Friday, May 10, 2013

"MENCARI SATU NOKTAH" PART#1 (i)





Disebalik kesibukan dengan kerja yang bertimbun2 semua orang ada hal tersendiri,masing2 khusyuk di meja study, tetiba isu kahwin di ungkitkan.

” Alamakkkk!!!kenapa mesti isu kahwin, tak da isu lain ke Elyn oiiii”. Aku bermonolog.


Kami pandang sesama sendiri. Reaksi time tu kelakar habislah. Hahaha. Apa taknya aku, Ira dan Nisya  dengan serentak pandang Elyn.  Elyn pula buat don’t know je..<muka innocent>. Sembang la kami sesama roomate ni. Macam-macam impian lah diorang ni. Siap mention lagi nak kahwin umur bape. Hehe..aku??aku senyap jerlah. Calon pun tak ade nak cakap pasal ‘kawin umur bape’ <tak layak kott..hikhik>.

Emm..rupa-rupanya ada udang di sebalik isu  yang di bangkitkan oleh Elyn roommate yang aku sayang sorang niii. Aku da agak da. Macamlah aku tak kenal Elyn tu. Hehe.Tapi she is the best friend for me.<wink2>.

            “Dyana, teman  saya pergi kenduri kawan saya minggu depan,boleh?” Elyn bertanya seakan-akan  ingin mendengar jawapan ‘Ya’ dari aku.

             “Emm..kat mana? Macam best je, lama dah tak merasa ‘nasi kenduri’ ni. Elyn ni tahu-tahu je kan.” Jawab aku sambil ketawa sopan.

            “Dekat je Dyana, area Klang. Nanti kawan saya pick up kita tengah hari. Kawan saya laki, itu yang berharap sangat Dyana temankan Elyn. Segan pula if sorang-sorang, pompuan pula tu” Penjelasan yang panjang lebar dari Elyn. Tidak perlu tanya lagi.

            “Owhh, segan lah pula dengan kawan Elyn tu. Emm, tengok dulu macamana ea. Tak janji tau”  Jawab aku dengan jawapan yang selamat.

            “Alaa Dyana, bolehlah. Hmm,tak apelah tak nak paksa Dyana” Aku dapat menghidu kekecewaan Elyn dari nada suaranya.

“Apepun nanti saya confirm lain ye,lagipun next week lambat lagi” Jawab aku dengan muka seposen dan masih belum memberi apa-apa jawapan. Setuju pun tidak, tidak setuju pun tidak.

Aku lah yang jadi mangsanye <padahal nak sangat2 ikut..hakhak> sebab kebetulan time tu Nisya dan Ira balik. Aku dan Elyn je tak balik kampung sebab cuti pun tak lama. Itu yang tak balik.

“Azan akan berkumandang, menunjukkan masuk lah waktu solat Isyak”. Camni lah lebih kurang bunyi nye sebelum azan di laungkan <radio punye ye..hakhak>

So, perbualan kitorang terpaksa di STOP. Hormat azan. Then terus solat agar tak tertangguh waktu solatnye. <solat berjemaah>. Setelah selesai solat, kami masing-masing buat kerja yang tertangguh tadi gara-gara kawin punye HOT TOPIC tadi. <huhhhhh> nasib baik tak meleret sembangnye.
...................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................
Elok je tengah khusyuk buat kerja, tetiba rasa kesian pula kat Elyn.

            “Hmmm, nak pergi or tak nak. Mana satu ni. Kalau pergi macam best juga tapi emm. Tak nak lah. Nanti Elyn macammana pula??” Otak aku ligat mencari jalan.

Tak ape Dyana, focus kerja dulu fikir kejap lagi. <ambil mood ‘focus’ tadi yang telah di curi> . Aku sambung kerja yang terbengkalai tadi gara-gara masalah cenonet ni je kot. <aisyhhh kalut betul Dyana ni>. Keadaan bilik kembali tegang. Masing-masing focus pada kerja yang perlu di siapkan, study yang perlu di habiskan prepare untuk exam next month. <budget rajin je,hehe>. Jam analog pada laptop menunjukkan pukul 1 pagi.

            “Ya Allah, penatnye. Lesu dah otak saya. Alhamdulillah siap juga kerjanya. Terima kasih ya Allah.” Aku bersuara.

            “Emm,betul betul betul.” Nisya juga tidak ketinggalan meluahkan rasa penatnya setelah berjam-jam berdating dengan bukunya.

Elyn masih lagi focus dengan kerjanya, manakala Ira pula ke bilik kawannya lah tu. Study group. Around pukul 3 pagi tahulah dia balik bilik. <senario student, camni lah ye>. Dengan tidak sengaja jari runcing aku rancak menaip huruf-huruf yang ada pada laptop aku sendiri. Apa yang ditaip?? LOGIN FACEBOOK la, tak ada kerja lain <isyhhh,apa nak jadi dengan dunia yang berteknologi sekarang. Budak-budak pun dah hebat dengan IT>. So, tengok-tengok jer NOTIFICATION kat FB tu. Apa yang best. <biasalah, login FB tu jerlah yang tengoknye> nak selongkar orang punya jauh sekali lah <not my style OK!!!!>. Yang aku suka selongkar BLOG. Hehe. Besttt kott, banyak knowledge yang kita dapat. Pelbagai pendapat yang kita dapat baca dari seluruh pelosok dunia <kata IT..hikhik>. So, dari situ kita dapat belajar, walaupun hanya dengan membaca ia boleh di jadikan satu pengalaman <pendapat akulah,tak tahulah orang lain>

            “Dyana, buat apa tu!!” Sergah Nisya.

            “Ya Allah, terkejut saya. Nisya ni” Balas aku sambil cubit manja lengan Nisya <Gelak Nisya>

            “Dyana, Elyn dahlah buat kerjanya. Time’s up. Time to sleep.” Katanya dengan suara manja dia tu.
Aku dan Elyn buat-buat don’t know je. Kenal sangat dah fi’il si Nisya tu. <hihihi>. .........Aik, dah tidur rupanya Nisya. Hehe. Tak pernah berubah, bab2 tidur je cukup senang. Letak jer kepala terus lena. Aku dan Elyn kemas-kemas meja. Dah tak larat, continue esok lah pula.
....................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................
Tiga hari yang lepas, Nisya dan Ira dah berangkat ke kampung masing-masing.

Setelah selesai solat subuh dan baca surat cinta dari ALLAH s.w.t, aku termenung di tepi tingkap. Subhanallah begitu indah MMS yang ALLAH bagi kepada hambaNYA untuk di renung, dilihat, dikongsi bersama-sama. Allah itu Maha Pemurah. Allah itu sweet kan. <hampir nangis, bila merenung>. Pagi yang cukup indah, suara burung yang berkicauan seakan-akan bertegur sapa dengan aku. Angin yang sepoi-sepoi bahasa seakan-akan memahami apa yang bermain dalam kotak fikiran aku. Elyn selesai solat subuh.

            “Elyn, oklah. Saya teman Elyn pergi kenduri. Kejap jerkan?” Aku mulakan perbualan dengan kata-kata yang boleh memberi satu senyuman yang indah kepada Elyn sesuai dengan pagi yang cukup indah.

            “Betul ke Dyana??Terima kasih Dyana. Sayang Dyana banyaklah. Kejap jer. Tak lama pun. ” Dengar je kata-kata aku tadi, Elyn nampak cukup lega. Senyum.

Aku lega, senang hati, gembira. Sebab dapat buat sahabat kita sendiri tersenyum. Aku decide pada pagi tarikh kenduri kawan Elyn. So, aku tak ada lah prepare apa-apa baju yang KHAS. Just pakai baju apa yang ada. Yang penting bagi aku menutupi aurat aku sebagai seorang muslimah dan penampilan juga terjaga. <kecantikan tu tak pernah nak lupa kan. Hakhak. Perempuan, tapi ingat. Berhias kita untuk diri kita sendiri melainkan bila kita sudah bersuami, berhias kita untuk suami kita KERANA ALLAH. Allah kan sukakan kecantikan, kekemasan>

Aku dan Elyn, masing-masing bersiap. Apa taknye, kawan Elyn dah call katanya On the way dah. Tunggu punya tunggu, tak juga sampai-sampai. Emmm, lebih kurang setengah juga kami tunggu.

            “mestiku rapuh dalam langkah kadang tak setia kepadaMU,namun cinta dalam jiwa hanya padaMU.......” iPhone Elyn berdering.  <promote sikit : lagu ni tajuk rapuh(opick)..>

            “Assalamu’alaikum. Apa?owhh dah sampai. Ok. Kitorang turun sekarang.” Dengar dari perbualan diorang, confirm sudah sampai. Terang lagi bersuluh.

            “Dyana, jom. Kawan Elyn dah sampai.” Aku dengan slownya keluar dari bilik. Segan kot. Dahlah tak kenal. Isyhhh. Camana.

            “Owh, ok,ok.” Aku keluar dengan selamber je.
Kenari hitam satu-satunya ada kat depan cafe kolej tu. Dengan yakinnya aku bermain teka teki dengan diri sendiri mengatakan tu kawan Elyn.

            “Elyn, mananya kawan awak tu?” Saja tanya nak kepastian.

            “Yang tu.” Jari Elyn tepat dan jitu mengarah kepada kenari hitam.

            “Yeahhh, betul tekaan aku tadi.” Aku bermonolog. Eh, apasal aku ni. Isyhhh. Ya Allah.
Elyn siap bukakan pintu lagi untuk aku kot. Sayanglah Elyn. Layanan dia kat kawan-kawan dia tak pernah berubah. Sangat baik. Aku masuk jerlah. Tak pandang pun kawan Elyn tu. Masuk terus tutup pintu dan diam membisu.

            “Hai Dany. Ko sihat? Lama kot kita tak contact. Aku ajak roommate aku temankan. Boleh jer kan?” Dany hanya senyum sambil memandang ke arah aku. Maybe tertanya-tanya siapa aku.

            “Aku macam nilah El, alhamdulillah sihat. Owhh, boleh je. Aku tak kisah pun. ” Elyn senyum kat aku.

“Dany??El?” Dahi berkerut memikirkan jawapan. Aku pandang Elyn penuh dengan persoalan.

“Time Elyn study dulu kawan-kawan panggil Elyn, El. Hehe. Dyana pelik ea.” Eh, tahu-tahu je si Elyn  jawapan ni yang aku cari.

            “Owh, patutlah. Hehe. Dyana macam pernah tengoklah kawan Elyn, Dany ni.” Aku tak tahu macam mana tetiba aku boleh cakap macamni. Ya Allah. Kalau salah orang. Eeee, malunya. Tapi tetap buat cool.

            “Awak Fakulti Perubatan ea?” Aku terkejut tetiba Dany bersapa dengan aku.

         “Ahhh, emm ya. Dental Surgery. Kalau tak silap, saya pernah nampak awak kat fakulti saya.” Aku berterus terang.

            “A’ah. Saya pun Fakulti Perubatan. Samalah Dental Surgery. Maybe kot sebab saya pernah join class dengan junior untuk subject medik, Microbiology.” Aku hanya senyum tanda setuju.

Pada masa yang sama, Dany drive dengan laju menuju ke rumah sewanya, pick up housematenya. Classmate katanya. Mean senior aku juga lah kan. Oh tidak. Kecilnya dunia. Pi mai pi mai tang tu juga.  

Sebaik sahaja kawannya memasuki kereta.................

            “Ery, junior kita kat belakang.” Dany suka-suka jer introduce bagi pihak aku kat member dia tu. Aku buat don’t know je. Just senyum tanda hormat kita kat orang. Senyum kan satu sedekah. Tapi mak oiii, sombong kot kawan Dany tu. Senyum pun tak, tegur jauh api dari panggang lah. Memang tak kot. Ada aku kisah. Biar lah dia. Lain orang lain ragamnya lain pula fi’ilnya. Maybe sebab baru kenal. <Astagfirullah al-‘azim. Tak baik judge orang yang buruk-buruk>

So, after pick up Ery kami terus menuju ke tempat kenduri. Sepanjang perjalanan kami kat sana, aku hanya diam membatu. Nak sembang tak ada idea. Elyn, Dany jerlah yang rancak. Ery ada juga mencelah. Maybe Dany kesian kot kat aku nampak muka bosan. Kadang-kadang dia sembang juga dengan aku. Tanya aku student semester berapa, study ok ke tak. Then sempat lagi promote kawan dia Ery. Kalau ada tak faham boleh bertanya. <Tak lah kot. Haha>

Lebih kurang setengah jam, kenari yang kami naiki sampai di tempat yang di tuju.......

To be continue...

7 comments:

Unknown said...

terlalu lama dah tak mengadap novel.. tak tahu pulak nak komen apa..

Anonymous said...

haha ok la kak :) ta sbar nak tunggu part yg seterusnya :D
akk di tag!

http://ikutsukaakuaje.blogspot.com/2013/05/nak-tahu-tentang-saya.html

Unknown said...

d'ya : in shaa ALLAH next part coming soon..ok..tq..:-)

Unknown said...

menarik...tak sabar nk tahu seterusnya...^^

ANIA MALNA said...

nice story~good effort dear~waiting for the next entry
but xpe ye akak komen sikit,
kalau boleh nur kena kurgkan sikit bhasa pasar cyg n english words pun kurangkan sikit juga~

but overall, thumbs up~santai~

Unknown said...

dari guna < > untuk bahagian dialog, lebih baik guna " ". baru nampak gaya bercakap. Jika betul-betul nak buat novel, boleh la guna bahasa ibunda @ bahasa baku, jgn campurkan bahasa pasar. Penjagaan bahasa melambangkan tuan punya cerpen. hehe

Unknown said...

penulisan novel dan blog berbeza. < sambungan.. blog kita boleh tulis aje apa pun.. tapi novel or cerpen bg aku standardkan lagi bagus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ILMU MILIK ALLAH

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang belajar ilmu agama yang seharusnya untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t. tiba-tiba dipelajarinya hanya untuk mencapai tujuan dunia, maka dia tidak akan dapat bau syurga pada hari kiamat" (Riwayat Al-Nasai dari Abu Hurairah r.a.)

SAIDINA ALI BIN ABI TALIB

Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.

 
Full design and Custom Blog Design by jiakreatifelt.com