Nabi
Idris a.s adalah keturunan keenam Nabi Adam, putera
dari Yazid bin Mihla'iel bin Qoinan bin Anusy bin Syith bin Adam a.s dan dia
adalah keturunan pertama yang dikurniakan kenabian setelah Adam dan
Syith. Nabi Idris a.s mengikut sementara riwayat bermukim di Mesir, di
mana ia berdakwah untuk agama mengajarkan tauhid dan beribadah menyembah . serta memberi beberapa
pedoman hidup bagi pengikut-pengikut agar menyelamatkan diri dari siksaan di
akhirat dan kehancuran serta kebinasaan di dunia. Ia hidup sampai berusia 82
tahun.
Di antara beberapa nasihat dan kata-kata mutiaranya ialah :-
1. Kesabaran yang disertai iman
kepada membawa kemenangan.
2.
Orang yang bahagia adalah orang yang merendah diri dan mengharapkan syafaat
dari Tuhannya dengan amal-amal solehnya.
3.
Bila kamu memohon sesuatu daripada dan berdoa, maka ikhlaskanlah niatmu. Demikian
pula puasa dan sembahyangmu.
4.
Janganlah bersumpah dengan keadaan kamu berdusta dan janganlah menuntut sumpah
dari orang yang berdusta agar kamu tidak menyekutui mereka dalam dosa.
5.
Bertaatlah kepada raja-rajamu dan tunduklah kepada pembesar-pembesarmu serta
penuhilah selalu mulut-mulutmu dengan ucapan syukur dan puji kepada A
llah s.w.t.
6.
Janganlah mengiri orang yang mujur nasibnya kerana mereka tidak akan banyak dan
lama menikmati kemujuran nasibnya.
7.
Barangsiapa melampaui kesederhanaan, tidak suatupun akan memuaskannya.
8.
Tanpa membahagi-bahagikan nikmat yang diperolehi, seseorang tidak dapat
bersyukur kepada Allah
s.w.t. atau nikmat-nikmat yang diperolehinya itu.
No comments:
Post a Comment