Friday, June 21, 2013

"MENCARI SATU NOKTAH" Part # 3 (ii)




Perasaan cinta itu harus dikunci sementara bagi yg belum halal untuk kita miliki. Bila tiba saatnya nanti pintu itu akan terbuka dengan sendiri melalui kunci yang ikhlas membukanya dengan seadanya..

adakah SATU NOKTAH dapat di cari setelah berbicara bersama Iqin atau……………….….







BERCUTI di negara orang sangatlah best tapi semuanya bertukar menjadi satu memori yang mungkin menjadi pengalaman pertama bagi aku. Apa yang telah berlaku tidak berakhir di sana tetapi ianya akan berlanjutan hingga ke tanah air sendiri. Tepat jam 10 malam Malaysia EgyptAir tiba di KLIA.

            “Saya dengan Sha da tak ada apa-apa. Kami dah putus.” Kata-kata ini masih lagi terngiang di telinga aku. Ini perbualan terakhir kami sebelum kami berangkat pulang ke Malaysia. Tapi adakah ianya perpisahan yang kekal untuk mereka atau adakah hanya sementara? Atau adakah mungkin mereka akan kembali dengan hubungan seperti sebelum Ery mengenali aku?

Dari KLIA aku terus pulang ke kolej di jemput oleh roommate kesayangan aku. Elyn, Ira dan Nisya. Gembira sangat dapat jumpa mereka dan aku tidak bercadang untuk bercerita apa yang berlaku sepanjang berada di sana. Aku cuba sembunyi bertopengkan riak wajah bersahaja. Maybe mereka fikir aku penat. Kami hanya berdiam diri. Perjalanan dari KLIA ke kolej hanya menganbil masa lebih kurang satu jam lebih. Baru seminggu meninggalkan tanah air rindunya bagaikan setahun. Hehhe.

Alhamdulillah, sampai kolej dengan selamat. Elok sampai bilik terus telefon mak ayah sebab tak nak mereka risau akan anaknya. Untuk memberitahu selamat sampai. Keadaan bilik sangat bersih, kemas walaupun mereka baru sahaja sampai pagi tadi. Sayang sangat mereka, seolah-olah faham kepenatan aku terus kemas dan bersihkan bilik. Lega rasanya, lagi dua hari bermulalah rutin-rutin sebagai pelajar. Berbaki dua hari aku ingin rehat di bilik sahaja. Penat fizikal dan mental belum lagi hilang. Tapi mental aku lagi penat memikirkan perkara-perkara yang tiada penghujungnya buat masa sekarang tanpa berkongsi beban dengan sesiapa pun termasuk Nisya satu-satunya roommate yang banyak rahsia sesama kami. Hmmm. Setelah kemas semua barang-barang, solat, aku ambil keputusan untuk tidur awal malam ni. Semoga hari esok lebih baik dari hari-hari yang aku lalui sebelum ini. Aminn.

           “Korang, saya beradu dulu ye. Hehehe. Penatlah.” Aku siap-siap untuk tidur.

        “Isyyyy, Dyana ni kitorang punyelah tunggu nak dengar cerita-cerita best time awak kat sana. Hmmm.” Nisya buat muka.

          “Alaaaa Nisya. Jangan camni dear. Ok, saya janji esok saya story ea. Hehhee.”Aku bangun dari katil dan cuba pujuk manja.

          “Hehhehe, ok.” Aku kenal sangat Nisya sorang ni. Manja je lebih tapi ok orangnya. Aku kembali ke katil kesayanganku. Tidak sampai 15 minit aku sudah pun di buai mimpi.

Jam pada screen telefon menunjukkan pukul 4.30 pagi. Aku termenung seketika sebelum bangkit dari katil dan terus ke tandas untuk ambil wudhu. Aku rindu untuk berdating denganNYA. Rindu yang teramat sangat. Aku sujud padaNYA. Mengadu tentang segalanya. Hanya bertemankan airmata. Aku terasa sungguh lega setelah luahkan segalanya. Roommate aku yang lain sedang lena tidur. Sebaik azan subuh berkumandang, mereka bangun untuk solat. Ira aku kejutkan mungkin dia tidur lewat, jadi terlanjur tidur. Memandangkan hari ini hari sabtu, telah menjadi satu kewajipan kami berempat untuk bersukan seawal pukul 7 pagi. Kami hanya bersenam ringan sambil melihat ciptaan Allah sebagai kesihatan mata. Alhamdulillah. Cukup tenang bila melihat tumbuhan hijau riang seolah-olah sedang tersenyum indah menyebabkan bibir kita terukir satu senyuman.

            “Hmmm. Alhamdulillah. Pagi ini saya dapat menikmati udara segar di tanah air sendiri. Waaahhh, rindu korang semua. Rindu suasana sekarang.” Aku cuba meluahkan. Mereka bertiga hanya memandang kearah aku. Pandangan Nisya seperti mengerti apa yang aku lalui sekarang. Apa yang sedang bermain dalam fikiran aku tapi aku sedaya upaya untuk sembunyikan.

            “hehehe. A’ahh, rindu Dyana juga. Cepatlah cerita kat kitorang. Best tak kat sana?” Ira dan Elyn serentak bersuara.

            “Hahaha. Korang berdua ni kan, macam da janji lak nak cakap sama-sama. Kelakarlah korang ni.” Aku mencari tempat duduk yang agak selesa untuk bercerita panjang.

            “Cepat lah Dyana. Tak sabar dah ni.” Nisya cuba mencelah perbualan Elyn dan Ira.

            “Isyy, Nisya ni. Sabar lah. Kat sana best. Tapi bila dua tiga hari rindu sangat nak balik tanah air tau tak. Walaupun kat sana ada empat musin tapi tak sama dengan Malaysia tanah air tercinta. Apa yang bestnya suasana masyarakat jerlah. Diorang cukup menepati masa, yang ni saya suka. Peramah juga lah. Tapu tak boleh lawan dengan budi baha budaya kita kat Malaysia ni. Heheh.” Aku mula bercerita. Mereka excited untuk terus mendengar.

            “Suasana winter best tak? Kat mana je Dyana pergi, takkan tak pergi jejalan kot.” Elyn cuba teruskan perbualan.

            “Emmm, nak kata best biasa-biasa je. Best tu sebab kita tak pernah rasa tapi yang tak bestnya sejuk sangat. Huhuhu. Tak sempat nak pergi jejalan sempat pergi satu tempat je. Tu pun sebab ada orang yang nak bawakan.” Aku terus bercerita.

            “Owhhh. Bila lah nak sampai sana. Hehhee.” Elyn bersuara,

          “In shaa Allah bila-bila masa sahaja boleh pergi yang penting ada budget yang cukup.” Nisya dan Ira senyum tanda setuju. Kami sama-sama beredar untuk balik bilik. Bersihkan diri then sarapan. Hehe.

Sebaik pintu bilik di buka, handphone aku bordering.

            “iya, kenapa Ery. Pagi-pagi dah call.” Dengan pantas aku capai handphone di atas katil.

            “Tak ada apa. Buat apa je? Hmmm, kalau free jom kita kuar jalan sementara keje tak banyak sekarang. Bila kuliah start tak sempat dah nak jejalan.” Aku termenung memikirkan apa yang harus aku bagitahu.

            “Baru balik dari senam. Keje tu tak ada buat masa sekarang ni. Nak pergi mana?” Sempat aku tengok jam pada screen telefon. Menunjukkan pukul 8 pagi. Awal lagi ni. Kalau nak pergi KL pun sempat. Hehhe.

            “Saya ingat nak pergi KLCC. Kalau awak tak nak tak perlah.” Dia cuba buat nada kesian.

           “Emmm, tapi saya tak tahu camne nak pergi sana lagi dengan KTM. Huhuhu.” Aku berterus terang.

“Alaaa. Tak apa. Kita boleh belajar lah. Awak ni macam lah kita ada kat negara orang lain kan. In shaa Allah kalau dengan saya, awak takkan sesat punye lah. Haha.” Aku tak nak hampakan Ery tapi ini peluang aku untuk mengenalinya dengan lebih rapat. Pada masa yang sama inilah peluang aku untuk lebih tahu macam mana social dia.

“Emm, oklah. Around pukul 10.15 cam tu kita bertolak ea, boleh?” Aku bersetuju sebab kami pergi dengan KTM, at least tak adalah berdua-dua dengan kereta. Huhu

“Owhh. Ok je awak. Hehhe. Thanks.” Perbualan berakhir begitu sahaja.

Tanpa bicara panjang dengan roommate-roommate, aku terus bersihkan diri dan bersiap apa yang patut. Aku ni sudah lah lambat bab-bab bersiap, lebih-lebih lagi nak keluar jalan. Hmmm mau setengah jam nak siap.

          “Saya nak kuar pergi KL tau. Dengan kawan.” Aku terlebih dahulu bagitahu mereka sebelum datang siasat aku. Hehehe, dah kenal mereka macam mana.

           “Owhhh, ok. Hati-hati ye.” Elyn cuba bagi nasihat tidak bertanya lebih.

           “Eh2, cantik-cantik ni nak pergi mana cik manis?” Ira dah mula bersuara.

           “Nak keluar dengan kawan. Hehe.” Aku jawab ringkas. Ira dan Nisya hanya senyum tanpa bicara lebih. Mereka faham bila aku jawab seringkas yang boleh mean aku tak nak di tanya lebih-lebih. Aku kenakan jeans dan blous labuh serta shawl.

Tepat jam 10.20 pagi, ery sampai kolej untuk jemput aku. Kawan dia yang tolong hantarkan kat station KTM. Dany. Sebaik sampai station hanya 5 minit menuggu KTM tiba. Lahamdulillah rezeki kami tak perlu tunggu lama. Hehhe. KTM berhenti betul-betul hadapan kami. Aku dan Ery terus masuk sebelum ramai serbu. Huhhhhh, lega dapat tempat duduk memandangkan semua muda-mudi tak ada warga emas jadi aku dan Ery terus duduk. Hihihi. Naik KTM ni best sebab tak sesak tapi yang tak bestnya penat. Hampir dua jam juga untuk sampai ke KLCC. Huhhh penat kot. Tapi tak adalah penat sampai tak larat nak jejalan. Hehhehe. Melampau lah pula kan.

            “Jom, kita dah sampai.” Aku keluar dari KTM. Kami terus menuju ke tempat yang hendak di tuju.

            “Ok, jom.” Kami tiba terus cari kedai makan. Iya lah masing-masing belum sarapan lagi. Perut sudah menyanyai macam-macam lagu dah. Hikhik.

            “Kita makan dulu ea? Ery tak makan apa-apa lagi dari pagi. Laparlah.” Dia mencari kedai makan yang bersesuaian.

            “Ok je. Saya pun lapar juga ni tapi masih boleh tahan lagi.’ Aku berterus terang.

            “Awak nak makan apa?” Dia bertanya. Aku makan ni kurang sikit. Jenis yang tak tahu nak makan apa. Huhu.

            “Saya tak kisah terpulang kat Ery lah. Awak nak makan apa, saya ok je.” Itu jwapan yang aku mampu bagi. Aku suggest untuk pergi jejalan terlebih dahulu sebelum pergi makan. Ery hanya setuju. Kami hanya jejalan kawasan berdekatan KLCC sahaja. Dan tidak lupa juga perkara yang paling aku suka window shopping. Hehe. Ery hanya ikut sahaja. Beberapa jam kemudian Ery ajak aku makan KFC.

            “Jom kita makan KFC. Hehe.” Aku dah agak sebab Ery ni suka sangat ayam goreng. Aku hanya mengiyakan. Kami terus pergi KFC. Ery yang ambil order manakala aku tunggu di meja. Ramai sangat time tu. Meja pun full nasib baik sempat. Kami makan sambil sembang. Aku layan sahaja Ery.

            “Dyana, saya suka awak.” Dengan lancer perkataan ini keluar dari mulutnya. Aku kaku. Tapi aku berlaku seperti biasa.

            “Emmm. Awak ni jangan main-main boleh. Perasaan dan hati ni sensitive tau lebih-lebih lagi bab-bab saying, cinta.” Aku berkata sambil ketawa. Aku segan, malu. Mati-mati aku ingat dia hanya permainkan aku. Aku berhenti dari terus makan.

            “Ada awak nampak muka saya main-main?” Aku pandang. Riak mukanya sangat serius. Tak senyum apatah lagi ketawa. Aku mencari jalan untuk mengelakkan dari berbicara mengenai hal ini. Bukan aku tak suka tapi aku sedikit tidak yakin apatah lagi hubungan Ery dan Iqin masih lagi teguh bagi aku. Aku tak nak bila nasi sudah jadi bubur baru nak menyesal. Nasihat Kak Sally tak pernah aku lupa “ Dyana nak kawan dengan Ery akak tak halang tapi kalau Dyana nak couple dengan dia akak tak setuju. In shaa Allah Allah akan bagi yang lebih baik lagi tuk Dyana.” Sampai hari ini aku tak fahan apa maksud tersirat di sebalik nasihat Kak Sally. Maybe Kak Sally lebih tahu kisah mereka berdua dari kawan-kawannya yang berkawan dengan Iqin.

Sampai hari ini aku tak bersedia untuk berterus terang dengan Iqin lagipun kami tak ada apa-apa hubungan special. Aku tak nak berterus terang selagi aku tak dengar sendiri jawapan mereka berdua.

            “Iya saya tahu awak serius. Dah zohor rupanya. Jomlah kita solat dulu.” Sengaja aku mengelak dari terus berbicara mengenai suatu perkara yang aku sendiri belum bersedia lebih-lebih lagi aku belum kenal siapa Ery yang sebenarnya. Bagi aku ini bukan suatu yang boleh di bawa main-main tapi aku tetap berpegang “bercinta selepas kawin”.

            “Oklah. Jom.” Ery seperti sedikit kecewa dengan respond yang aku bagi. Aku mesti pertahan kan dan jaga hati aku agar tidak mudah termakan pujuk rayu seperti yang di nasihatkan oleh Kak Sally. Pengalaman banyak mengajar aku dengan semua ini. Kami terus menuju ke surau untuk menunaikan kewajipan. Alhamdulillah walaupun akku keluar untuk berhibur dengan window shopping tapi tidak pernah lupa kewajipan sebagai seorang khalifah.

            “Kalau dah siap solat nanti, tunggu je saya kat sini ea. Kot-kot saya lambat.” Aku sengaja pesan awal-awal sebab aku tahu mesti aku take time punye lah. Haha.
  
            “Ok awak. Saya tak tinggalnya awak sorang-sorang.” Sambil tersenyum dia berbicara. Keluar dengan dia terasa selamat. Dia betul-betul take care. So caring. Tak perlu risau, sentiasa tanya. Ok ke tak ke, penat ke, larat lagi ke. Thanks a lot Ery.

Selesai solat, kami terus pulang sebab kata Ery nak sampai kolej sebelum maghrib. Setiap kali bersembang dengannya, mesti terselit dengan ilmu agama, itu yang aku tertarik dengannya. Huhu. Dipenuhi ilmu agama dan tak pernah kedekut untuk berkongsi. Sangat merendah diri orangnya. Tak pernah sekali pun dia memperlekehkan aku walaupun aku tak sehebat dia sama ada dalam ilmu pelajaran mahupun agama. Cukup selesa bila berbicara tanpa rasa segan.

Tepat jam 6.15 aku dan Ery tiba station KTM dan Dany sudah pun sampai untuk jemput kami. Dany terus hantar aku ke kolej sebelum mereka balik kerumah sewa tidak jauh dari kolej yang aku tinggal.

            “Ok Dyana, thank you sudi temankan.” Sebelum keluar kereta aku memberi barang yang sempat kitorang shopping tadi. Tak banyak pun, neck tie. Ery punya.

            “Ok, welcome.” Aku balas bicaranya sambil tersenyum.

            “Balik solat and rest tau. Penat kan. Apa-apa mesej Ery ea’ Sempat sahaja dia berpesan.

            “Ok. Awak juga.” Aku terus menuju ke bilik sebaik Dany meninggalkan kawasan kolej.
Sampai bilik aku bergegas menunaikan solat asar yang sudah terlewat. Solat sudah pun di tunaikan. Alhamdulillah. Aku termenung memikirkan apa yang diluahkan Ery tadi. Terus memikirkan jawapan yang terbaik.

Ery terus tertanya-tanya jawapan dari aku adakah aku terima cintanya mahupun sebaliknya. Kami sentiasa berhubung melalui telefon dan Ery tidak pernah jemu menunggu jawapan dari aku. Aku akan pastikan yang aku tidak akan buat satu keputusan yang salah dan menyakiti mana-mana pihak kemudian hari. Aku terus mencari jawapan yang tebaik. Aku meminta sedikit masa dari Ery. Dia memahami keadaan aku dan tidak kedekut untuk memberikan kau masa.

Pada masa yang sama kami berkawan macam biasa dan Dyana telah pun buat satu keputusan. Bagi aku ini adalah keputusan yang terbaik. Aku dan Ery…………………………………………


To be continue…

klik SINI untuk part#3 (i)

16 comments:

Unknown said...

assalam,ni kisah benar /mcm crita2 dlm novel tu?hehe..btw jalan cerita best..suka2 :)

Unknown said...

seikhlas : ini kisah benar..:-)

Unknown said...

assalamualaikum..
i coming..;)
kisah benar ek..
insyallah wanita yang baik utk lelaki yang baik.. ;)
tunggu next.. cepat2 ye..

Unknown said...

mentari : in shaa Allah..:-)

m said...

nice story. ini kisah benar ke? kisah awk or anybody else? thanks singgah blog mya :)

Fadhli zul said...

salam. jlan cerita mcm dlm novel..hehe
tp xpe kdang2 ade realitinya...i like this statement "bercinta selepas kahwin".

Abdul Munir said...

kisah yang sangat menarik..realiti ke nie??

Unknown said...

mya, fadhil, abdul : thanks a lot sudi singgah..this story based on experience..kisah benar..

Unknown said...

dah macam novel pulak. Biasanya saya suka predict apa yang bakal jadi. selalunya betul sebab jalan cerita novel hampir sama semua. Tapi kali ni unpredictable. rasanya macam depa just kawan. Tapi apa yang akak tulis ni berdasarkan realiti. Tah la. hehe.

Abdul Munir said...

Realiti yang memberi maksud yang mendalam..perkongsian ikhlas yang sangat menarik

faie mohamad said...

awak.. bestnye :') jangan lupa sambungannya taw. nanti inform saya eh :)

Bella D'secret said...

salam. thank jalan-jalan di blog akak. Selamat menyambut bulan ramadhan....done follow your blog

Nisa' said...

Macam baca dari buku novel saja. You can be a good writer.

Unknown said...

nadia...pandainye berkarya..x sangka..keep it up..

Unknown said...

bakal jenazah : a'ahh..this story..realiti..:-)..

Abdul munir: alhamdulillah..moga manfaat..:-)

Fa'ie : in shaa Allah..;-)

Nisa' : in shaa Allah..tp byk g nk kene improve..:-)

K.leha : mana ade biasa2 je k.leha..:-)

Btw, thanks a lot sudi singgah n support..

Unknown said...

salam...ni for part akhir..


http://nurnaa-irah.blogspot.com/2013/06/mencari-satu-noktah-part-4-tamat.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ILMU MILIK ALLAH

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang belajar ilmu agama yang seharusnya untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t. tiba-tiba dipelajarinya hanya untuk mencapai tujuan dunia, maka dia tidak akan dapat bau syurga pada hari kiamat" (Riwayat Al-Nasai dari Abu Hurairah r.a.)

SAIDINA ALI BIN ABI TALIB

Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.

 
Full design and Custom Blog Design by jiakreatifelt.com