Thursday, May 23, 2013

UJIAN DARI ALLAH








Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Subhanallah..Begitu hebatnya ALLAH..mencipta sekalian alam..yang cukup cantik..Berkelipan bintang-bintang di langit. Subhanallah. Semoga hari esok kita masih lagi dapat melihat cahaya yang begitu terang di atas. Seakan-akan senyum. Tenang. Tidak ada satu pun problem. Cukup tenang.

Setiap manusia tidak akan terlepas dari ujian dariNYA. Yang membezakan adalah ujian itu besar atau kecil. Ujian itu berat atau ringan. Yang pasti ujian itu setimpal dengan kemampuan seseorang. Allah itu Maha mengetahui mana yang terbaik untuk hambaNYA. DIA tidak akan membebani hambaNYA di luar kemampuan kita. Setiap yang Allah bg pasti ada sebabnya. Cuba kita fikir, kita renung kenapa kita di uji sedemikian. Cuba fikir sikap kita, kelakuan kita sebelum ini.

Kadang-kadand ujian itu tidak pernah berhenti dalam hidupnya. Maybe Allah ingin menguji tahap keimanan kita. Semakin banyak ujian yang kita hadapi, semakin dekat kita dengan ALLAH. Agar kita tidak lalai tidak berjauhan denganNYA..betapa Maha Panyayangnya ALLAH s.w.t.

Sama-sama kita hadapinya dengan penuh kesabaran. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Hanya kita tidak mengetahui bila hikmah itu kita dpt dikecapi. Wallahua’lam.

Sekian, wassalam. Terima kasih sudi singgah. Semoga entry pendek ini dpt membuka mind kita. Sentiasa bersyukur. Berprasangka baik terhdp ALLAH.  In shaa ALLAh.

7 comments:

Harith Iskandar said...

insyaallah semua org ada ujian masing2.tp kita kena bersangka baik kan? tul tak? hehe :)

nur naa'irah said...

harith : iye betul..

D'ya D'ana said...

betul tuh,, kesabaran amat penting sewaktu mnghadapi dugaan,, jangan mengalah dan bertawakal lah kepada Allah :)

tenku butang said...

yea.. setuju .. Allah beri dugaan utk kita sebab tahu kita bole handle semua..

Nursyifa Azizah said...

Done folback :)

bakal jenazah said...

InsyaAllah,Allah kan dah kata,Allah takkan membebani hamba-Nya melebihi kemampuan kita. ;) Be strong! ^-^

nadia farahida said...

insyaAllah, dia maha mendengar lagi maha mengetahui :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ILMU MILIK ALLAH

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang belajar ilmu agama yang seharusnya untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t. tiba-tiba dipelajarinya hanya untuk mencapai tujuan dunia, maka dia tidak akan dapat bau syurga pada hari kiamat" (Riwayat Al-Nasai dari Abu Hurairah r.a.)

SAIDINA ALI BIN ABI TALIB

Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.
 
Full design and Custom Blog Design by jiakreatifelt.com