Wednesday, October 23, 2013

PROGRAM VAKSINASI HPV



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA, SALAM SATU MALAYSIA





SEMUA…Alhamdulillah kita masih lagi mampu untuk bernafas.

Pernah tak anda dengar HPV ATAU Program Vaksinasi HPV??? Jom kita terjah!!!!!!

Vaksinasi HPV merupakan salah satu cara pencegahan primer untuk menghindari daripada KANSER SERVIKS.

Yang palinggg penting!!! Program Vaksini HPV ini merupakan satu program yang di usahakan oleh Lembaga Penduduk Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan di bawah naungan Kemeterian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Objektif utama program vaksin ini adalah untuk mengurangkan beban penyakit sebagai penyebab Kanser pangkal rahim selama 20 tahun yang akan datang.

Matlamat utama vaksin ini adalah : 

·   memberi vaksin HPV kepada semua perempuan dari umur 18 dan 20 tahun  yang tergolong dalam "kumpulan sasaran"
• Untuk melindungi wanita Malaysia dari risiko jangkitan HPV
• Untuk mengurangkan risiko kanser pangkal rahim di kalangan wanita di Malaysia.




Seperti yang sedia maklum, Kanser Pangkal Rahim adalah penyakit dimana sel-sel serviks berkembang secara luar biasa dan lebih kurang 99.7%  kes kanser pangkal rahim disebabkan oleh "human papillomavirus"(HPV). Memberikan vaksin kepada golongan wanita merupakan salah satu cara yang terbaik untuk  mengurangkan kematian sebanyak dua pertiga. Ia adalah kanser ketiga yang paling biasa dalam kalangan wanita di Malaysia dan seharusnya dicegah hingga ke dasar!!!

Oleh itu, semua wanita yang lahir pada tahun 1993 to 1995 ATAU berumur 18 tahun hingga 20 tahun layak untuk menerima vaksin HPV secara PERCUMA.

Penjelahan penting kali ini akan di adakan di Bukit Expo, UPM. Jam dari 9am hingga 4pm.





Bukit Expo,UPM






Lokasi



UPM, Serdang




Bagi mahasiswa UPM, Serdang Ini merupakan peluang yang sangat luar biasa DAN bagi mahasis yang dapat menyelesaikan semua dos vaksin iaitu 3 doa akan mendapat pas percuma ke konsert artis-artis tempatan yang terkenal pada 2 Mac 2014.

Dalam masa terdekat, bagi yang lebih berminat untuk daftar vaksin berkumpulan yang terdiri daripada 5 orang di mana pesertanya terdiri dari setiap universiti atau kolej layak untuk cabutan bertuah !!!!


  

 

Hadiah menarik menanti iaitu DESTINASI YANG MENARIK anda dan ditaja sepenuhnya pada program “GIRLS DAY OUT”.

Masih sempat untuk membuat keputusan
Jom sertai!!!!

Untuk maklumat lanjut mengenai LPPKN Program Vaksinasi HPV untuk Wanita serta maklumat mengenai lokasi roadshow , Sila layari

http://www.facebook.com/PVHPV> http://www.facebook.com/PVHPV. 

2 comments:

sitirohaida said...

kalau dekat boleh jugak pergi nie..

Unknown said...

Kisah Si Diary : owhh..xper..kalu ade rezeki..boleh p tmpt y berdekatan :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ILMU MILIK ALLAH

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang belajar ilmu agama yang seharusnya untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t. tiba-tiba dipelajarinya hanya untuk mencapai tujuan dunia, maka dia tidak akan dapat bau syurga pada hari kiamat" (Riwayat Al-Nasai dari Abu Hurairah r.a.)

SAIDINA ALI BIN ABI TALIB

Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.

 
Full design and Custom Blog Design by jiakreatifelt.com