Friday, June 21, 2013

"MENCARI SATU NOKTAH" Part # 4 (TAMAT)



Perasaan cinta itu harus dikunci sementara bagi yg belum halal untuk kita miliki. Bila tiba saatnya nanti pintu itu akan terbuka dengan sendiri melalui kunci yang ikhlas membukanya dengan seadanya..

adakah SATU NOKTAH dapat di cari setelah berbicara bersama Iqin atau……………….….








Saling mengenali antara satu sama lain adalah jawapan yang terbaik bagi aku agar tidak menyakiti mana-mana pihak.

           “Assalamua’laikum awak. Buat apa?” Setiap kali berbicara melalui telefon inilah pembuka bicaranya. Hehe.

           “Ye, wa’alaikumussalam. Tak ada buat apa. Baca buku je.” Inilah jawapan kalau aku sedang study. Hehehe.

            “Cammana pertanyaan saya hari tu?” Aku sudah agak ini yang akan di persoalkan.

           “Camnilah Ery, kita kawan jer dulu. Mengenali hati budi masing-masing adalah jalan yang terbaik.” Aku cuba pertahankan jawapan yang semalan di fikirkan.

            “A’ah kan. Betul juga tu. Ok. Saya setuju.” Huhhh, lega rasanya. Tarik nafas panjang. Kami teruskan dengan perbualan dengan sembang kosong. Tidak ada apa yang special di sembangkan,
 Aku tak nak nanti aku sendiri yang kecewa sebab terlalu berharap. Sebabnya dari awal lagi Ery sudah berkata, yang dia berhak untuk buat pilihan sama ada aku mahupun Iqin. Pada masa ini hubungan dia dengan Iqin complicated. Pernah juga aku bertanya tapi dia seakan-akan ingin mengelak sejauh mungkin setiap kali Iqin di persoalkan. Mulai saat itu aku tidak lagi bertanya, dalam kotak fikiran aku hubungan mereka bukan berakhir setakat itu sahaja. Maybe mereka contact satu sama lain tapi di luar pengetahuan aku. Iyalah, siapa aku untuk halang perhubungan mereka. Setiap orang ada hak masinng-masing.

Deringan telefon mengejutkan aku dari lamunan.

            “Ya Allah, terkejut aku. Hai Dyana lamunan jauh betul. Siapa call.” Aku bersuara tanpa di dengari sesiapa.

“Iqin?” Panjang umur, baru sahaja fikirkan dia. Hehhe.

            “Assalamua’laikum Dya. Lama tak dengar khabar, sihat?” Iqin mulakan perbualan.

           “Wa’alaikumussalam Iqin. Alhamdulillah saya sihat-sihat je. Iqin kat sana macammana? Everything ok?” Aku cuba berbicara seperti biasa seolah-olah tiada apa yang sedang berlaku. Iqin ni baik sangat orangnya. Lemah lembut. Pandai. Best student sejak di bangku sekolah lagi. Banyak ilmu agama. Pendek kata tidak ada lelakilah yang akan tolak dia kalau berpeluang untuk memperisterikannya. Hmm, nak bandingkan dengan aku macam langit dengan bumi. Huhu.

            “Saya kat sini baik-baik je. Hehhe.” Lega setelah dengar ketawa kecil Iqin. Iqin maafkan aku, bukan sengaja untuk terus berahsia tapi biarlah ianya menjadi satu rahsia aku buat masa sekarang. Aku cuba untuk tidak sakitkan hati sesiapa apatah lagi kawan aku sendiri. Aku cuba untuk mengawal hati dan perasaanaku sendiri.

            “Iqin ok? Macam ada something yang tak kene je?” Aku cuba tebus rasa bersalah dengan bertanya dengan niat untuk ringan beban di hatinya.

            “Emm, masalah kawan-kawan Dya.” Dia seolah-olah ingin berahsia.

            “Owhh, ye ke? Kenapa? Teman tapi mesra tu ke?” Iqin tidak pernah bercerita mengenai perasaannya terhadap Ery kat aku. Maybe dia segan dan tidak pernah aku paksa untuk dia bercerita.

            “A’ahh. Huhu. Iqin dengar dia dah ada teman rapat baru. Perempuan. Diorang rapat sangat Dya.” Kerisauannya jelas sekali.

            “Emm. In shaa Allah diorang hanya rapat je. Tak lebih dari seorang kawan. Iqin jangan risaulah. Dia takkan lepaskan Iqin. Siapa yang sanggup lepaskan Iqin bila dah dapat. Kawan saya sorang ni hebat orangnya.” Aku cuba sedapkan hatinya.

            “Dya ni ada-ada je kan. Hehe.” Aku cuba yakinkan dia.

            “Betullah. Kalau dia rapat pun, dia pasti kembali pada Iqin juga. Maybe korang berjauhan tu yang dia cam tu. Jangan risaulah. Korang jaga betul hubungan antara korang tak kiralah sebagai lebih dari teman mahupun teman tapi mesra.” Aku terus bermotivasi.

            “A’ah, betul tu Dya. Thanks Dya. Hehhe. Oklah, tak nak ganggu Dya.” Kami tamat kan perbualan di situ.

Aku sambung study yang terbengkalai dek panggilan telefon seakan-akan sudah berjanji Ery dan Iqin untuk call aku. Kehidupan di kolej sepeti biasa. Study jerlah yang mampu buat. Haha.

            “Penatnya.” Dengan pantas Nisya picitkan bahu.

            “Nisya ni. Suka buat orang camni. Kalau terpukul tadi macammana?” Kelakuannya tidak pernah berubah. Suka buat orang terkejut dan gelak.

            “Emmm, sorry. Dyana nampak macam ada masalah. Tapi tak nak story kat kitorang ea?” Tekaan yang tepat sekali. Kantoi.

            “Nisya ni kan memandai je. Mana ada. Biasa-biasa jerlah. Fikir lepas ni banyak kerja yang nak kene siap.” Aku cuba berselindung.

            “Tol tu, Dyana nye kos dahlah sibuk. Ciannya.” Alhamdulillah aku Berjaya sorok. Aku bukan berniat nak khianati kawan sendiri tapi bagi aku ini adalah jalan yang terbaik buat masa sekarang dan aku tahu apa yang patut aku lakukan. Bernas juga otak aku ni. Hehe.Kami berempat pergi cafe untuk makan. Masing-masing lapar. Huhu..

Hari ini merupakan kuliah pertama setelah seminggu bercuti. Maka bermulalah rutin yang sibuk sebagai seorang pelajar especially aku punya kos. Penat kian terasa. Banyak yang perlu di settlekan. Assignment, thesis dengan test dan quiznya lagi. Inilah kehidupan seorang pelajar yang tidak pernah jemu berjihad pada jalan Allah. Apatah lagi Ery, tidak menang tangan untuk siapkan kerja lagi-lagi dia student tahun akhir. Banyak case yang perlu di selesaikan. Dengan patient dalaman, patient luar. Kadang-kadang tak tidur malam. Aku faham situasinya.

Di sebabkan kesibukan  masing-masing, kami tidak lagi berhubung macam biasa. Ery tidak lagi contact seperti hari-hari sebelum ini. Aku mula terasa jurang yang jauh antara kami, macam-macam fikir. Tapi aku cuba positifkan fikiran. Tak nak bersangka buruk dengan sesiapa apatah lagi dia dan Iqin. Ery bukan seorang bila perlu,cari kawan dan bila tak perlu buang. No, dia bukan seorang yang macam ini. Tapi satu perangai dia yang aku sudah lama perhatikan, dia tak pandai untuk hargai kalau orang nak berkongsi cerita dengannya. Pernah sekali aku hendak kongsi masalah dengannya tapi dia hanya endah tak endah sahaja. Dia mendengar tapi tidak bagi apa-apa respond. Aku cuba kali kedua, keadaan yang sama aku lalui. Lepas pada itu, aku tidak lagi kongsi apa-apa masalah dengannya. Setiap orang ada perangai yang tersendiri tapi aku ok sahaja. Tidak lah pula aku nak berterus terang, nanti ada pula yang terasa.

Sudahlah orangnya punyai hati yang cukup sensitive. Heheh, Kalau dia merajuk. Hmm, bukan main susah lagi aku nak pujuk. Susah hati di buatnya. Hehhe. Apa orang cakap semuanya salah walhal perkara itu terang-terangan betul, nak juga pertahan merajuknya. Memang sia-sia sajalah penjelasan kita kalau hati tengah merajuk.

Seminggu masing-masing sibuk, akhirnya Alhamdulillah selesai semua kerja termasuk Ery. Tapi thesisnya belum siap lagi.

Tengaharinya aku pergi library ada discussion group.

“Salam awak, saya pergi library tau. Apa-apa mesej je ea.” Aku tinggalkan pesanan melalui whatsapp sebab kehabisan kredit. Hihihi.

Sampai library pukul 1 petang, mencari port yang agak selesa untuk buat discussion tanpa di ganggu dan mengganggu orang lain. Semua sahabat sudah pun tiba dan bersedia untuk discussion. Tidak sampai 10 minit…….

“tutututtttttt” Aku sengaja tukar tone sebab tak nak bagi bising.

            “Hello, ye kenapa? Saya ada kat library ni.” Tanpa bagi salam aku mulakan perbualan lalu bangun agar perbualan tidak mengganggu kawan-kawan yang lain.

            “Iya, tahu. Ada tingkat berapa. Saya pun kat library juga ni. Nak jumpa jap. Ke banyak kerje?” Aku tahu ini pasti akan berlaku.

           “Ada kat tingkat dua ni haa. Tak sibuk sangatlah.” Aku bersahaja.

         “Saya tunggu kat luar ea, tempat TV tingkat dua ni.” Dia seperti mengharapkan aku datang.

         “Ok. Tunggu lagi 10 minit saya datang.” Aku tak nak hampakan nya. Lagipun sudah lama tak jumpa. Hihi..Tetiba rindu. Hukhukhuk.

10 minit kemudian aku minta izin dengan kawan-kawan untuk excuse sekejap nak jumpa kawan. Mereka ok sahaja. Aku dan Ery hanya keluar makan area library sahaja. Kami jumpa setengah jam sahaja. Sambil sembang kosong. Sudah lama tak jumpa. Last jumpa ketika kami berada di Egypt tempoh hari, balik kampus langsung tak jumpa. Masing-masing ada komitmen.

Hati terasa rindu dan sayang. Aku sedikit risau. Hati dan persaan bukan suatu yang dapat di halang melainkan dengan menyakiti hati sendiri. Pada masa yang sama aku tak nak sakiti hati Iqin apatah lagi dia adalah sahabat aku. Sekiranya ini adalah perasaan cinta, aku rela berundur diri demi Iqin sebab aku tersedia tahu Iqin terlalu mengharapkan Ery dalam hubungan mereka. Aku tak nak jadi pemisah antara mereka walaupun Ery pernah bagitahu mereka sudah pun clash. Tidak semudah itu satu hubungan yang terjalin bertahun-tahun then clash begitu sahaja. Tak mustahil bagi aku mereka akan kembali bersatu.

Kira-kira jam 5 petang selesai sudah discussion kami. Aku terus pulang ke kolej menaiki bus setelah selesai menunaikan solat asar di surau library. Rutin harian seperti biasa sebagai seorang pelajar yang hanya menunggu saat-saat tamatnya belajar.

Sudah menjadi satu rutin Ery akan call aku sebelum pukul 9 malam. Untuk bertanya sama ada aku sudah makan mahupun tidak. Tetapi perbualan kami kali ini bertemankan angin yang dingin sekali. Aku tersalah cakap, dia merajuk. AKu tidak mengerti mengapa . Tapi aku tidak menyalahkan dia sama sekali. Aku hanya minta maaf, bakat dalam pujuk memujuk sama sekali tidak ada tapi aku cuba sedaya upaya walaupun ianya tersangatlah sukar bagi aku. Dari situ aku belajar sedikit demi sedikit tetapi tidak menjadi masalah bagi aku sekiranya dia adalah suami yang sah, halal untuk aku. Macam-macam creativity boleh di cipta oleh seorang isteri untuk mengambil hati suaminya sendiri. Dalam pergaduhan dingin, Ery terpaksa pujuk diri sendiri dan dia mulai marah-marah aku. Macam-macam aku diperkatakan olehnya. Aku hanya mampu menadah telinga dan mendengar tanpa berkata sepatah perkataan pun. Sebab ada kalanya betul apa yang di katakannya walaupun ianya tersangat menyengat perasaan dan hati aku dan hanya mampu ambil secara positif untuk pujuk hati sendiri.

Aku tahu, aku seorang yang serba kekurangan. Banyak yang perlu aku perbaiki, aku tidak sehebat Iqin mahupun kawan-kawan yang sebaris dengannya. Tapi untuk berubah bukan suatu yang cukup mudah bagi aku. Terpaksa lalui perbagai dugaan dan tohmahan orang sekeliling. Masa memainkan peranan yang penting tapi sokongan orang sekelilinga lagi penting. “Kenapa kata-kata yang amat menyakitkan yang perlu aku hadapi?” Aku sedih. Aku cukup tidak suka orang yang suka bandingkan aku dengan orang lain sebab aku sedar aku tidak sehebat orang lain. Biarlah Allah satu-satunya yang menjadi pengadil untuk aku.

Malam itu bertemankan rasa bersalah tapi aku cuba mencari jalan untuk jernihkan keadaan.

            “Hello, saya minta maaf ea. Tak ada niat untuk sakitkan hati awak apatah lagi nak cakap yang bukan-bukan.” Aku cuba memujuk walaupun tidak seperti memujuk.

            “Emm, tak ada apalah. Saya ok, saya dah maafkan awak pun.” Suaranya yang cukup serius tetapkan meneruskan bicara.

            “Awak tipu, macamlah saya tak kenal awak kan. Sorry sangat-sangat. Saya tak tahu macam mana nak pujuk. Saya tak pandai.” Aku cuba timbulkan perasaan belas kasian dalam dirinya.

            “Iye, lah. Kenelah belajar tau. Saya ok. Jangan risau. Takut ea. Hehe.” Alhamdulillah hati aku lega bila dengar dia ketawa sopan.

            “Mestilah risau, takut. Yerlah hati orang kita tak tahu. Bila-bila masa sahaja boleh berubah kan.” Aku cuba tarik perhatiannya agar tidak  lagi merajuk.

            “Tau pun. Lain kali jangan buat lagi ye.” In shaa Allah sahaja yang terkeluar dari mulut aku. Aku habiskan perbualan kerana aku tak nak masa study aku tergadai begitu sahaja. Aku sambung study manakala Ery keluar makan bersama-sama housematenya. Bukan senang untuk tegur Ery. Dia susah untuk terima teguran orang especially mengenai diri dia sendiri. Tapi tak semua. Dia tidak sedar semua ni. Aku mulai perasan bila kerap kali aku cuba tegur dia akan berubah mood.

 “Tapi aku lagi ego orangnya.” Inilah yang selalu di ungkapkan oleh Ery. Aku terima sahaja pada masa yang sama aku cuba menidakkan kata-katanya dengan berubah perlahan-lahan. Kita sebagai manusia tidak pernah perasan mengenai kebaikan dan keburukan pada diri kita melainkan daripada teguran orang lain.

Alhamdulillah hubungan kami baik seperti biasa. Kami semakin akrab seolah-olah couple tetapi memikirkan Iqin tidak pernah tersisih dari kotak fikiran aku. Sayang dan rindu aku masih lagi terjaga terhadap Ery. Keadaan kami baik hendaknya selama beberapa bulan.

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Nak dijadikan sebab, sedang lena tidur tetiba..

Telefon berdering. “Ery?”

            “Ehmm, ye.” Aku jawab dengan nada yang agak badmood.

            “Dah tidur? Awalnya.” Ery bersuara.

            “A’ahh.” Aku berbicara malas. Apa taknya, aku sudah pun lena. Sebelum aku tidur mesej telah di tinggalkan. Lebih kurang 15 minit Ery call. Time tu Aku baru je nak terlelap.

            “Selalu macamni. Nak tidur jer badmood. Sudahlah.” Ery mulai marah dan seperti merajuk.

            “Mana ada. Saya ok jerlah. Awak ni.” Aku cuba bangun dan buka mata walaupun tidak larat sebab tetiba migrain sebab itu aku tidur awal.

            “Dahlah.” Ery terus matikan telefon tanpa sempat aku berkata. Lalu mesej dihantar oleh aku.

“Your attitude fail. Da lah. Saya nak tidur. Nite. T.c , wassalam.” Aku cuba send mesej ini tapi tak berbalas.

Ok, fine. Awak kata my attitude fail. Saya sedar diri saya. Saya nak awak bentuk saya tapi ini yang saya dapat. Thanks. Jangan cari saya dah dan saya janji takkan ganggu awak ag. T.c salam.” Mesej aku dibalas dengan mesej ini. Aku bagun tidur lalu baca mesej yang dibalas oleh Ery. Hati aku sedih. Hari aku bermula dengan sesuatu yang tidak di sangka-sangka. Hari itu mood aku cukup-cukup down tetapi sangat terseksa sebab terpaksa berlakon ibarat tiada apa-apa yang berlaku di hadapan semua kawan-kawan yang lain. Aku tidak bermaksud whole attitudenya tapi yang dari segi kesabarannya. Aku akui aku salah dalam hal ini sebab tidak mention dengan specific.

Aku tidak pernah buat perangai macamni terhadapnya, macammana sekalipun dia kutuk aku, aku tetap sabar dan ambil ianya sebagai suatu yang positif, aku fikir balik dan muhasabah lalu aku jadikan sesuatu yang cukup berharga untuk aku terus perbaiki diri jadi lebih baik. Tapi lain pula bagi Ery dia terus mengambil keputusan tidak bagi peluang sedikit pun untuk jadikan sebagai peluang perbaiki diri. Langsung tidak ambil sebagai satu yang positif. Aku cukup sedih dengan apa yang berlaku.

Keadaan ini berlanjutan seminggu. Aku masih mengharapkan sesuatu yang baik akan berlaku tetapi semua harapan aku hancur. Aku redha dan pasrah dengan apa yang berlaku. Perhubungan kami berakhir begitu sahaja dan rantai yang diberikan olehnya tempoh hari sekita berada di Egypt telah bertukar status bukan lagi sebagai tanda persahabatn kami tetapi sebaliknya.

Perbualan pada malam itu dan pertemuan di perpustakaan tempoh hari adalah yang terakhir antara aku dan Ery.

Aku tidak fikir apa yg berlaku mengenai mesej tempoh hari adalah satu-satunnya sebab sehingga Ery ambil keputusan seperti ini dan maybe ada sebab yang tersendiri hanya dia sahaja yang tahu. Aku kenal Ery macam mana orangnya. Dua hari sebelum kejadian aku sudah assume perkara ini akan berlaku sebab dia ada ungkit tentang Iqin secara tiba-tiba setelah sekian lama dia berdiam diri mengenai Iqin. Dia menyatakan.

“kalau saya pilih Iqin suatu hari nanti, awak jangan salah kan saya.” Setelah aku sukar menjawab soalannya sama ada aku sudi jadi isterinya mahupun tidak. Aku terus berfikir dan bersiap sedia dengan segala kemungkinan.

Aku tak nak jadi yang terbaik untuk seorang lelaki bukan muhrim tapi aku ingin jadi yang terbaik untuk suami aku yang sah, halal kelak. Seorang yang sudi membuka pintu hati aku melalui kunci yang ikhlas membukanya dengan seadanya.

Mencari satu noktah dalam satu hubungan yang belum pasti merupakan sesuatu yang cukup mencabar. Iqin bukanlah tempat bertemunya satu noktah tersebut tetapi ianya datang dari Allah yang telah tetapkan segala perjalanan hidup kita sebagai hambaNYA. Manusia hanya mampu merancang tetapi sebaik-baik perancangan adalah dari Allah dan Dia telah tetapkan yang terbaik untuk setiap hambaNYA. Baru hari ini aku faham apa nasihat yang dimaksudnya oleh Kak Sally.

Biarlah mesej ini menjadi rahsia aku, sekiranya Ery menjumpai sekeping kertas yang tertulis ini maka buanglah ia agar semuanya terpadam tanpa meninggalkan sedikit parut pun.




Ery,

Hmm..apepun, study week dah pun start dan final exam menjelang. Halalkan segala ilmu yang awak pernah bagi untuk saya, makan minum yang awak pernah belanja saya. Saya mohon halalkan. Saya nak minta maaf bebanyk atas kesalahan yang saya selalu buat. Sakitkan hati awak, buat awak marah. So sorry. Sama ada saya sedar atau pun tidak.

Banyak yang saya belajar sepanjang perkenalan kita. Pelbagai nasihat. Walaupun ia amat menyakitkan tapi saya takkan sesekali salahkan awak dengan mengatakan permainkan perasaan dan hati saya. Semua yang berlaku atas salah dan silap saya sendiri. Don’t worry..u’re the best. Thanks a lot for everything.

Sekali lagi mohon maaf sebab saya tidak mampu untuk bentuk awak jadi yang terbaik dan tempoh hari saya tidak bermaksud whole your attitude but tahap kesabaran awak sahaja. Tidak mengapa, saya yang salah kat situ sebab tidak mention dengan specific. Saya tahu ada orang yang lebih layak dari saya,awak sendri pun tahu siapa orangnya. Siapa saya kalau nak di bandingkan dengan org lain. Saya yang banyak kekurangan, yang perlu diperbaiki. Setiap apa yg berlaku sepanjang perkenalan, saya tidak pernah think negatif tetapi sy akan jadikan ia sebagai satu inspirasi untuk terus muhasabah diri saya sendiri. . Banyak yang saya belajar dari awak in everything. Tq sangat-sangat.
Siapa pun pilihan awak, saya sentiasa doakan yang terbaik untuk awak dan pastikan dia adalah yang lebih baik dari saya agar hati awak tidak selalu di sakiti dan dilukai.

Jejari yang menulis,
-Dyana-


Nasihat dari seorang senior merupakan kawan Ery sendiri, aku tak nak bongkarkan identitinya memandangkan sudah berjanji untuk rahsiakan.

"Dyana boleh berkawan dengan Ery tapi jangan lebih dari seorang kawan. Ni je yang saya mampu cakap." Time itu aku tidak pula bertanya 'kenapa' dan aku hanya terima sahaja. Semua nasihat dan peringatan yang aku terima satu pun aku tidak memberitahu kepada Ery. 

Tetapi satu persoalan yang bermain dikotak fikiran aku masih lagi belum terjawab sehingga sekarang walaupun noktah telah menjumpai penghujungnya. Untuk mengetahui jawapan persolalan tersebut……


Nantikan MENCARI SATU NOKTAH episod khas. Akan di update bila-bila masa bergantung pada keadaan dan masa >REAL WOLRD<


klik SINI untuk part # 3(ii)


-TAMAT-


>saya akan rest from blogging maybe after tamat semua segment, tengah or akhir bulan depan dan akan active balik depend pada masa dan keadaan. Thanks a lot semua sahabat yang support blog saya. Thanks :-)...<

6 comments:

Anonymous said...

Yang membaca pun dpt ambil ikhtibar dan pengajaran drpd cerpen nie.. yang mengalami tu, lagi la bole kaut banyk pengajaran..hehe thumbs up. "kita memg merancang, tp perancangan Allah tu jauh lebih baik" :)

Unknown said...

anoymous : :-)..jadikan iktibar apa yg patut..perancangan Allah adalah yg terbaik..

Unknown said...

kasih dan cinta tidak bererti memiliki..setiap y berlaku ada rahsia yang tersendiri..bila kita sedar suatu hari nanti..yang pahit itu akan bertukar menjadi manis.. ;)

cinta sesuatu kerana Allah.. ;)
pasti kita reda setiap kejadian itu..

nak rehat ek..ira study lagi k ..

Lieza Nordin said...

HURM... huhu..kdg2 apa y dijgka luar apa y terjadi.. :)

Unknown said...

seperti perempuan, lelaki jugak susah untuk difahami...

setiap apa yg berlaku ada hikmahnya..

Unknown said...

mentari : a'ah study g..:-)..
aisya : betul tu..Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik tuk hambaNYA..:-)
Aya : stp manusia Allah kurniakan hati dan perasaan tersendiri..:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ILMU MILIK ALLAH

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang belajar ilmu agama yang seharusnya untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t. tiba-tiba dipelajarinya hanya untuk mencapai tujuan dunia, maka dia tidak akan dapat bau syurga pada hari kiamat" (Riwayat Al-Nasai dari Abu Hurairah r.a.)

SAIDINA ALI BIN ABI TALIB

Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.

 
Full design and Custom Blog Design by jiakreatifelt.com