Tuesday, May 28, 2013

"MENCARI SATU NOKTAH" Part # 2 (i)


“setiap pertemuan pasti akan berakhir dengan satu perpisahan. Di mana noktahnya bagi suatu perhubungan yang belum kita pasti penghujungnya..Adakah Dyana akan terus berusaha untuk mencari noktah tersebut yang diiringi pelbagai persoalan atau sebaliknya....”






Iqin??” Aku dengan confident panggil seorang ’awek’ ni dengan nama Iqin. Seriously sebiji dengan kawan aku. Aku dengan dia hendak kata sahabat karib tak adalah sangat tapi boleh dikategori rapat juga.

Iqin kawan aku sejak sekolah lagi. Sekarang dia continue study kos undang-undang. Kami kerap juga jumpa tapi sejak kebelakangan ni masing-masing sibuk. Kami sama-sama  masuk study dan sama-sama habis study. Mean kitorang graduate tahun yang sama.

            “Yes, i am. Eh Dya!!!” Dengan spontan dia peluk aku di tengah-tengah khalayak ramai. Hampir nak pengsan aku di buatnya. Apa taknya peluk bagaikan tak pernah jumpa berpuluh-puluh tahun lamanya. Kawan aku sorang ni memang suka over acting. Hahahaha.
Shazwasyiqin nama sebenar Iqin. Dia lebih suka panggil aku dengan panggilan Dya.

            “Iqin, miss you so much. How’re you? Iqin buat apa kat sini? Datang hantar siapa or Iqin yang nak pergi mana?” Aku terus bertanya mengalahkan wartawan. Tabiat ingin tahu tak pernah berubah lebih-lebih lagi bila jumpa kawan-kawan lama.

            “Dya ni tak pernah berubah kan. Pantang dapat peluang bercakap, semua soalan nak tanya. Heheee. Alhamdulillah Iqin sihat. Iqin datang nak jumpa kawan. Katanya dia nak pergi Egypt seminggu ada lawatan katanya. Tu yang datang jumpa sebelum dia berangkat.” Dia seakan-akan mengelak untuk aku terus bertanya. Lalu dia meminta diri.  

Tak sempat nak bersembang panjang, Iqin  minta diri. Sudah lambat katanya. Aku biarkan saja. Aku faham setiap orang ada rahsia tersendiri dan urusan tersendiri. Aku tidak juga sempat tanya siapa kawan dia, manalah tahu senior aku ke, junior aku ke or maybe kawan-kawan aku sendiri ke sebabnya dia cakap kawannya nak pergi Egypt untuk lawatan.

            “Dyana!!!” Kak Sally cuba sedarkan aku dari lamunan. Seakan-akan melihat sesuatu yang tidak dijangka apabila melihat Iqin menuju kearah Ery.

 Kak Sally satu-satunya senior yang cukup rapat dengan aku. Banyak rahsia antara kami. Tidak ada seorang pun yang sedar kami serapat seperti adik dan kakak.  

            “Ya Allah, akak. Terkejut saya.” Aku cuba control keadaan.
Aku masih tertanya-tanya macam mana Iqin boleh kenal dengan Ery. Diorang nampak rapat sangat. Seolah-olah ada special relationship. Mesra. Penuh rahsia disebalik perbualan mereka. Penuh dengan sejarah yang misteri disebalik pandangan  mereka. Pandangan kawan-kawan Ery seperti mengetahui 1001 tentang sejarah mereka berdua. Apakah hubungan mereka sebenarnya???

Persoalan demi persoalan muncul dalam benak fikiran aku. Seolah-olah sudah kenal bertahun-tahun lamanya. Aku terkejut, kenapa mesti kawan aku sendiri. Kawan rapat aku. Pada masa yang sama hati aku risau. Gelisah. Ingin semua persoalan yang bertubi-tubi dijawab dengan segera tapi apakan daya.  Semua  itu tak mungkin akan berlaku. Biarlah persoalan itu menjadi rahsia demi rahsia buat masa sekarang untuk aku terus mencari noktah di setiap persoalan tersebut.  

“ Apa yang harus aku buat. Kenapa mesti Iqin??Tapi tidak pula Ery bagitahu yang dia ada GF or teman tapi mesra or close friend perempuan or tunang sepanjang perkenalan kami. Walaupun kitorang agak rapat. Isyhh, think positif Dyana. Setiap orang ada private tersendiri.” Aku bermonolog.

            “Dyana ok? Macam ada yang tak kene akak tengok. Siapa tadi tu?” Dengan pantas aku mencari jawapan yang selamat. Mungkin Kak Sally tak perasan Iqin sebab Iqin jalan dengan pantas sekali. Aku tak pasti sama ada Kak Sally tahu atau tidak mengenai Iqin dan Ery.

            “Hehehe. Saya oklah Kak Sally. Don’t worry. Everything ok. In shaa Allah.” Aku jawab seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.

Aku cuba alihkan pandangan agar Kak Sally tidak perasan dengan apa yang sedang berlaku. Perasaan ingin tahu makin menbuak-buak tapi aku sudah nekad tidak akan sesekali tanya Iqin apatah lagi Ery. Bukan senang untuk percaya pada seseorang lebih-lebih lagi orang yang baru kita kenal. So, perangai aku ni jenis yang suka uji kepercayaan sebelum mempercayai seseorang dengan cara aku yang tersendiri.

Sepanjang penerbangan kami ke Egypt aku tidak banyak sembang. Maybe penat. Lagipun aku tak nak sesiapa pun perasaan apa yang sedang mengganggu fikiran aku. Aku ni jenis yang tidak suka bercerita lebih-lebih lagi bila aku ada problem or something yang disturb fikiran aku. Huhu. Aku hanya layan kawan-kawan macam biasa. Ery ada juga sembang dengan  aku dan aku hanya berkelakuan seakan-akan tidak ada apa yang berlaku di lapangan terbang tadi.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………....

 Setelah sampai dilapangan terbang…Egypt aku tiba..

Dari jauh aku sudah nampak ‘pemandu pelancong’ aku. Senior aku time aku sekolah dulu. Kami ada sejarah yang tersendiri. Sejarah yang tidak mungkin dapat aku lupakan 100%. Banyak pengalaman yang kami lalui. Banyak perkara yang dapat kami rasai. Banyak perkara yang dapat kami perlajari. Tetapi biarlah menjadi rahsia antara kami berdua. Dia study kat sini.

            “Afiz! Akak!” Aku memanggil sambil melambai tangan kearah mereka. Tidak ada sesiapa pun yang perasan kerana aku sengaja tak nak sesiapa tahu. Aku tak nak membuka kisah silam. Yang lepas biarlah berlalu. Biarkan menjadi kisah silam antara kami. Apa yang aku mampu cakap. Cukuplah apa yang berlaku antara aku dan Afiz. Di sebabkan itu aku takut untuk memberi peluang pada hati sendiri untuk terus menerima cinta dari seorang jejaka dengan sewenang-wenangnya. Tapi kami tidak pernah bermusuhan, kami masih lagi kawan. Kerana itu adalah janji antara kami. Tetapi sekarang dia sudah pun merancang untuk berkahwin. Alhamdulillah. Bakal isterinya sangat baik dengan aku. Kakak Rina. Tidak ada rahsia antara kami bertiga especially apa yang aku dan Afiz lalui dulu.

            “Ana. Miss you.” Ini lah panggilan dia sejak dulu sampai sekarang. Tidak pernah berubah walaupun kami hanya seorang kawan sekarang. Kadang-kadang panggilan ini mengingatkan aku masa silam kami. Tapi nak buat macam mana, perkara sudah pun menjadi bubur. Kami redha dengan apa yang berlaku. Apa taknya, family aku dan family dia saling mengenali. Family dia pun pernah datang ke rumah aku.

            “ Afiz, akak, sorry. Ana tak dapat ikut korang. Kitorang sudah pun book transport untuk balik hotel. Kita jumpa nanti ea kat Universe Hotel. Apa-apa Afiz text, OK??” Sempat je aku berpesan. Hehehe. Kak Rina hanya tersenyum.

            “OK!” Ada je gaya dia yang mengungkit kisah silam kami. Tapi setiap kali dia sengaja ungkit aku tidak pernah layan. Al-maklumlah, bila aku bagi peluang dulu tak nak hargai, bila nasi sudah jadi bubur barulah berusaha nak jadikan bubur tu nasi kembali. Memang tak mungkin terjadi melainkan hanya dengan kuasa ALLAH s.w.t.sahaja. Jodoh maut di tangan Tuhan.

Aku sentiasa ingatkan dia,aku tidak akan bagi peluang ketiga. Tapi hargailah peluang yang aku bagi. Bukan susah untuk aku berbudi bicara tapi bila orang sudah tidak hargai pemberian kita. Siapa tak kecewa. Siapa tak berputus asa. Seakan-akan aku sorang yang berusaha tapi dia?? Langsung tak fikir untuk berubah. Langsung tidak pandang pemberian aku masa tu atas sebab-sebab yang menyakitkan hati aku sendiri tapi aku cuba berfikiran professional atas nasihat kawan-kawan aku.  

Selembut-lembut hati aku, ada juga level kesabarannya. Kadang-kadang orang yang tidak suka marah akan lebih serius bila dia betul-betul  marah. Jangan ingat orang yang berhati lembut tidak suka merajuk / terasa. Sekali hati dia merajuk / terasa bukan senang lagi untuk di pujuk. Hati manusia mana yang tidak ada perasaan. Jangan sesekali kita permainkan perasaan atau memberi harapan pada orang lain walaupun atas alasan untuk memilih yang terbaik. Tak salah dan ini adalah tindakan yang bijak tapi biarlah kita pun bijak dalam mengurusnya.

 Aku cukup tertarik dengan kata-kata ni; “jangan biarkan sesuatu yang kita kendong berciciran, apa yang kita kejar tidak dapat”. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Yang terbaik adalah, tanyalah ALLAH dan mintalah petunjuk dariNYA sebelum kita membuat sesuatu keputusan lebih-lebih yang berkaitan dengan pilihan hidup kita. Kerana pilihan hidup adalah suatu perkara yang teramat penting. Setiap orang inginkan yang terbaik. Calon yang beriman, jujur, setia dan macam-macamlah.

Bagi aku, sudah memadai kalau bakal suami aku yang sentiasa memberi peringatan kepada aku kepada terhadap perkara yang baik, mengingatkan aku kepada ALLAH. Yang sentiasa menegur aku untuk terus perbaiki pada jalan yang benar. Yang sentiasa ingat mengingati. Kalau dapat yang wara’ itu adalah bonus. Tapi sebelum tu, kita cermin diri kita dulu. Adakah aku pada tahap yang aku idamkan. Wallahua’lam…

Cuti musim salji telah pun bermula. Malam yang cukup dingin. Keadaan yang beku. Suasana yang cukup indah. Subhanallah. ALLAH itu Maha Agung. Maha Bijaksana.  Aku seakan-akan di buai mimpi sambil memerhati salji yang membasahi bumi Egypt. Semua persoalan yang bermain dalam benak fikiranku seakan-akan meminta izin untuk terus  berlalu bersama salji yang kian rancak menari di luar sana. Aku dalam lamunan. Melayan fikiran yang tidak pernah berhenti memikirkan persoalan yang tidak pernah pergi dan yang sentiasa memaksa aku untuk terus mencari jawapan disebalik persoalan.

            “Emmm, ye. Maybe cuti kali ini adalah cuti yang penuh misteri. Cuti yang bakal menjadi tanda tanya bagi setiap orang.” Aku berteka-teki terhadap sesuatu yang belum pasti.

            “ Lamunan aku terhenti dek deringan telefon.” Dengan lemah, aku bangun untuk dapatkan HTC kesayangan aku di atas meja.

            “Emm, Ery??” Fikiran aku terus terbayang apa yang telah berlaku di lapangan terbang KLIA.

Aku cuba motivasikan diri aku. Cuba positifkan fikiran  aku. Aku tak nak Ery syak apa-apa kerana aku ingin uji kejujuran Ery tanpa disedari olehnya.

            “Hello, assalamua’laikum. Ada apa call?” Aku sedaya upaya bersikap seperti selalu.

            “Wa’alaikumussalam. Tak ada apa-apa. Saja call nak bertanya khabar. Kenapa tak boleh ke?” Dia teramat bijak bermain dengan kata-katanya. Aku sentiasa beringat kepada hati aku sendiri agar lebih berhati-hati dengan kata-kata manis dari seorang lelaki yang mangalahkan madu lebah.

            “Saya ada cakap tak boleh ke? Just pelik tetiba call. Ingatkan saya ada buat something yang awak tak puas hati ke, apa ke. That all.” Aku dengan sengaja berkata sedemikian. Hanya melihat reaksinya.

            “Owhh. Tak pergi jalan-jalan ke? Kata tadi nak bawa saya pergi pusing-pusing sekitar area ni.” Ya Allah, aku hampir-hampir terlupa. Nasib baik mamat ni ingatkan aku kalau tak, tak tahu apa dah jadi dengan janji aku. Ya Allah ampunilah aku.

            “Tak confirm lagilah Ery. Saya sudah janji dengan awakkan, In shaa ALLAH saya cuba tunaikan. Saya tunggu panggilan dari kawan saya, nanti dia yang akan bawa kita pergi jalan-jalan.” Aku hampir kehabisan idea, nasib baik otak aku yang tidak pernah berhenti berfikir dengan pantas dapat mencari jawapan yang bagus.

Jarum jam menunjukkan pukul 8 p.m. Aku hanya menunggu panggilan dari Kak Rina or Afiz.

            “Owhh, ye ke. Harap-harap jadilah. Dapat juga merasai jalan-jalan dan hilangkan bosan ni Hehe.” Ery berkata sambil gelak kecil.

Aku mengakhiri perbualan dengan alasan tersendiri.

…tingtong..Loceng bilik di tekan.

            “Sekejap. Siapa??” Aku tidak terus membuka sebaliknya bertanya siapa. Yerlah, tempat orang kita tak tahu, langkah sentiasa berhati-hati mesti di amalkan.

           “Akak Rina” jawab Kak Rina.

          “Owhh, akak. Masuklah. Cantik akak. Hehe.” Tanpa buang masa aku terus buka pintu bilik.
Kak Rina kelihatan begitu cantik dengan berpakaian coat labuh. Aku hanya mampu tersenyum. Semoga mereka berdua bahagia kelak. In shaa ALLAH. Amin.

            “Ana dah siap? Afiz sudah tunggu kat bawah. Dia cakap, Ana janji dengan kawan nak bawa pergi jalan-jalan.” Yang dimaksudkan Kak Rina adalah Ery.

           “Owhh, a’ahh kak. Kawan Ana baru je call tadi. Hehe. Kejap ye akak.” Aku sudah bersiap dari tadi.

Aku capai telefon yang berada di atas meja lalu menghantar mesej kepada Ery.

            “Salam Ery, siap-siap sekarang. Saya on the way turun. Kitorang tunggu kat lobby ye.”
Dengan pantas Ery call aku.

            “Apahal pula mamat ni. Kan aku dah mesej tadi. Just reply mesej cukuplah.” Aku mengomel dalam hati.

            “Ye, kenapa Ery?” Aku jawab dengan malasnya.

            “Ok, saya turun sekarang. Tunggu ye. Dalam 5 minit lagi saya sampai.” Tak sempat aku bercakap dia terus putuskan talian. Dia memang camni, mesej bukan main susah lagi nak reply. Tak tahulah apa yang susah sangat. Call rajin pula.

Sebaik tiba di lobby, pintu lif terbuka. Aku dan Kak Rina berjalan seiringan. Aku terkejut tengok Ery sudah tercegat kat depan.

            “Mak oiii, ramai nya orang. Semua senior aku pula tu. Member-member sama batch pun ramai. Macammana ni. Huhhhhh.” Aku mencari jalan tapi buntu. Bukan apa, aku tak nak nanti tengok kitorang keluar sama. Nanti macam-macam gosip. Macam-macam tafsiran. Aku tak suka macam tu.

            “Aku hanya senyum pada Ery sebagai isyarat untuk keluar.” Nasib baik Ery faham.
Fuhhhh, lega. Afiz dan Kak Rina hanya bawa kami jalan-jalan sekitar kawasan tu saja memandangkan salji makin lebat membasahi bumi. Kami tak dapat keluar jalan jauh. Cuaca sangat sejuk. Kami terpaksa balik awal. Hanya sejam sahaja kami sempat ronda-ronda.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Sebaik saja sampai ke bilik, aku siap-siap untuk ulangkaji sedikit sebelum lawatan bermula pada awal esok pagi. Yerlah, nanti tak nak bila pensyarah sini bagi penjelasan aku terpinga-pinga lupa punya pasal. Aku lebih suka meluangkan masa untuk study di bilik mesyuarat atas kebenaran pihak hotel. Kerana kat sana tak ada apa-apa gangguan. Aku sengaja tinggal telefon kat bilik agar tiada gangguan ketika study nanti. Sebaik sampai, hanya satu kumpulan yang sedang study group. Junior. Pelajar sem 5.

Dengan khusyuknya aku study, tetiba ada orang menarik kerusi di sebelah aku. Aku terkejut.

 “What??!!Ery?” Aku berkelakuan seperti biasa. Hanya senyum kambing.

Kami study sama-sama. Aku ambil peluang untuk study dengan best student. Aku tanya apa yang tak faham. Tanpa di sedari, rupanya ramai lagi yang berada dalam bilik tu. Majoriti senior. Kak Sally pun ada. Aku risau. Risau bermacam-macan gosip. Mulut orang kita tak boleh tutup. Apa yang aku risaukan, berita yang bukan-bukan sampai ke telinga Iqin walaupun Iqin tidak mengetahui aku yang berkawan dengan Ery. Aku tak nak dia dengar tanpa mengetahui perkara sebenar. Setahu aku, Iqin berkawan dengan dua, tiga orang senior perempuan tapi aku tak pasti siapa orangnya.  Itu yang cukup merisaukan aku.

Selepas tiga jam kemudan…

Aku berkemas untuk balik ke bilik. Mata pun sudah layu. Mind terbayang katil je.

            “Dyana nak pergi mana?” Tanya Ery.

            “Nak balik bilik. Dah ngantuk Lagipun penat tak hilang lagi. Ok, by the way thanks a lot sudi luangkan masa tunjuk ajar dalam study.” Aku membalas dengan ayat yang agak skema.

           “Owhh, ok je. Sama-sama. Jom lah.” Dengan bersahaja Ery turut kemaskan buku-bukunya untuk balik bilik sama-sama.

            “Ahhh??oh, ok.” Aku tak mampu untuk menghalangnya.

Kami keluar dan balik bilik sama-sama. Mata  yang ada dalam bilik mesyuarat pandang semacam tapi aku buat tak tahu je. Aku tahu apa yang aku buat. Aku bukan buat salah pun. Tapi aku mesti jaga pergaulan aku agar mereka tidak berfikiran negative terhadap kami berdua. Kami hanya kawan-kawan biasa sahaja.

Keesokkan harinya…..

To be continue..

Klick SINI untuk PART # 1 (ii)


9 comments:

NJihe.am said...

salam singgah. bagus cerpen awak. cuba hantar pula di penulisan2u.com.my

Unknown said...

NJihe : thanks..in shaa ALLAH..:-)

Unknown said...

erm...lelaki mmg macam tu..bila bagi peluang tak nak hargai..bila kita dah move on..masa tulah dia terhegeh hegeh datang kat kita..hehe..sori, teremo pulak..haha

Lieza Nordin said...

suka ayat tu.. stiap pertemuan pasti ada perpisahan :)) hempoke je boleh lelaki tuh?? ngee~~ :)

Unknown said...

terus kan lah penulisan ...sb pengisian nyer sgt mnarik

Unknown said...

terus kan lah penulisan ...sb pengisian nyer sgt mnarik

Unknown said...

Assalamualaikum... Jalan cerita menarik tetapi macam saya katakan cuba guna bahasa melayu sepenuhnya. Jangan campurkan bahasa pasar. Diorang, kitaorang dll tukarkan ke bahasa yang betul :) By the way saya rasa jika nak masukkan omputih, elok di italickan atau lebih baik tak payah guna terus. Lenggok bahasa boleh diperbaiki lagi.

Contoh: "Nak balik bilik. Dah ngantuk Lagipun penat tak hilang lagi. Ok, by the way thanks a lot sudi luangkan masa tunjuk ajar dalam study.” Aku membalas dengan ayat yang agak skema.

boleh tukar macam ni.

"Saya nak balik ke bilik. Mata saya tak boleh tahan disebabkan penat pun belum hilang lagi. Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meluangkan masa bersama-sama saya pada malam ini untuk sama-sama mengulangkaji." Aku membalas dengan ayat yang agak skema. <-- bukan ke lebih skema? hahaha

bab komen kritik pandai, try buat tengok..

Unknown said...

ahmad : xper..sy suke bila org komen..dpt improve kan g...thanks a lot..

nur syira said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ILMU MILIK ALLAH

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang belajar ilmu agama yang seharusnya untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t. tiba-tiba dipelajarinya hanya untuk mencapai tujuan dunia, maka dia tidak akan dapat bau syurga pada hari kiamat" (Riwayat Al-Nasai dari Abu Hurairah r.a.)

SAIDINA ALI BIN ABI TALIB

Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.

 
Full design and Custom Blog Design by jiakreatifelt.com