Thursday, March 21, 2013

TEPATI JANJI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah..semoga semua sahabat yang saya sayangi kerana Allah baik2 je..in shaa ALLAH..  Alhamdulillah Allah masih lagi bagi peluang untuk saya share ilmuNYA dengan hamba2NYA..:-)..bace je tajuk mesti korang tahu entry kali ni about what..Maybe korang da bace dari mane2 sources about JANJI ni tapi xper tak salah kita saling mengingati..terus mengingati..:-) 

Bila je bercerita tentang janji macam2 yang pernah kita janji kan. Tapi pernah tak kite fikir "mampu kah aku  tunaikan ape yang aku janji ni"..ye memang,kalau ikutkan kita nak tunaikan semua janji2 tu tapi once buat janji2 yang cukupppp HEBAT korang pernah fikir tak if tak dapat tunaikan..camne??camne dengan kita yang lafazkan janji dan camne lak dengan orang yang kita berJANJI....hmmm..sama2 kita fikirkan..


####################################################


Dalam islam JANJI merupakan suatu yang cukup BESAR..janji bukan suatu yang suke2 utk kite permainkan. Dalam surah At- Taubah dapat kita lihat betapa hebatnye ape itu erti JANJI dalam islam.Menunaikan janji adalah tanggungjawab kita bukan tanggungjawab orang lain.

Dan di antara mereka ada yang membuat janji dengan Allah dengan berkata: "Sesungguhnya jika Allah memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, tentulah kami akan bersedekah, dan tentulah kami akan menjadi dari orang-orang yang soleh" 

Kemudian setelah Allah memberi kepada mereka dari limpah kurniaNya, mereka bakhil dengan pemberian Allah itu, serta mereka membelakangkan janjinya; dan sememangnya mereka orang-orang yang sentiasa membelakangkan (kebajikan). 

Akibatnya Allah menimbulkan perasaan munafik dalam hati mereka (berkekalan) hingga ke masa mereka menemui Allah, kerana mereka telah memungkiri apa yang mereka janjikan kepada Allah dan juga kerana mereka sentiasa berdusta.  At-Taubah : 75-77

Selain itu dalam islam juga janji ialah apa yang di cakapkan sekarang tetapi akan di tunaikan kemudian atau pada masa yang telah di janjikan.

 "Tiga perkara apabila ada pada seseorang munafiklah ia sekalipun dia berpuasa dan bersembahyang" -dari hadith Rasulillah saw-

Tiga perkara itu adalah : apabila bercakap dia dusta..apabila berjanji dia tidak tepati..apabila di beri amanah dia khianati.


########################################################

emm..mesti korang da habis baca apa itu janji menurut islam..>sengaja saya tak share banyak2..share ape yang perlu..yang penting korang faham dan korang nampak / tahu walaupun sedikit tapi biarlah ade sedikit ilmu<..


Kadang2 bile fikir..bile renung balik..sedih rasa..senang je kita lafazkan janji2..macam2 janji lah..janji tu janji ni tapi untuk tunaikan pernah tak kite fikir..walaupun just terlintas pun da cukup..ape yang selalu kita dengar.."ye aku janji,confirm blablablabla"..>tak semua orang camni..sesetengah<

so, saya ase cukup sampai sini jerr kottt..t banyak lak mengarutnye..hikhikhik..korang pun mesti bosan kan bace panjang2..>saya pun sama..heheeeee<
Ok before "wassalam"..saya nak bagi tips sikit..sikit jeeerrr..

Kita tak tahu ape akan berlaku akan datang..janji yang kita buat bukan tuk tunaikan pada hari semalam tapi pada akan datang..maybe seminit kemudian..sejam kemudian..dalam seminit tu macam2 boleh terjadi..semuanye kuasa ALLAH..kita tak boleh nak lawan takdir atas setiap apa yang berlaku..so dengan melafazkan "IN SHAA ALLAH"  in shaa ALLAH kita akan terlepas dari melakukan dosa sekiranya ade halangan yang menyebabkan kita terlepas dari tunaikan janji tersebut.

Lagi satu, saya lebih suka latih diri saya tuk janji pada diri sendiri..dengan tu kita dapat disiplinkan diri kita..tuk berjanji dengan orang lain..at least kita cuba sedaya upaya utk tunaikan melainkan ade halangan2..
Wassalam..tima kasih sahabat..:-)..


REFERENCE : pseudosupra and cebisanILMU



3 comments:

Unknown said...

setuju sangat dengan entry ni.. nice sharing dear...

Unknown said...

seneorita : alhamdulillah..sama2 kita share ilmu yang ALLAH bg..:-)..thanks dear sudi singgah + komen..

Unknown said...

suka baca blog ini, insyaAllah akan datang hari-hari tuan belog pun kene update hari-hari la... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ILMU MILIK ALLAH

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang belajar ilmu agama yang seharusnya untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t. tiba-tiba dipelajarinya hanya untuk mencapai tujuan dunia, maka dia tidak akan dapat bau syurga pada hari kiamat" (Riwayat Al-Nasai dari Abu Hurairah r.a.)

SAIDINA ALI BIN ABI TALIB

Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.

 
Full design and Custom Blog Design by jiakreatifelt.com