Seorang ahli ibadah bernama
Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu
khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang
yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu
dirasakan kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan
bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman,
bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata : "Apabila masuk
waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin."
Isam bertanya,
1. Bertaubat
2. Menyesali dosa yang dilakukan
3. Tidak tergila-gilakan dunia
4. Tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')
5. Tinggalkan sifat berbangga
6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. Meninggalkan sifat dengki
Seterusnya Hatim berkata "Kemudian aku pergi ke masjid, aku
kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh
kewaspadaan dan aku bayangkan Allah s.w.t. ada di hadapanku, syurga di
sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku,
dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul
Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku,
kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.
Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham
maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan
penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat
selama 30 tahun."
Apabila Isam mendengar,
menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila
dibandingkan dengan Hatim.
No comments:
Post a Comment