Perasaan cinta itu harus dikunci sementara bagi yg belum halal untuk kita miliki. Bila tiba saatnya nanti pintu itu akan terbuka dengan sendiri melalui kunci yang ikhlas membukanya dengan seadanya..
adakah SATU NOKTAH dapat di cari setelah berbicara bersama Iqin atau……………….….
Saling
mengenali antara satu sama lain adalah jawapan yang terbaik bagi aku agar tidak
menyakiti mana-mana pihak.
“Assalamua’laikum awak. Buat apa?”
Setiap kali berbicara melalui telefon inilah pembuka bicaranya. Hehe.
“Ye, wa’alaikumussalam. Tak ada buat
apa. Baca buku je.” Inilah jawapan kalau aku sedang study. Hehehe.
“Cammana pertanyaan saya hari tu?”
Aku sudah agak ini yang akan di persoalkan.
“Camnilah Ery, kita kawan jer dulu.
Mengenali hati budi masing-masing adalah jalan yang terbaik.” Aku cuba
pertahankan jawapan yang semalan di fikirkan.
“A’ah kan. Betul juga tu. Ok. Saya
setuju.” Huhhh, lega rasanya. Tarik nafas panjang. Kami teruskan dengan
perbualan dengan sembang kosong. Tidak ada apa yang special di sembangkan,
Aku tak nak nanti aku sendiri yang kecewa
sebab terlalu berharap. Sebabnya dari awal lagi Ery sudah berkata, yang dia
berhak untuk buat pilihan sama ada aku mahupun Iqin. Pada masa ini hubungan dia
dengan Iqin complicated. Pernah juga
aku bertanya tapi dia seakan-akan ingin mengelak sejauh mungkin setiap kali
Iqin di persoalkan. Mulai saat itu aku tidak lagi bertanya, dalam kotak fikiran
aku hubungan mereka bukan berakhir setakat itu sahaja. Maybe mereka contact satu
sama lain tapi di luar pengetahuan aku. Iyalah, siapa aku untuk halang
perhubungan mereka. Setiap orang ada hak masinng-masing.
Deringan
telefon mengejutkan aku dari lamunan.
“Ya Allah, terkejut aku. Hai Dyana
lamunan jauh betul. Siapa call.” Aku
bersuara tanpa di dengari sesiapa.
“Iqin?”
Panjang umur, baru sahaja fikirkan dia. Hehhe.
“Assalamua’laikum Dya. Lama tak
dengar khabar, sihat?” Iqin mulakan perbualan.
“Wa’alaikumussalam Iqin.
Alhamdulillah saya sihat-sihat je. Iqin kat sana macammana? Everything ok?” Aku
cuba berbicara seperti biasa seolah-olah tiada apa yang sedang berlaku. Iqin ni
baik sangat orangnya. Lemah lembut. Pandai. Best student sejak di bangku
sekolah lagi. Banyak ilmu agama. Pendek kata tidak ada lelakilah yang akan
tolak dia kalau berpeluang untuk memperisterikannya. Hmm, nak bandingkan dengan
aku macam langit dengan bumi. Huhu.
“Saya kat sini baik-baik je. Hehhe.”
Lega setelah dengar ketawa kecil Iqin. Iqin maafkan aku, bukan sengaja untuk
terus berahsia tapi biarlah ianya menjadi satu rahsia aku buat masa sekarang.
Aku cuba untuk tidak sakitkan hati sesiapa apatah lagi kawan aku sendiri. Aku
cuba untuk mengawal hati dan perasaanaku sendiri.
“Iqin ok? Macam ada something yang
tak kene je?” Aku cuba tebus rasa bersalah dengan bertanya dengan niat untuk
ringan beban di hatinya.
“Emm, masalah kawan-kawan Dya.” Dia
seolah-olah ingin berahsia.
“Owhh, ye ke? Kenapa? Teman tapi
mesra tu ke?” Iqin tidak pernah bercerita mengenai perasaannya terhadap Ery kat
aku. Maybe dia segan dan tidak pernah aku paksa untuk dia bercerita.
“A’ahh. Huhu. Iqin dengar dia dah
ada teman rapat baru. Perempuan. Diorang rapat sangat Dya.” Kerisauannya jelas
sekali.
“Emm. In shaa Allah diorang hanya
rapat je. Tak lebih dari seorang kawan. Iqin jangan risaulah. Dia takkan
lepaskan Iqin. Siapa yang sanggup lepaskan Iqin bila dah dapat. Kawan saya
sorang ni hebat orangnya.” Aku cuba sedapkan hatinya.
“Dya ni ada-ada je kan. Hehe.” Aku
cuba yakinkan dia.
“Betullah. Kalau dia rapat pun, dia
pasti kembali pada Iqin juga. Maybe
korang berjauhan tu yang dia cam tu. Jangan risaulah. Korang jaga betul
hubungan antara korang tak kiralah sebagai lebih dari teman mahupun teman tapi
mesra.” Aku terus bermotivasi.
“A’ah, betul tu Dya. Thanks Dya. Hehhe. Oklah, tak nak ganggu
Dya.” Kami tamat kan perbualan di situ.
Aku
sambung study yang terbengkalai dek
panggilan telefon seakan-akan sudah berjanji Ery dan Iqin untuk call aku. Kehidupan di kolej sepeti
biasa. Study jerlah yang mampu buat. Haha.
“Penatnya.” Dengan pantas Nisya
picitkan bahu.
“Nisya ni. Suka buat orang camni.
Kalau terpukul tadi macammana?” Kelakuannya tidak pernah berubah. Suka buat
orang terkejut dan gelak.
“Emmm, sorry. Dyana nampak macam ada masalah. Tapi tak nak story kat
kitorang ea?” Tekaan yang tepat sekali. Kantoi.
“Nisya ni kan memandai je. Mana ada.
Biasa-biasa jerlah. Fikir lepas ni banyak kerja yang nak kene siap.” Aku cuba
berselindung.
“Tol tu, Dyana nye kos dahlah sibuk.
Ciannya.” Alhamdulillah aku Berjaya sorok. Aku bukan berniat nak khianati kawan
sendiri tapi bagi aku ini adalah jalan yang terbaik buat masa sekarang dan aku
tahu apa yang patut aku lakukan. Bernas juga otak aku ni. Hehe.Kami berempat
pergi cafe untuk makan. Masing-masing
lapar. Huhu..
Hari ini merupakan
kuliah pertama setelah seminggu bercuti. Maka bermulalah rutin yang sibuk
sebagai seorang pelajar especially
aku punya kos. Penat kian terasa. Banyak yang perlu di settlekan. Assignment, thesis
dengan test dan quiznya lagi. Inilah kehidupan seorang pelajar yang tidak pernah
jemu berjihad pada jalan Allah. Apatah lagi Ery, tidak menang tangan untuk
siapkan kerja lagi-lagi dia student tahun akhir. Banyak case yang perlu di selesaikan. Dengan patient dalaman, patient
luar. Kadang-kadang tak tidur malam. Aku faham situasinya.
Di
sebabkan kesibukan masing-masing, kami
tidak lagi berhubung macam biasa. Ery tidak lagi contact seperti hari-hari sebelum ini. Aku mula terasa jurang yang
jauh antara kami, macam-macam fikir. Tapi aku cuba positifkan fikiran. Tak nak
bersangka buruk dengan sesiapa apatah lagi dia dan Iqin. Ery bukan seorang bila
perlu,cari kawan dan bila tak perlu buang. No,
dia bukan seorang yang macam ini. Tapi satu perangai dia yang aku sudah lama
perhatikan, dia tak pandai untuk hargai kalau orang nak berkongsi cerita
dengannya. Pernah sekali aku hendak kongsi masalah dengannya tapi dia hanya
endah tak endah sahaja. Dia mendengar tapi tidak bagi apa-apa respond. Aku cuba kali kedua, keadaan
yang sama aku lalui. Lepas pada itu, aku tidak lagi kongsi apa-apa masalah
dengannya. Setiap orang ada perangai yang tersendiri tapi aku ok sahaja. Tidak
lah pula aku nak berterus terang, nanti ada pula yang terasa.
Sudahlah
orangnya punyai hati yang cukup sensitive. Heheh, Kalau dia merajuk. Hmm, bukan
main susah lagi aku nak pujuk. Susah hati di buatnya. Hehhe. Apa orang cakap
semuanya salah walhal perkara itu terang-terangan betul, nak juga pertahan merajuknya.
Memang sia-sia sajalah penjelasan kita kalau hati tengah merajuk.
Seminggu
masing-masing sibuk, akhirnya Alhamdulillah selesai semua kerja termasuk Ery.
Tapi thesisnya belum siap lagi.
Tengaharinya
aku pergi library ada discussion
group.
“Salam
awak, saya pergi library tau. Apa-apa
mesej je ea.” Aku tinggalkan pesanan melalui whatsapp sebab kehabisan kredit.
Hihihi.
Sampai library pukul 1 petang, mencari port yang agak selesa untuk buat discussion
tanpa di ganggu dan mengganggu orang lain. Semua sahabat sudah pun tiba dan
bersedia untuk discussion. Tidak
sampai 10 minit…….
“tutututtttttt”
Aku sengaja tukar tone sebab tak nak bagi bising.
“Hello, ye kenapa? Saya ada kat library ni.” Tanpa bagi salam aku
mulakan perbualan lalu bangun agar perbualan tidak mengganggu kawan-kawan yang
lain.
“Iya, tahu. Ada tingkat berapa. Saya
pun kat library juga ni. Nak jumpa
jap. Ke banyak kerje?” Aku tahu ini pasti akan berlaku.
“Ada kat tingkat dua ni haa. Tak
sibuk sangatlah.” Aku bersahaja.
“Saya tunggu kat luar ea, tempat TV
tingkat dua ni.” Dia seperti mengharapkan aku datang.
“Ok. Tunggu lagi 10 minit saya
datang.” Aku tak nak hampakan nya. Lagipun sudah lama tak jumpa. Hihi..Tetiba
rindu. Hukhukhuk.
10 minit
kemudian aku minta izin dengan kawan-kawan untuk excuse sekejap nak jumpa kawan. Mereka ok sahaja. Aku dan Ery hanya
keluar makan area library sahaja.
Kami jumpa setengah jam sahaja. Sambil sembang kosong. Sudah lama tak jumpa. Last jumpa ketika kami berada di Egypt
tempoh hari, balik kampus langsung tak jumpa. Masing-masing ada komitmen.
Hati
terasa rindu dan sayang. Aku sedikit risau. Hati dan persaan bukan suatu yang
dapat di halang melainkan dengan menyakiti hati sendiri. Pada masa yang sama
aku tak nak sakiti hati Iqin apatah lagi dia adalah sahabat aku. Sekiranya ini
adalah perasaan cinta, aku rela berundur diri demi Iqin sebab aku tersedia tahu
Iqin terlalu mengharapkan Ery dalam hubungan mereka. Aku tak nak jadi pemisah
antara mereka walaupun Ery pernah bagitahu mereka sudah pun clash. Tidak semudah itu satu hubungan
yang terjalin bertahun-tahun then clash
begitu sahaja. Tak mustahil bagi aku mereka akan kembali bersatu.
Kira-kira
jam 5 petang selesai sudah discussion kami.
Aku terus pulang ke kolej menaiki bus
setelah selesai menunaikan solat asar di surau library. Rutin harian seperti biasa sebagai seorang pelajar yang
hanya menunggu saat-saat tamatnya belajar.
Sudah
menjadi satu rutin Ery akan call aku
sebelum pukul 9 malam. Untuk bertanya sama ada aku sudah makan mahupun tidak.
Tetapi perbualan kami kali ini bertemankan angin yang dingin sekali. Aku
tersalah cakap, dia merajuk. AKu tidak mengerti mengapa . Tapi aku tidak
menyalahkan dia sama sekali. Aku hanya minta maaf, bakat dalam pujuk memujuk sama
sekali tidak ada tapi aku cuba sedaya upaya walaupun ianya tersangatlah sukar
bagi aku. Dari situ aku belajar sedikit demi sedikit tetapi tidak menjadi
masalah bagi aku sekiranya dia adalah suami yang sah, halal untuk aku.
Macam-macam creativity boleh di cipta
oleh seorang isteri untuk mengambil hati suaminya sendiri. Dalam pergaduhan
dingin, Ery terpaksa pujuk diri sendiri dan dia mulai marah-marah aku.
Macam-macam aku diperkatakan olehnya. Aku hanya mampu menadah telinga dan
mendengar tanpa berkata sepatah perkataan pun. Sebab ada kalanya betul apa yang
di katakannya walaupun ianya tersangat menyengat perasaan dan hati aku dan
hanya mampu ambil secara positif untuk pujuk hati sendiri.
Aku tahu,
aku seorang yang serba kekurangan. Banyak yang perlu aku perbaiki, aku tidak
sehebat Iqin mahupun kawan-kawan yang sebaris dengannya. Tapi untuk berubah
bukan suatu yang cukup mudah bagi aku. Terpaksa lalui perbagai dugaan dan
tohmahan orang sekeliling. Masa memainkan peranan yang penting tapi sokongan
orang sekelilinga lagi penting. “Kenapa kata-kata yang amat menyakitkan yang
perlu aku hadapi?” Aku sedih. Aku cukup tidak suka orang yang suka bandingkan
aku dengan orang lain sebab aku sedar aku tidak sehebat orang lain. Biarlah
Allah satu-satunya yang menjadi pengadil untuk aku.
Malam itu
bertemankan rasa bersalah tapi aku cuba mencari jalan untuk jernihkan keadaan.
“Hello, saya minta maaf ea. Tak ada
niat untuk sakitkan hati awak apatah lagi nak cakap yang bukan-bukan.” Aku cuba
memujuk walaupun tidak seperti memujuk.
“Emm, tak ada apalah. Saya ok, saya
dah maafkan awak pun.” Suaranya yang cukup serius tetapkan meneruskan bicara.
“Awak tipu, macamlah saya tak kenal
awak kan. Sorry sangat-sangat. Saya
tak tahu macam mana nak pujuk. Saya tak pandai.” Aku cuba timbulkan perasaan
belas kasian dalam dirinya.
“Iye, lah. Kenelah belajar tau. Saya
ok. Jangan risau. Takut ea. Hehe.” Alhamdulillah hati aku lega bila dengar dia
ketawa sopan.
“Mestilah risau, takut. Yerlah hati
orang kita tak tahu. Bila-bila masa sahaja boleh berubah kan.” Aku cuba tarik
perhatiannya agar tidak lagi merajuk.
“Tau pun. Lain kali jangan buat lagi
ye.” In shaa Allah sahaja yang terkeluar dari mulut aku. Aku habiskan perbualan
kerana aku tak nak masa study aku
tergadai begitu sahaja. Aku sambung study
manakala Ery keluar makan bersama-sama housematenya.
Bukan senang untuk tegur Ery. Dia susah untuk terima teguran orang especially mengenai diri dia sendiri.
Tapi tak semua. Dia tidak sedar semua ni. Aku mulai perasan bila kerap kali aku
cuba tegur dia akan berubah mood.
“Tapi aku lagi ego orangnya.” Inilah yang
selalu di ungkapkan oleh Ery. Aku terima sahaja pada masa yang sama aku cuba
menidakkan kata-katanya dengan berubah perlahan-lahan. Kita sebagai manusia
tidak pernah perasan mengenai kebaikan dan keburukan pada diri kita melainkan
daripada teguran orang lain.
Alhamdulillah
hubungan kami baik seperti biasa. Kami semakin akrab seolah-olah couple tetapi memikirkan Iqin tidak
pernah tersisih dari kotak fikiran aku. Sayang dan rindu aku masih lagi terjaga
terhadap Ery. Keadaan kami baik hendaknya selama beberapa bulan.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
Nak
dijadikan sebab, sedang lena tidur tetiba..
Telefon berdering.
“Ery?”
“Ehmm, ye.” Aku jawab dengan nada
yang agak badmood.
“Dah tidur? Awalnya.” Ery bersuara.
“A’ahh.” Aku berbicara malas. Apa
taknya, aku sudah pun lena. Sebelum aku tidur mesej telah di tinggalkan. Lebih
kurang 15 minit Ery call. Time tu Aku
baru je nak terlelap.
“Selalu macamni. Nak tidur jer
badmood. Sudahlah.” Ery mulai marah dan seperti merajuk.
“Mana ada. Saya ok jerlah. Awak ni.”
Aku cuba bangun dan buka mata walaupun tidak larat sebab tetiba migrain sebab
itu aku tidur awal.
“Dahlah.” Ery terus matikan telefon
tanpa sempat aku berkata. Lalu mesej dihantar oleh aku.
“Your
attitude fail. Da lah. Saya nak tidur. Nite. T.c , wassalam.” Aku cuba send
mesej ini tapi tak berbalas.
“Ok,
fine. Awak kata my attitude fail. Saya sedar diri saya. Saya nak awak bentuk
saya tapi ini yang saya dapat. Thanks. Jangan cari saya dah dan saya janji
takkan ganggu awak ag. T.c salam.” Mesej aku dibalas dengan mesej ini. Aku
bagun tidur lalu baca mesej yang dibalas oleh Ery. Hati aku sedih. Hari aku
bermula dengan sesuatu yang tidak di sangka-sangka. Hari itu mood aku
cukup-cukup down tetapi sangat
terseksa sebab terpaksa berlakon ibarat tiada apa-apa yang berlaku di hadapan
semua kawan-kawan yang lain. Aku tidak bermaksud whole attitudenya tapi yang dari segi kesabarannya. Aku akui aku
salah dalam hal ini sebab tidak mention
dengan specific.
Aku tidak
pernah buat perangai macamni terhadapnya, macammana sekalipun dia kutuk aku,
aku tetap sabar dan ambil ianya sebagai suatu yang positif, aku fikir balik dan
muhasabah lalu aku jadikan sesuatu yang cukup berharga untuk aku terus perbaiki
diri jadi lebih baik. Tapi lain pula bagi Ery dia terus mengambil keputusan
tidak bagi peluang sedikit pun untuk jadikan sebagai peluang perbaiki diri.
Langsung tidak ambil sebagai satu yang positif. Aku cukup sedih dengan apa yang
berlaku.
Keadaan
ini berlanjutan seminggu. Aku masih mengharapkan sesuatu yang baik akan berlaku
tetapi semua harapan aku hancur. Aku redha dan pasrah dengan apa yang berlaku.
Perhubungan kami berakhir begitu sahaja dan rantai yang diberikan olehnya
tempoh hari sekita berada di Egypt telah bertukar status bukan lagi sebagai
tanda persahabatn kami tetapi sebaliknya.
Perbualan
pada malam itu dan pertemuan di perpustakaan tempoh hari adalah yang terakhir
antara aku dan Ery.
Aku tidak
fikir apa yg berlaku mengenai mesej tempoh hari adalah satu-satunnya sebab
sehingga Ery ambil keputusan seperti ini dan maybe ada sebab yang tersendiri hanya dia sahaja yang tahu. Aku
kenal Ery macam mana orangnya. Dua hari sebelum kejadian aku sudah assume perkara ini akan berlaku sebab
dia ada ungkit tentang Iqin secara tiba-tiba setelah sekian lama dia berdiam
diri mengenai Iqin. Dia menyatakan.
“kalau
saya pilih Iqin suatu hari nanti, awak jangan salah kan saya.” Setelah aku
sukar menjawab soalannya sama ada aku sudi jadi isterinya mahupun tidak. Aku
terus berfikir dan bersiap sedia dengan segala kemungkinan.
Aku tak
nak jadi yang terbaik untuk seorang lelaki bukan muhrim tapi aku ingin jadi
yang terbaik untuk suami aku yang sah, halal kelak. Seorang yang sudi membuka
pintu hati aku melalui kunci yang ikhlas membukanya dengan seadanya.
Mencari
satu noktah dalam satu hubungan yang belum pasti merupakan sesuatu yang cukup
mencabar. Iqin bukanlah tempat bertemunya satu noktah tersebut tetapi ianya
datang dari Allah yang telah tetapkan segala perjalanan hidup kita sebagai
hambaNYA. Manusia hanya mampu merancang tetapi sebaik-baik perancangan adalah
dari Allah dan Dia telah tetapkan yang terbaik untuk setiap hambaNYA. Baru hari
ini aku faham apa nasihat yang dimaksudnya oleh Kak Sally.
Biarlah
mesej ini menjadi rahsia aku, sekiranya Ery menjumpai sekeping kertas yang
tertulis ini maka buanglah ia agar semuanya terpadam tanpa meninggalkan sedikit
parut pun.
Ery,
Hmm..apepun, study week dah pun start dan
final exam menjelang. Halalkan segala ilmu yang awak pernah bagi untuk saya,
makan minum yang awak pernah belanja saya. Saya mohon halalkan. Saya nak minta
maaf bebanyk atas kesalahan yang saya selalu buat. Sakitkan hati awak, buat
awak marah. So sorry. Sama ada saya sedar atau pun tidak.
Banyak yang saya belajar sepanjang perkenalan
kita. Pelbagai nasihat. Walaupun ia amat menyakitkan tapi saya takkan sesekali
salahkan awak dengan mengatakan permainkan perasaan dan hati saya. Semua yang
berlaku atas salah dan silap saya sendiri. Don’t worry..u’re the best. Thanks a
lot for everything.
Sekali lagi mohon maaf sebab saya tidak mampu
untuk bentuk awak jadi yang terbaik dan tempoh hari saya tidak bermaksud whole
your attitude but tahap kesabaran awak sahaja. Tidak mengapa, saya yang salah
kat situ sebab tidak mention dengan specific. Saya tahu ada orang yang lebih
layak dari saya,awak sendri pun tahu siapa orangnya. Siapa saya kalau nak di
bandingkan dengan org lain. Saya yang banyak kekurangan, yang perlu diperbaiki.
Setiap apa yg berlaku sepanjang perkenalan, saya tidak pernah think negatif
tetapi sy akan jadikan ia sebagai satu inspirasi untuk terus muhasabah diri
saya sendiri. . Banyak yang saya belajar dari awak in everything. Tq
sangat-sangat.
Siapa pun pilihan awak, saya sentiasa doakan
yang terbaik untuk awak dan pastikan dia adalah yang lebih baik dari saya agar
hati awak tidak selalu di sakiti dan dilukai.
Jejari yang menulis,
-Dyana-
Nasihat dari seorang senior merupakan kawan Ery sendiri, aku tak nak bongkarkan identitinya memandangkan sudah berjanji untuk rahsiakan.
"Dyana boleh berkawan dengan Ery tapi jangan lebih dari seorang kawan. Ni je yang saya mampu cakap." Time itu aku tidak pula bertanya 'kenapa' dan aku hanya terima sahaja. Semua nasihat dan peringatan yang aku terima satu pun aku tidak memberitahu kepada Ery.
Tetapi
satu persoalan yang bermain dikotak fikiran aku masih lagi belum terjawab
sehingga sekarang walaupun noktah telah menjumpai penghujungnya. Untuk
mengetahui jawapan persolalan tersebut……
Nantikan
MENCARI SATU NOKTAH episod khas. Akan di update bila-bila masa bergantung pada
keadaan dan masa >REAL WOLRD<
klik SINI untuk part # 3(ii)
-TAMAT-
>saya akan rest from blogging maybe after tamat semua segment, tengah or akhir bulan depan dan akan active balik depend pada masa dan keadaan. Thanks a lot semua sahabat yang support blog saya. Thanks :-)...<
6 comments:
Yang membaca pun dpt ambil ikhtibar dan pengajaran drpd cerpen nie.. yang mengalami tu, lagi la bole kaut banyk pengajaran..hehe thumbs up. "kita memg merancang, tp perancangan Allah tu jauh lebih baik" :)
anoymous : :-)..jadikan iktibar apa yg patut..perancangan Allah adalah yg terbaik..
kasih dan cinta tidak bererti memiliki..setiap y berlaku ada rahsia yang tersendiri..bila kita sedar suatu hari nanti..yang pahit itu akan bertukar menjadi manis.. ;)
cinta sesuatu kerana Allah.. ;)
pasti kita reda setiap kejadian itu..
nak rehat ek..ira study lagi k ..
HURM... huhu..kdg2 apa y dijgka luar apa y terjadi.. :)
seperti perempuan, lelaki jugak susah untuk difahami...
setiap apa yg berlaku ada hikmahnya..
mentari : a'ah study g..:-)..
aisya : betul tu..Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik tuk hambaNYA..:-)
Aya : stp manusia Allah kurniakan hati dan perasaan tersendiri..:-)
Post a Comment