Saturday, June 15, 2013

"MENCARI SATU NOKTAH" Part # 3 (i)




“setiap pertemuan pasti akan berakhir dengan satu perpisahan. Di mana noktahnya bagi suatu perhubungan yang belum kita pasti penghujungnya..Adakah Dyana akan terus berusaha untuk mencari noktah tersebut yang diiringi pelbagai persoalan atau sebaliknya....”





Aku terdiam…

            “Dyana suka tak pakai ni?” Sambil mengeluarkan pemberiannya untuk di beri kepada aku.

            “Siapa punya? Dari mana awak dapat ni?” Aku agak terkejut dan hairan tetiba sahaja dia keluarkan.

            “Dulu saya tak macam sekarang. Ni saya punya. Saya bagi awak sebagai tanda persahabatan kita. Tolong jaga elok-elok.” Dia menghulurkan kepada aku lalu aku mengambilnya tanpa niat. Tapi aku hairan, nampak baru. Macam yang baru di beli bukan yang sudah lama di beli apatah lagi yang sudah di pakai. Tapi aku tidak pertikaikan.

            “Owhh. Ye ke. Nice. Pandai pula awak memilihnya. Ok , saya pergi dulu.” Tanpa bicara panjang aku keluar dari lif dan terus ke bilik. Hmm. Aku akan jaga seperti yang diminta sebagai tanda persahabatn kami. Belum tiba masanya lagi untuk aku bercerita pada sahabat baik aku sendiri mengenai kami termasuk apa yang di beri tadi.

Sebaik sahaja sampai bilik, aku termenung. Adakah betul keputusan aku untuk teruskan persahabatan dengan Ery. Aku keliru dengan pelbagai persoalan yang bermain di minda. Apa yang dirisaukan, dengan tidak sengaja aku terjatuh hati padanya. Hati dan perasaan bukan suatu yang boleh dihalang dan merupakan satu anugerah dari Allah, hanya diri kita yang boleh membuat keputusan kepada siapa hati dan perasaan itu patut di berikan melainkan oleh Allah. Aku juga ingin mengelak dari sakitkan hati sesiapa apatah lagi merosakkan hubungan antara dua insan yang di gelar adam dan hawa. Aku terus mencari jalan yang terbaik especially untuk  kebaikan mereka. Eri dan Iqin.

            “Kalau aku terus berkawan dengan Ery nanti Iqin macammana??Kalau buat keputusan untuk berkawan dengan Ery sampai di sini sahaja, jahatlah pula rasanya. Lagipun aku suka dan selesa berkawan dengan dia. Apa yang patut aku buat? Ya Allah bantulah aku.” Aku terus memohon daripada Allah agar di beri petunjuk dalam membuat keputusan.

Sesudah aku solat mangrib dan baca al-quran, aku bersendirian. Kebetulan kawan-kawan yang lain keluar makan. Aku termenung di tepi tingkap sambil memerhati pemandangan malam yang sangat indah dan tenang. “Alhamdulillah, terima kasih ya Allah kerana ENGKAU masih lagi bagi nikmat penglihatan untuk aku terus melihat ciptaanMU.”

            “Apa yang aku mampu fikir sekarang, aku just follow je hari demi hari. Kawan macam biasa sama ada dengan Ery ataupun Iqin. Lagipun aku bukannya ganggu hubungan mereka.” Ini jalan yang terbaik bagi aku buat masa sekarang. Aku bermonolog.

Kedatangan seseorang mengganggu aku di awangan. Dengan pantas aku bangkit dan menghampiri pintu untuk mengetahui siapa gerangannya.

            “Owhh, korang rupanya. Ingatkan siapa tadi. So, macammana? Ok tak kedai makan kat sini? masakan ok?” Belum sempat mereka masuk bertali arus soalan aku ajukan.

            “Awak ni Dyana, kalau iya pun biarkan kami masuk dulu.” Zira bersuara manja. Mereka terus masuk lalu memhempap badan ke tilam. Kelihatan penat setelah berjam-jam berjalan sekitar kawasan berdekatan.

Sedang Zira rancak bercerita, telefon aku bordering. Dengan pantas aku bangun untuk dapatkan sebelum ianya berteriak dengan lebih lama.

            “Hello, ye.” Aku cuba jawab seringkas yang boleh.

            “Assalamu’alaikum. Buat ape? Sibuk?” Ery teruskan perbualan dengan mukaddimahnya yang sopan seperti biasa.

            “Wa’alaikumussalam. Sembang dengan kawan-kawan. Tak, kenapa?” Aku berlaku jujur.

            “Dah makan? Kalau belum, boleh kot kita keluar makan sama-sama.” Aku buntu. Adakah aku perlu bersetuju mahupun menolak dengan penuh tatatertib.

            “Ehmmm. Nanti saya confirm balik. Apa-apa nanti saya text.” Ery hanya mengiyakan. Perbualan tamat begitu sahaja. Sebaik sahaja aku menekan butang merah, mesej masuk.

            “Afiz?” Aku bersuara. Tanpa buang masa, aku terus buka mesejnya.

            “Ana, jom kita keluar makan. Kak Rina ada sekali. 15 minit kami sampai hotel.”

Dengan pantas aku balas mesej tersebut. “Ok.” Dan terus mesej Ery memberitahu persetujuan untuk keluar makan bersamanya dan ditemani Afiz dan Kak Rina. Zira dan kawan-kawan yang lain sudah pun dibuai mimpi. Penat sangat agaknya. Aku bersiap untuk keluar.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Dengan serentak Ery dan Afiz mesej. “Saya tunggu kat lobby hotel.” Aku sudah pun berada dalam lif.

Setelah sampai lobby, aku terus menuju kearah Afiz dan Kak Rina. Memandangkan Ery bersama dengan kawan-kawannya yang lain, aku ambil keputusan untuk call Ery.

            “Saya dah sampai lobby, ada kat luar hotel. Depan pintu masuk. Datang sini ea.” Aku berbicara ringkas.

            “Ok.” Tidak sampai 5 minit, Ery keluar. Kami berempat terus menuju kedai makan menaiki kereta dipandu oelh Afiz. Aku dan Ery hanya menjadi pengikut memandangkan kami tidak tahu menahu selok belok di sini apatah lagi untuk mencari kedai makan yang halal. Sepanjang perjalanan,aku dan Ery hanya menikmati pemandangan persekitaran town. Masing-masing senyap, ibarat kehilangan idea untuk memulakan bicara apatah lagi Ery. Dia nampak segan dengan Kak Rina dan Afiz. Ery orangnya pediam especially dengan orang yang baru dia kenal tapi bila sudah kenal, bicaranya mengalahkan seorang pidato. Hehe. Perbualan antara Afiz dan Kak Rina memecahkan kesunyian ketika itu. Sesekali aku menyampuk perbualan mereka.

Kami ambil keputusan untuk makan di sebuah restoran yang cukup romantik. Suasananya yang cukup nice. Seakan-akan semua pelanggan berkelakuan cukup sopan. Tidak ada seorang pun yang tinggikan suara walaupun keadaan restoran dibanjiri dengan manusia. Hebat Afiz dan Kak Rina buat pilihan. Maybe ini adalah pilihan Afiz sebab dia yang lebih memahami aku walaupun kami sudah beberapa tahun berpisah dek lautan yang luas. Malam itu, Afiz dan Kak Rina belanja kami makan, kami dilayan bagaikan tetamu istimewa. Best sangat. Hehehehe. Masakannya seperti masakan asli melayu dan kami tidak lepaskan peluang untuk mencuba masakan negara tersebut. Kenyang sangat. Alhamdulillah.

            “Alhamdulillah, kenyang sangat. Pandai akak dan Afiz cari restoran. Saya suka. Thanks a lot korang.” Aku puji dengan ikhlas sambil tersenyum. Afiz memecut laju meninggalkan restoran tersebut.

            “Alhamdulillah. Afiz yang buat pilihan bukan akak. Akak pun tak pernah sampai ke restoran tadi. Hehehe.” Akak berbicara tanpa ada sedikit pun perasaan syak wasangka terhadap Afiz. Sweet sangat mereka. Tidak lama lagi mereka bergelar suami isteri yang sah, in Shaa Allah.

            “Senyap je kawan Ana. Ery namanya kan? Jangan segan-segan, anggap je kitorang kawan lama. Hehe.” Afiz cuba menarik perhatian Ery agar dia tidak terasa bosan dengan hanya mendengar perbualan kami.

            “Iye, Ery. Bukan segan Afiz tapi tak tahu apa yang nak di sembangkan.” Kereta terus maju kedepan.

            “Ery dan Ana dah lama kawan ke? Korang satu fakulti kan? Best tak datang sini?” Kak Rina mulakan dengan persoalan yang hebat. Seorang yang petah bercakap especially dengan orang yang baru dikenali. Afiz hanya senyap memandangkan dia cukup memahami sikap Kak Rina.

            “Kami baru kenal. Tak sampai setahun lagi. A’ah, fakulti yang sama. Boleh tahanlah bestnya. Sebab ni first time fakulti kami buat trip luar negara. Kebetulan musin winter. Bertambah best. Hahaha.” Kami turut gelak bersama.

            “Kita dah sampai pun.” Perbualan Kak Rina dan Ery terhenti begitu sahaja. Aku lega. Risau Kak Rina tanya macam-macam lagi. Hihi.

Subhanallah, begitu cantik Bandar Tahrir ni. Aku terpegun dengan keindahan Sungai Nill walaupun dalam suasana yang agak gelap tapi masih lagi boleh melihat keindahan yang dipenuhi maksud yang tersirat. Cruise yang tidak pernah kenal erti penat lelah yang sentiasa dipenuhi pengunjung. Kami tidak sempat untuk merasa memandang waktu tidak mengizinkan. Lagipun perjalanan agak jauh dari hotel kami tinggal. Maybe lain kali, in shaa Allah. Kami hanya bersiar-siar sambil bercerita. Kak Rina dan Afiz berehat di sebuah pondok yang berdekatan dengan tempat parking kereta. Penat katanya. Lagipun mereka selalu juga datang sini. Kami hanya datang sekejap sahaja. Tak sampai sejam berada di situ, kami pulang ke hotel. Perjalanan untuk pulang mengambil masa lebih kurang sejam lebih. Sebaik sampai hotel aku dan Ery terus naik ke bilik masing-masing. Afiz dan Kak Rina meninggalkan hotel sebaik kami masuk ke lobby.

            “Huhhh, penatnya.” Aku melepaskan penat. Jarum jam menunjukkan pukul 1 pagi. Lantas aku bangun untuk ambil wudhu’. Ingin tunaikan kewajipan sebelum mata terlelap dan di buai mimpi.
Semua kawan-kawan sudah pun lena. Beradu tempat masing-masing. Aku cukup berhati-hati agar mereka tidak terjaga dari tidur. “Lama diorang tunggu aku. Kesiannya. Maaf ea kawan-kawan.” Tanpa buang masa aku solat, kemudian bersiap untuk tidur. Esok kena bangun awal sebab ada taklimat untuk pulang ke Malaysia lusa.

            “Bismillahirahmanirrahim.” Aku baring tanpa padam lampu meja. Mata terasa penat sangat. Seluruh badan terasa lenguh-lenguh. Sebaik mata hampir terlelap, telefon rancak memainkan lagu. Aku terus jawab sebelum ianya terus bising.

            “Assalamua’laikum, ye kenapa?” Aku jawab dengan malas.

          “Wa’alaikumussalam. Saje call nak cakap terima kasih. Sorry ganggu awak tidur.” Aku hanya mendengar apa yang di cakapkan.

           “Owhh..sama-sama. Tak apa. Emm, oklah. Saya nak nak tidur esok nak bangun awal.” Aku berterus terang.

            “Ok2.” Perbualan berakhir di situ.  

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Tepat jam 9 pagi majority semua sudah berada di bawah setelah siap bersarapan. Taklimat disampaikan oleh pengarah program dan mengenai tempat dan jam berapa kumpul kat bawah untuk bertolak ke lapangan terbang. Check outdan semua yang berkaitan. Taklimat hanya mengambil masa lebih kuramg sejam sahaja. Dan yang seronoknya, hari ini kami tidak ada apa-apa aktiviti melainkan aktiviti sendiri. Memandangkan hari ini last day kami kat sini aku ingin pergi lagi sekali lagi tasik yang berhampiran petang nanti. “Aku tersenyum.”

Aku hanya lepak dalam bilik sahaja. Kemas apa yag patut supaya tidak ada barang-barang yang tertinggal. Bersihkan bilik agar tidak tinggalkan dalam keadaan bersepah. Hanya aku, Zira, Aimi dan Siti sahaja yang berada dalam bilik. Lagi dua orang keluar shopping katanya. Biasalah hendak bawa balik kenanganlah apalah mereka. Tapi aku tidak kisah pun. Hehehe. Sedang seronok berkemas, “Aissyhhh, siapa pula call.” Aku mengomel.

            “Hello, ye?” Aku terus jawab. Aku sudah agak mesti Ery yang call.

            “Sibuk ea?” Suaranya seolah-olah orang yang sedang mengalami masalah.

            “Tak. Kenapa ye?” Aku cuba berbohong.

         “Saya risau terjatuh hati pada awak.” Tanpa hujan, tanpa rebut tetiba perbualan di teruskan dengan statement ni. Suaranya yang cukup serius.

            “Apa awak cakap ni. Tak mungkin sebab awakkan sudah berpunya. Nanti kalau Sya tahu awak cakap macam ni, mesti kecil hati dia. Bertambah marah dia kat awak nanti.” Aku cuba mengelak.

            “Tapi hati dan perasaan tidak ada siapa boleh halang. Saya risau.” Aku hanya diam membisu.

            “In shaa Allah tak sebab saya ni bukan yang senang jatuh hati pada seseorang lebih-lebih lagi pada orang yang sudah berpunya. Saya tak nak ganggu hubungan korang.” Aku berbicara dengan serius dan penuh keyakinan. Padahal kita sendiri tidak tahu apa akan terjadi pada masa akan datang. Apatah lagi mengenai hati dan perasaan, suatu perkara yang abstract.

            “Emm. Macam mana kita tak nak bagi jatuh hati pada orang lain sedangkan kita sudah pun berpunya?” Sedikit keluhan yang sempat aku tangkap.

           “Satu sahaja jalan penyelesaian, jauhi ‘orang lain’ yang awak maksudkan tu.” Aku cuba jawab dengan matang. Kebetulan sebelum ini aku pernah terbaca mengenai perkara ini.

           “Oklahh, kalau macam tu. Saya takkan ganggu awak dah. Saya cuba untuk jauhi dari awak. Kalau ada apa-apa awak boleh text, in shaa Allah saya akan reply. Terima kasih sudi kawan dengan saya sebelum ni.” Aku down after dengar apa yang Ery cakap. Aku tetiba sedih, maybe sebab dengan pantas perkara yang tidak pernah terlintas dalam fikiran aku terjadi.

       “Awak serius?” Aku cuba mencari peluang sedaya upaya agar perkara ini tidak berlaku.

      “Iye. Ok lah. Assalamu’alaikum.” Ery tetap dengan keputusannya.  

      “Wa’alaikumussalam.” Aku gagal dalam mencari peluang. Tapi aku tetap pujuk hati agar tidak terlalu emotional dengan apa yang berlaku. Aku cuba sembunyi riak wajah yang sebenar dengan senyuman palsu agar kawan-kawan tidak perasaan akan apa yang aku alami sekarang. Aku teruskan kerja yang terbengkalai tadi.

Setelah siap, aku rehat dan cuba lelapkan mata tapi mata berdegil tak nak tidur. Maybe sebab banyak perkara yang bermain dalam fikiran. Aku hanya baring sahaja. Setelah masuk waktu solat asar terus solat memandangkan aku ingin bersiar-siar di tasik buat kali terakhirnya. Baju sudah pun di iron  untuk dipakai sekejap lagi dan esok. Elok sahaja aku siap, Ery telefon. Aku hairan, kenapa tetiba dia call sedangkan apa yang berlaku tadi cukup jelas maksudnya. Aku hanya jawab panggilannya as a friend.

            “Hello awak, saya tak boleh nak teruskan dengan keputusan saya tadi. Kita kawan macam biasa. Macam sebelum ni. Sorry sangat-sangat dengan apa yang berlaku. Saya tak tahu apa yang patut saya lakukan that’s why tanpa sedar saya buat keputusan secepat itu.” Tanpa aku bersuara, Ery dengan lebih cekap menjelaskan semuanya seperti memahami keadaan aku.

            “Owhh, tak mengapa. Saya faham apa yang awak lalui sekarang. Awak buatlah keputusan yang terbaik. Lagipun saya tak nak Sya fikir bukan-bukan pasal saya sedangkan saya tak ada niat untuk rosakkan hubungan korang. Kalau Sya tak suka kita kawan, nak buat macam mana. Saya hormat je keputusan awak. Setiap keputusan hak masing-masing. Saya tak nak cakap apa-apa, apapun keputusan yang awak buat, kalau terbaik untuk korang maka ok lah bagi saya.” Aku cuba luahkan apa yang terbuku di hati.

            “saya nak jumpa awak kat tasik hari tu. Ada perkara yang perlu saya bagitahu. Tempat yang sama. Selepas solat asar. Saya tuggu kat sana.” Talian di putuskan tanpa aku berbicara.

Kebetulan aku rancang untuk ke sana. Selepas solat asar aku bergegas ke sana tanpa memberitahu pada kawan-kawan. Hanya cakap untuk keluar jalan-jalan sahaja. Mereka tidak tanya macam-macam pada aku sewaktu hendak keluar. Dengan siapa, ke mana.

Aku hanya berkelakuan seperti biasa di hadapan Ery. Aku hanya menadah telinga setiap perkataan yang di cakapkan agar tidak terlepas walaupun satu perkataan. Setiap apa yang di cakapkan, aku dapat lihat dari air mukanya sama ada dia jujur ataupun tidak. Aku terkejut dengan apa yang di cakapkan namun nasihat yang mampu jadi pengiring. Itupun aku hanya nasihat sebagai seorang perempuan sebab aku tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku antara dia dan Iqin. Dalam mendengar aku berfikir, adakah ini hanya sementara buat Ery atau adakah ini pilihan mereka berdua? Adakah semuanya akan kembali asal setelah mereka berbincang dan mendengar penjelasan dari Ery?? Persoalan tidak pernah berpisah dengan aku. Aku buntu dek diserang persoalan demi persoalan yang tidak pernah berhenti mengganggu aku namun setiap persoalan ini akan aku terus mencari noktah terakhirnya apabila tiba masanya nanti.

Waktu teramat cemburui kami, kami pulang kehotel sebelum waktu maghrib. Pecutian aku di sini menjadi satu kenangan manis tetapi dipenuhi kepahitan yang mungkin orang lain tidak pernah tahu apa yang aku lalui. Hanya ketabahan dan kesabaran yang sentiasa menemani aku selain Allah S.W.T. Setiap tanda tanya yang menjadi peneman istimewa bukan hanya menjadi tanda tanya yang kosong tetapi itulah permulaan bagi aku untuk hadapi hari-hari seterusnya.

Sepanjang malam aku hanya berehat tanpa di ganggu sesiapa melainkan Kak Rina dan Afiz. Itupun sebab mereka hendak jumpa sebelum pulang esok. Sedih pula rasanya nak berpisah dengan mereka tapi apakan daya setiap orang ada tanggunggjawab tersendiri.

Semua pelajar sedang sibuk mengemaskan apa yang patut. Aku sudah pun kemas semua barang-barang dan berhajat untuk tidur awal. Malam aku di temani suasana yang sungguh dingin dan debaran untuk terus mencari noktah demi noktah yang mungkin akan temui persoalan yang akan terjawab semua tanda tanya untuk hari-hari mendatang.

Semoga perjalanan berjalan dengan lancer dan selamat sampai ke tanah air pada esok hari, in Shaa Allah……………


To be continue…

klik SINI untuk PART # 2 (ii)

3 comments:

AiSyA LiEzA said...

hehehhe... x fhm perasaan sndiri ke apa tu..hek3.. :) pnjgnnyer XD xpe2..smbg2 :)

mentari alam lembayung alam said...

haha..suke baca..xsabar nak tunggu next..tu maksudnye..suke tapi menafikan atas sebab menjaga hati utk yang berhak.. ;) tapi perasaan itu anugerah..

nur naa'irah said...

aisya : :-)..in shaa ALLAH next episod menyusur dan last episode sudh hampir..

mentari : hehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ILMU MILIK ALLAH

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang belajar ilmu agama yang seharusnya untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t. tiba-tiba dipelajarinya hanya untuk mencapai tujuan dunia, maka dia tidak akan dapat bau syurga pada hari kiamat" (Riwayat Al-Nasai dari Abu Hurairah r.a.)

SAIDINA ALI BIN ABI TALIB

Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.
 
Full design and Custom Blog Design by jiakreatifelt.com