Friday, October 12, 2012

HARI PENGHULU HARI


Assalamualaikum sahabat2 saya yang dikasihi ALLAH SWT..
Semoga jumaat hari ini lebih baik dari jumaat sebelum ini..jom sama2 kita tgk apa kelebihan hari jumaat..tak banyak 6 je..jap je bace..:-)

Berlakunya hari kiamat.( RasuluLlah SAW bersabda yang bermaksud :
“Hari Yang Dijanjikan ialah Hari Qiamat. Hari Yang Disaksikan ialah Hari Arafah, dan Hari Yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” )
Nabi Adam dicipta dan Baginda juga disingkkirkan dari syurga (Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.” )


Penghulu Segala Hari ( Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Terdapat banyak kebaikan dan kelebihan pada hari ini termasuklah Solat Jum’aat. )



Kebaikan Dengan Memotong Kuku ( Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.” )



Selamat Dari Fitnah Kubur Bagi Sesiapa Yang Meninggal Hari Jumaat ( Menurut Rasulullah:“Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.” )



Makbulnya Doa diantara Dua Khutbah ( Abi Burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa RasuluLlah SAW pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan. Hadith Rasulullah SAW daripada Jabar r.a pula mengatakan ianya adalah pada hari Juma’at, akhir waktu Asar. (Riwayat Abu Daud, An Nasa’iy dan Al Haakim) )



                                                                         >http://myibrah.com/antara-6-kelebihan-hari-jumaat<



hehehehe..terima kasih sahabat sudi baca..:-)..sama2 kita sebarkan dan kongsi..wassalam..


2 comments:

mselim3 said...

Alhamdulilah...perkongsian yang menarik,biasanya hari jumaat nie...kita dah rasa macam biasa2 aje. Padahal hari jumaat adalah penghulu segala hari kan...moga banyak2 berdoa pada hari jumaat.

salam ukhuwah , salam persahabatan .

dari mselim3.blogspot.com

nur naa'irah said...

salam ukhuwah..salam persahabatn juga..smg ilmu dpt dikongsi dan di amal sama2 saudara kita..smg ilmu yg di berikn Allah sntiasa mndpt keberkatan driNYA..insyaAllah..:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ILMU MILIK ALLAH

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang belajar ilmu agama yang seharusnya untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t. tiba-tiba dipelajarinya hanya untuk mencapai tujuan dunia, maka dia tidak akan dapat bau syurga pada hari kiamat" (Riwayat Al-Nasai dari Abu Hurairah r.a.)

SAIDINA ALI BIN ABI TALIB

Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.
 
Full design and Custom Blog Design by jiakreatifelt.com