baik Iqin tak tahu Dyana orangnya.”
Aku mula bimbang. Kak Sally tidak dapat hidu bahawa aku dan Iqin adalah kawan.
“Owhh.” Aku hilang kata-kata. Kak
Sally seakan-akan memahami.
“Akak tak kisah kalau Dyana nak
kawan dengan sesiapa pun. Tapi satu je yang akak nak pesan, jaga hati Dyana.
Kalau Dyana rasa mampu, teruslah berkawan. Akak tak kisah. Tapi akak tak nak
adik akak sorang ni kecewa kemudian hari.” Aku mula berfikir adanya betul juga
apa yang Kak Sally cakap. Tapi aku hanya berkawan. Hmmm…
“In shaa ALLAH akak. Dyana cuba jaga
hati ni betul-betul. Nanti tahu lah apa yang patut Dyana buat. Akak jangan
risau ea.” Aku senyum dalam kerisauan.
Perjalanan
hari aku di penuhi dengan kerisauan. Fikiran aku bercelaru. Aku moody. Tidak
ada seorang pun kawan-kawan yang cuba bertanya seakan-akan mereka mengetahui
apa yang mengganggu fikiran aku padahal riak wajah mereka penuh dengan
persoalan. Hari ini berlalu dengan begitu sahaja. Setelah selesai, aku terus
balik bilik tanpa menghiraukan sesiapa. Aku juga menolak ajakan kawan-kawan
untuk pergi jalan-jalan apatah lagi ajakan dari Ery.
Sebaik
sahaja sampai bilik, lantas aku hempapkan badan pada tilam. Fikiran aku ligat
memikirkan perbualan antara aku dan Kak Sally pagi tadi.
“Huhhh..lega.
Dapat baring dan rest.” Aku bicara sendirian.
Elok saja
aku pejam mata, telefon aku bordering.
“Isyhh, siapa pula yang call time
camni ni.” Aku mengomel sendirian.
“U_ERY.
Ery???” Aku ambil keputusan untuk abaikan panggilan tersebut. Adakalanya lebih
baik bersendirian.
Beberapa
jam kemudian..
Telefon
aku lagi sekali bordering. Aku terjaga lantas bangun dari tidur. Terasa begitu
lama.
“Ya Allah, aku terlelap. Jam di
pergelangan tangan menunjukkan pukul 5p.m.” Aku bergegas ke bilik air untuk
mengambil wudhu, lagi sekali tanpa menghiraukan telefon yang rancak seakan-akan
meminta untuk di jawab. Dalam hati aku, bertemu dengan Allah itu lebih penting
dari duniawi.
Sebaik
selesai solat, aku terus capai HTC aku. “Wahhh, ada empat miscall. Semuanya
dari Ery.” Tetiba aku rasa bersalah. Aku
terus call dia, manalah tahu kalau-kalau ada perkara penting. Aku dial tanpa
buang masa.
“tuttttt…tuttttt..tutttt…”
Tidak berjawab.
“Geram betul aku. Aku call tak
pernah nak jawab.” Aku bermonolog sambil buat muka.
“Mana perginya diorang ni??Aiiii,
dapat pergi jalan-jalan dah tak ingat nak balik ke diorang ni?” Aku seakan-akan
bercakap dengan almari pada masa yang sama aku bersiap-siap untuk keluar. Ambil
angin petang.
Saja nak
jalan-jalan, rileks fikiran. Aku suka lepak tepi tasik tempat menjadi tumpuan
orang ramai. Tapi setahu aku, waktu petang camni orang tak ramai sangat.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………............
.
Subhanallah,
begitu cantik sekali ciptaan ALLAH. ALLAH itu Maha Bijaksana. ALLAH itu Maha
Pemurah. Kurnia pemandangan yang cukup indah sekali untuk hambaNYA. Terima
kasih Ya ALLAH.
Syukur Alhamdulillah.
Pemandangan
yang cukup indah ibarat pelangi di kaki langit yang sedang tersenyum pada
manusia.
Suasana
yang cukup tenang ibarat seorang hamba dikurnia ketenangan olehNYA setelah
berdating diwaktu yang cukup sunyi.
Angin
yang sepoi-sepoi bahasa ibarat memahami kelembutan segumpal darah yang dimiliki
oleh setiap manusia.
Bunga-bunga
dan dedaun yang berguguran ibarat sedang bermain dan bertegur sapa sesama
sendiri yang penuh kegirangan.
Awan di
atas kelihatan redup seakan-akan ingin berkongsi masalah.
Tanpa di
sedari air jernih membasahi pipi aku yang gebu. Hati tersentuh dengan
keprihatinan alam sekitar dan seakan-akan menyambut kedatangan aku dengan cukup
indah dan riang. Sepantas kilat aku lap air mata. Aku mencari tempat yang agak
jauh dari gangguan sesiapa. Aku ingin menyendiri, sekejap pun tidak
mengapa.Tempat yang cukup sesuai. Di bawah sepohon pokok yang begitu cantik
seakan-akan pondok. Subhanallah. Aku berteduh di bawahnya. Aku termenung jauh
sambil tersenyum. Hati terasa tenang. Fikiran terasa lapang. Semua kerisauan
berlalu tanpa di paksa. Alhamdulillah.
“Ya Allah.” Aku terkejut. Telefon
aku bordering rupanya. Hehehe.
“Hello, iya. Kenapa Ery?” Tanpa melengahkan
masa aku terus jawab panggilan.
“Iya, buat apa je? Busy ke?” Ery
mulakan perbualan dengan soalan ringan. Permulaan yang cukup baik. Tanpa
bebanan untuk mencari jawapan. Aku tersenyum.
“Tak ada buat apa. Tak busy pun.”
Dengan tenang aku jawab setiap persoalannya.
“Owhh, ada mana? Tak keluar ambil
angin ke?” Ery meneruskan perbualan tanpa rasa kekok malah suasan yang cukup
selasa.
“Saya kat tasik ni.” Aku jawab
dengan ringkas.
“Owhh ye ke. Kebetulan saya pun nak
keluar jalan-jalan. Awak tunggu, kita jumpa kat sana lagi 10 minit.” Dia
seakan-akan ada sesuatu yang ingin di cerita.
“Ahhhh??Ery. Tutt..Tuttt. Tuttt.”
Panggilan terus di matikan tanpa salam.
Aku
dengan segera mencari tempat yang ramai orang memandangkan lagi 10 minit Ery
akan sampai. Aku memilih tempat rehat. Itu tempat yang selamat untuk aku dan Ery,
nanti tak adalah orang akan fikir yang negative. Perspektif orang sekeliling tu
penting. Pandangan Allah lagi penting.
“Juah termenung Dyana. Ada masalah
ke?” Aku tersedar dari lamunan.
“Isyhhhh, tak adalah. Tak ada
apa-apa masalah pun. Saja tengok pemandangan. Cantikkan.” Aku berkata-kata
sambil tersenyum. Ery carring orangnya. Aku selesa kawan dengan dia.
“A’ahh. Betul tu.” Dia mengiyakan.
“Datang sini, kawan-kawan tak tanya
apa-apa ke?” Senyumannya seperti memikirkan sesuatu.
“Diorang tanya, Saya bagitahu nak
keluar dengan kawan.” Aku hanya angguk tanda setuju.
“Dyana, saya ada sorang kawan
perempuan. Hubungan kami hanya seorang kawan tapi more than that. Saya gaduh
dengan dia. Dia dah tahu yang saya kawan dengan awak.” Tanpa di sangka-sangka
Ery jujur dengan aku. Tak sempat aku bertanya, dia sudah bercerita. Nasib baik.
Kalau tak, agak susah untuk aku percaya kat dia.
“Owhh, ye ke. Camne dia boleh
tahu??Lepas tu korang macammana?” Aku sengaja tanya walaupun sudah tahu
jawapannya dan siapa orangnya.
“Dia ada kenal dengan classmate
saya. Akak senior awak dua orang. Dia tanya, siapa awak.” Aku cuba bertenang
seakan-akan tidak mengetahui apa-apa walaupun aku sudah mengetahui terlebih
dahulu. Aku suka sikap terus terangnya. Tapi jangan sampai terperangkap.
“Awak cuba explain kat dia
baik-baik. In shaa ALLAH dia faham. Atau awak nak saya tolong explainkan. Saya
boleh je. Saya tak nak sebab kita berkawan, korang dingin. Saya tak suka laa.”
Aku berkata dengan penuh keberanian padahal mengharapkan Ery cakap tak perlukan
pertolongan aku. Haha
“Isyhh, tak apalah. Nanti biar saya
settle sendiri. Ni masalah saya.” Fuhhhh, lega. Nasib baik dia cakap camtu,
kalau tak habislah aku. Terpaksa cari jalan yang mungkin buntu untuk
memikirkannya.
“Ok. Tapi kalau awak perlu
pertolongan cakaplah. Kalau awak tak kisah, boleh saya tahu korang couple
ea?” Aku bertanya tanpa sebab. Aku pelik
yang dia cakap, diorang just berkawan tapi more than that.
“Kitorang kawan tapi more than that.
Saya dah pesan kat dia, jangan berharap apa-apa kat saya tapi dia tetap
berharap kat saya.” Lagi sekali dia memberi jawapan yang sama. Tapi pada masa
yang sama, Ery tidak suka kalau Iqin mesej
dengan lelaki lain. Apakah maksudnya??. Hmmm. Dalam fikiran aku, satu
sahaja. Mereka couple. Noktah!!!!!!!
“Yerlah. Perempuan mana tak berharap
pada seorang lelaki yang mengambil berat tentangnya.” Aku bermati- matian
mengatakan diorang couple.
“Korang kenal dah lama ke?” Aku
terus siasat dengan penuh berhati-hati.
“Agak lama dah tapi kitorang baru je
declare as a couple. Around setahun lebih.” Persoalan aku sudah pun terjawab
tanpa di tanya-tanya lagi. Lagi sekali Ery membuat pengakuan tanpa ditanya.
“Owhhh.” Aku tak terkata hanya mampu
senyum kerana dia berterus terang dan semua dah pun terjawab.
“Dia marah gak lah sebab saya agak
rapat dengan awak.” Dia terus bercerita dan aku terus menjadi pendengar yang
setia.
“Mestilah. Dah pakwe dia kawan rapat
dengan pompuan lain. Awak pun satu, bukan nak explain betul- betul. Kalau boleh
tahu, apa nama dia?” Aku terus bertanya.
“Tak tau. Tak faham saya dengan
perempuan ni. Sha.” Dia seakan-akan marah. Sha panggilan manja untuk Iqin
daripada Ery.
“Kalau Sha mesej dengan lelaki lain
pun awak marah. Dia pun samalah. Awak tak suka dia contact dengan lelaki lain
tapi awak ada kawan rapat dengan perempuan lain, tak apa? Awak pernah fikir tak
perasaan dia?” Aku tetiba teremotional pula. Hakhakhak.
“Entahlah. Malas saya nak fikir. Selagi
dia bukan isteri saya, so saya berhak buat pilihan lagi dan dia pun berhak buat
pilihan juga. Lagipun dia pernah bagitahu saya yang ada seorang lelaki nak
kenal dengan dia lebih dekat. Lelaki tu baik katanya. So, saya just bagitahu
apa yang patut, kalau rasa lelaki tu yang terbaik buatlah pilihan yang tepat.”
Ery bercerita dengan panjang lebar dan riak mukanya sedikit kecewa, sedih.
Maybe sebab Iqin memberitahu tentang lelaki yang ingin mengenalinya.
“Owhh, ye ke. Betul lah apa yang
awak cakap tu. Saya pun tak boleh nak kata apa-apa sebab saya tak tahu apa-apa
mengenai korag. Nak nasihat pun siapa je saya. Kan tersalah cakap ada yang
terasa.” Aku berterus terang dengan nada yang agak serius. Tetiba hati aku
terasa sedih. Entah kenapa. Abaikan.
“Tak apalah. At least saya terus
terang dengan awak. Saya jujur dengan awak. Awak jangan mengharapkan apa-apa
kat saya.” Perbualan diteruskan sambil menuju pulang ke hotel.
“Awak jangan risau. Saya takkan
berharap apa-apa. Melainkan berkawan sahaja. Saya ni bukan yang jenis mudah
memberi harapan pada diri sendiri terutama mengenai perasaan dan hati.” Aku
berterus terang tapi hati manusia bila-bila masa sahaja boleh berubah lelaki
mahupun perempuan.
Ery ni seorang yang suka berterus terang. Perangainya yang
suka mengambil berat boleh membuat perempuan jatuh hati dengan sifatnya. Tapi
aku tak adalah sampai tahap itu. Apa yang suka dengan perangainya ialah sifat
terus terang dan sifat jujur dia dalam berkawan.
Dalam
perjalanan pulang, aku diam seribu bahasa. Aku langsung tidak bertanya apa-apa
mengenai Iqin dan Ery. Cukup jelas hati dan perasaan antara mereka berdua
setelah apa yang Ery cerita sebentar tadi. Iqin tidak pernah bagitahu aku nama
kawan istimewa yang dia selalu bercerita dengan aku.
Rupanya kawan istimewanya
adalah senior aku sendiri dan kini menjadi kawan agak rapat dengan aku. Biarlah
rahsia ini menjadi rahsia antara aku dan Allah sahaja. Aku tidak bercadang
untuk memberitahu sesiapa termasuk kak Sally. Biarlah aku hadapi semua ini
bersendirian. Aku akan cuba fikir jalan yang terbaik antara kami bertiga atau
aku hanya mengikut rentak hari-hari yang akan berlalu nanti.
Tanpa di
sedari. Kami sudah terpacak depan hotel.
“Sampai pun. Agak penat gak. Tak
gitu Dyana?” Pertanyaan Ery mengejutkan aku.
“Ahhh??A’ahh..hehe. Ramainya orang.
Kawan-kawan awak kan tu?” Aku cuba mengelak agar Ery tidak perasan apa yang aku
sedang fikirkan.
“A’ahh. Alah, biarlah diorang. Kita
bukan buat salah pun. Atau awak yang takut kawan-kawan awak fikir kita ni ada
apa-apa yang special?” Pandai pula si mamat ni bermain teka-teki.
“Bukan apa. Saya tak nak nanti
masalah makin besar antara awak dan your GF. Nanti sampai pula story yang tokok
tambah. Kawan-kawan saya kenal siapa saya. Diorang akan tanya direct if nampak
saya dengan lelaki. Don’t worry.” Aku cuba sedapkan hati.
Ery diam
membatu seperti bersetuju dengan apa yang aku cakapkan. Kami jalan menuju ke
lif tanpa hiraukan pandangan orang lain. Aku hanya senyum tanpa kata pada
kawan-kawan yang berada di ruangan lobby. Ada kawan yang tegur.
“Dyana pergi mana?” Senyuman diorang
aku faham sangatlah. Senyuman yang di penuhi seribu satu persoalan mengenai apa
hubungan aku dan Ery.
“Kuar jap tadi. Ada kerja nak kene
settle.” Aku sengaja memberi jawapan seperti itu. Hehehe. Mereka hanya senyum.
Butang lif
di tekan. Kebetulan tidak ada seorang pun yang berada dalam lif ketika itu.
Tanpa di sangka- sangka.
Ery mengeluarkan
sesuatu dari poket seluarnya dan menghulurkan kepada aku…..
To be
continue…
Klik SINI untuk PART # 2 (i)
11 comments:
agak2 dia hulur apa ekh?? ehheheh xD
aisya : kita sama2 tgk next part..:-)
boleh jadi penulis novel ni nairah.. :)
nur :org lain lagi berbakat nur..:-)..
mencuba apa salahnya.hehe ;-) morning nairah.
membaca di sini...apa yg dia kluar kan? hihih.. ni yang x sabar... im waiting for part 3... best crita ni
cik hubby : just wait for next part..:-)..
Saya rasa dalam penulisan, penggunaan perenggan juga memainkan peranan penting. Cuba perhatikan novel2 lain macam mana depa menggunakan perenggan utk gmbrkan satu-satu plot cerita. Rasanya boleh dapat sesuatu kat situ.
Pengulangan perkataan yang sama. Cuba guna perkataan berbeza tetapi membawa maksud yang sama.
Contoh: “Tak apalah. At least saya terus terang dengan awak. Saya jujur dengan awak. Awak jangan mengharapkan apa-apa kat saya.”
Diulang semula oleh org berbeza.
“Awak jangan risau. Saya takkan berharap apa-apa. Melainkan berkawan sahaja. Saya ni bukan yang jenis mudah memberi harapan pada diri sendiri terutama mengenai perasaan dan hati.”
Boleh diubah kepada ayat ni.
"Tak apa. Sekurang-kurangya saya berterus-terang dengan awak keadaan situasi saya sekarang. Saya perlu bersikap jujur dengan awak atas dasar persahabatan dan awak jangan mengharapkan sesuatu yang belum pasti dari saya. Cukuplah kita sekadar berkawan dulu"
"Awak jangan risau. Saya takkan berharap apa-apa dari awak. Saya faham erti persahabatan yang kita jalinkan sekarang. Saya bukan jenis yang mudah memberi harapan pada diri sendiri terutama yang melibatkan perasaan dan hati. Biarlah kita kekal berkawan dahulu sehingga masa yang menentukan sebaliknya"
Hahahaha.. ayat berbeza tetapi maksudnya sama tak?? :)
ahmad : a'ahh..nice comment..thanks a lot..i'll improve for next part..tq..:-)
erm..menarik..akhirnya ery mengaku dia suka kat iqin..habis tu dyana?
erm..jemputlah blog Aya yang lagi satu..
http://terataknovellahananorisa.blogspot.com
bolehlah kita bertukar cerita di situ..^^
aya : kita tggu next part n kesudahan cerita ni..apa kesudahan mere bertiga..:-)..
Post a Comment