Al-Hakim meriwayatkan
Alqamah bin Haris r.a berkata, aku datang kepada Rasulullah s.a.w dengan
tujuh orang dari kaumku. Kemudian setelah kami beri salam dan beliau tertarik
sehingga beliau bertanya,
"Siapakah kamu ini?" Jawab
kami, "Kami adalah orang beriman."
Kemudian baginda bertanya,
"Setiap perkataan ada buktinya, apakah
bukti keimanan kamu ?" Jawab kami, "Buktinya ada lima belas perkara.
Lima perkara yang engkau perintahkan kepada kami, lima perkara yang
diperintahkan oleh utusanmu kepada kami dan lima perkara yang kami terbiasakan
sejak zaman jahiliyyah ?"
Tanya Rasulullah s.a.w,
"Apakah lima perkara
yang aku perintahkan kepada kamu itu ?" Jawab mereka, "Kamu
telah perintahkan kami untuk beriman kepada percaya kepada Malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya,
Rasul-rasul-Nya, percaya kepada takdir yang baik mahupun yang buruk." Selanjutnya
tanya
Rasulullah s.a.w
"Apakah lima perkara yang diperintahkan oleh para utusanku itu
?" Jawab mereka, "Kami diperintahkan oleh para utusanmu untuk
bersaksi bahawa tidak ada dan engkau adalah utusan Ah, hendaknya kami mendirikan solat
wajib, mengerjakan puasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat dan berhaji bila
mampu."
Tanya Rasulullah s.a.w selanjutnya, "Apakah lima perkara yang kamu
masih terbiasakan sejak zaman jahiliyyah ?" Jawab mereka, "Bersyukur di waktu senang, bersabar di waktu
kesusahan, berani di waktu perang, redha pada waktu kena ujian dan tidak merasa
gembira dengan sesuatu musibah yang menimpa pada musuh." Mendengar ucapan
mereka yang amat menarik ini, maka Rasulullah s.a.w berkata,
"Sungguh kamu ini termasuk di dalam kaum
yang amat pandai sekali dalam agama mahupun dalam tatacara berbicara, hampir
sahaja kamu ini serupa dengan para Nabi dengan segala macam yang kamu katakan
tadi."
Kemudian Rasulullah s.a.w selanjutnya, "Mahukah kamu aku tunjukkan
kepada lima perkara amalan yang akan menyempurnakan dari yang kamu punyai
?
Janganlah
kamu mengumpulkan sesuatu yang tidak akan kamu makan.
Janganlah
kamu mendirikan rumah yang tidak akan kamu tempati.
Janganlah
kamu berlumba-lumba dalam sesuatu yang bakal kamu tinggalkan,
Berusahalah
untuk mencari bekal ke dalam akhirat."
No comments:
Post a Comment