Nabi s.a.w. pernah menyebutkan bahawa rata-rata umur umatnya hanya sekitar
enam puluh tahun membawa ke tujuh puluh tahun. Kita pula melihat mereka yang
umurnya melebihi jangkauan umur tersebut sebagai orang yang diberi ‘bonus’ oleh
Allah s.w.t. Bagaimana dengan umur
kita? Masih banyak atau sedikit yang berbaki?
Dewasa ini, jarang sekali kedengaran masyarakat membahas dan mengetengahkan mengenai wujudnya kenyataan di dalam agama, betapa latar belakang di sebalik ‘sesetengah’ orang yang umurnya dipanjangkan Allah itu adalah disebabkan adanya sesuatu ketaatan atau kebaikan yang dilakukannya. Begitu juga sebaliknya. Kemaksiatan dan kederhakaan juga boleh menyebabkan pendeknya umur seseorang serta menghapuskan keberkatan umurnya. Benarkah?
Bagi mereka yang hendak mencari logiknya memanglah tak logik. Tetapi inilah kehebatan ajaran Islam. Ia mengatasi jangkauan logik kita atau keterbatasan akal fikiran kita.
Namun masih terdapat beberapa pandangan lain terhadap perkara ini:
a. Sebahagian orang berpendapat, pendek umur disebabkan dosa itu maksudnya: Hilangnya keberkatan umur seseorang iaitu sebahagian dari pengaruh maksiat dan dosa.
b. Pendapat yang kedua pula melihat bahawa dosa dan maksiat sememangnya memendekkan umur secara ‘hakiki’ sepertimana ia menyebabkan merosot dan kurangnya rezeki. Mereka berpendapat Allah s.w.t. maha berkuasa menjadikan beberapa sebab berkat di dalam rezeki yang menjadikannya bertambah banyak.
Begitu juga keberkatan di dalam umur. Ia mempunyai beberapa sebab yang menjadikannya bertambah panjang.
Bagi mereka, adalah tidak mustahil penambahan umur seseorang boleh berlaku disebabkan beberapa sebab. Sama dengan pengurangan dan pemendekan umur juga. Sekalipun rezeki, ajal, kesengsaraan, kebahagiaan, kesihatan, kekayaan dan kemiskinan telah ditetapkan Allah, namun Allah telah menciptakan beberapa sebab yang menentukannya.
c. Pendapat ketiga agak berlainan. Pendek umur kerana dosa itu dilihat pada ‘umur hati’ seseorang. Bagi mereka, hakikat kehidupan sebenar lagi hakiki adalah kehidupan hati (rohaniah) itu sendiri. Bukankah Allah menganggap orang kafir itu sebagai ‘mati’? Umur manusia tak lebih hanyalah jangka masa kehidupannya.
Nilai sebenar umur itu hanyalah waktu kehidupannya bersama ketaatan kepada Allah Rabbul ‘Izzah. Ertinya kebaikan, ketaatan, amal soleh dan ketakwaan seseorang itu menambah ‘nilai’ waktu ini yang merupakan hakikat umur. Benarlah kata-kata: “Tiada umur tanpa mentaati Allah, mencintai, mengingati dan mementingkan keredhaan-Nya”.
Dalam surah al-Fajr ayat 24 Allah berfirman mengenai keluhan orang yang sewaktu hidupnya di dunia dulu hanya banyak berbuat maksiat:

“Alangkah baiknya sekiranya aku dahulu melakukan amal soleh untuk
kehidupanku ini.”
Kenapa ia sampai merintih begitu? Kerana hamba yang berpaling dari ketaatan kepada Allah menyebabkan banyak hari ‘kehidupan hakiki’nya terbuang begitu sahaja tanpa pengisian. Kini, di akhirat, ia menderita menanggung penyesalan yang tidak berguna lagi. Kerana itu, pantaulah keberkatan umur dan umur ‘hati’ kita.
Ukuran umur bukan pada panjang dan pendek umur kita, tapi pada bagaimana kita mengisinya. Tak begitu?
(Dipetik)Oleh: Ruzana Hamim
No comments:
Post a Comment